Archive for 2011

Gelagat Study Week

OK, entri malam n aku nak membebel pasal cuti studi week selama 1 minggu yg pihak Universiti peruntukkan utk student baca balik sume nota2, ulangkaji pelajaran. Dalam minggu cuti ulangkaji ni kita pihak persatuan,kolej x boleh adakan aktiviti sebab khas utk Mahasiswa dengan Mahasiswi utk berehat sambil mengulangkaji pelajaran..aku tgk usaha n sangat murni drp pihak Universiti yang sebelum n kt UPM xde cuti studi week,lpas je MPP buat mesyuarat dapat la cuti utk ulangkaji...tapiiiiii....adakah cuti studi week dimanfaatkan sepenuhnya???mmg betul2 studi la masa cuti seminggu??sebb aku dpt tgk pelbagai reaksi masa cuti studi week,aku senaraikan kat bawah.


1. Ada yg sehari sebelum cuti dan ada yg tunggu kt bus stop bwak beg,ape petandanya tu??jwapnnya balik kg. Bukti?kolej jadi lenggang,kelajuan internet yg sebelum n mcm siput sedut tiba jadi mcm Unifi. Kt kafe kolej kediaman lenggang,biasa penuh dgn student yg mengganas.

2. Kalau yg kaki bola, tambah2 kena studi week ada match, xkan nampak batang hidung smpai subuh, siang jadi kelawar, malam jadi burung hantu..ntah2 2 kali 5 je dgn hantu. opss,mcm 18sx pulak gmbar kt atas..mana penapis gua ni..nk tapis gmbar n..

 
3. Waktu studi week ada yg amek kesemptan pg kuar jalan2 dgn makwe dgn pakwe,pg buat "date" kt mid valley,Times Square, pavillion dgn tmpat2 yg "standard" pdahal dkt akhir2 sem msing2 pokai, tpi sebb bk upload kt fb via bla.bal..jdi amek gmba je la..kalau yg berduit bgus la sbb shopping Mall kt KL ada sale murah2 hujung tahun..jadi serbu!!!...

4. Kaki Dota!!,masa ni diorg nk bermaharajalela, sebb kelas xde, nak main game 40jam tanpa henti boleh ,xde halangan sebab studi week kan??

5. Kaki Tido..yg ni jenis yg duk senyap dalam bilik main laptop surf internet,kalau lalu depan bilik mcm xde penghuni sebb jenis dia beli mkanan banyak2 letak dalam bilik..keja dia online,tido,online tido,smpai habis studi week...


6. Kerja Part Time.. ada jgk yg jenis mgkin xde duit dkt akhir2 sem atau mmg nak cari side income akan kerja part time,jdi dlm studi week jgn harap nk nmpk muka dia,tggu la lpas hbis studi week.

7. Ada yg suka hbiskan masa smggu studi week pg tgok wayang, dalam seminggu dia akan tgk la cite2 baru yg kuar, sbb semata2 nak hbiskan masa terluang seminggu dgn xtvt menonton wayang.


8. Yg n hmpir sama dgn yg no.7 cuma dia suka pg karok (karaoke)..kerja dia karok je,siap update status kt fb lagu ape dia tgh nyanyi dgn sape partner dia..semata2 nk hbiskan cuti smggu..


9. Masa studi week ada jgk yg pg Library ulangkaji,mgkin sbb ada asaiment yg belum siap atau mmg ulat buku, dia akan kluar pagi dan balik malam..tabik dkt org yg macam n..bagus..,<-----anak sape la..

ok, tu je yg aku nmpk sekilas pandang,kalau pndng berkilas2 mesti lgi bnyk<---ada ke ayat ni??ke aku reka?... Konklusinya, aku x larang korg buat xtvt yg korng suka, mugkin nk lepaskan tension pg klas..tpi beringat2 sbb lpas studi week kan final exam..jdi pndai2 la korg bhgi2 kan korg punya minat dgn studi..mmg masa jadi student sgt best..dan aku sdg alami skng..tpi objektif utama dtg kt cni nk timba ilmu..jgn smpai pointer down..nanti korg punya ijazah yg akn x cantik..jgn menyesal kemudian hari sudah..pihak Universiti dah buat yg sepatutnya..the rest...terpulanglah pada kita..sama ada nk jdikan Universiti tmpt memperbaiki diri atau melalaikan diri dengan benda2 lain yg xde kena mgena dgn studi..dah mcm panjang aku membebel..ok bye..jumpa lgi dlm entri akan dtg dalam Dunia AKU! 

Leave a comment

Rakyat Atau Ekonomi yg Bermasalah??


Kita lihat bersama adakah Malaysia kita gawat atau Rakyat sahaja yang gawat 
  
Dari analisis dan takulan kita dapat melihat petunjuk ekonomi Negara kita berdasarkan beberapa pekara yang telah dibuktikan antaranya: 
Melihat Ekonomi Malaysia dari segi, Prestasi Negara 
1-      Malaysia berada di tempat kedua selepas Singapura, manakala Thailand di tempat ketiga dan Indonesia tempat keempat di Asia dari aspek penarafan kredit.
2-      Malaysia diberi penarafan A - berbanding Singapura yang mendapat  AAA 
3-      Penarafan dibuat berdasarkan Ekonomi Makro – Imbangan pembayaran – kedudukan Fiskal dan Dasar Monetari 
4-      Empat isu utama dalam isu ekonomi ialah sustainability (Kemampanan) Solvensi – Stabiliti – dan “Black” Swan. 
5-      Ada cadangan diwujudkan Matawang utk Negara Asia seperti Di Eropah yg menggunakan Matawang Euro. 
6-      Usaha menggunakan matawang sprt Euro bergantung kepada beberapa factor seperti kitaran perniagaan yang sama- Fleksibiti pergerakan buruh, modal – Fleksibiliti Upah, Harga – Mekanisme benarkan pindahan Fiskal Serantau. Cth, gaji pembantu rumah yang berada di Singapore mesti sama dengan pembantu rumah di Malaysia, cukai koporat mesti sama dengan Negara Asia dan sebagainya. 
7-      Selain itu, 2/3 negara EURO adalah tergolong dalam Negara yang maju. 

8-      Dalam Pada itu, dalam tempoh 12bulan akan datang ekonomi Amerika dijangka akan jatuh. 

9-      Malaysia berada ditempat hadapan berbanding Filipina, Thailand, India, Pakistan dan Vietnam. 

10-   RM166 Billion adalah anggaran pendapatan Negara bagi tahun 2011 manakala RM211 anggaran perbelanjaan kerajaan dengan hanya RM14Billion utk memberi subsidi kepada rakyat Malaysia

11-   Dari segi nisbah cukai/KDNK Malaysia antara Negara ke-5 dirantau Asia. Kedudukan pertama ialah China, Singapore, Thailand, Korea dan Malaysia.
 


JIKA KERAJAAN TIDAK ADA DUIT MAKA JAWAPANNYA IALAH KITA MEMPUNYAI BANYAK CARA UTK MENDAPAT DUIT DARI BANK-BANK, DUIT SIMPANAN KWSP DAN JUGA TERBITAN BON YG BIASANYA MAMPU DIBELI OLEH RAKYAT MALAYSIA.
 


· KADAR SIMPANAN RAKYAT MALAYSIA ADALAH YANG TERTINGGI DI DUNIA
· MALAYSIA AKAN UNTUNG JIKA HARGA MINYAK,KELAPA SAWIT DAN GETAH NAIK
· 1MALAYSIA = PERPADUAN NASIONAL
· GTP = SISTEM PENYAMPAIAN KERAJAAN
· ETP = MODEL EKONOMI BARU
· RMK 10 = PELAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN NEGARA


HASIL STRATEGIK MENJELANG 2020 = 
- PENDAPATAN NEGARA KASAR DARI RM741 BILION KEPADA RM1,733 BILION

- PENDAPATAN PERKAPITA DARI RM28,175 KEPADA RM48,000
- PERTUMBUHAN KDNK 2011-2020 DARI 5% KEPADA 5-6 %
- BAHAGIAN SEKTOR PERKHIDMATAN DARI 57.4 KEPADA 67.3 %
- BAHAGIAN SEKTOR PEMBUATAN DARI 27.7% KEPADA 24.2%
- BAHAGIAN PENGGUNAAN SWASTA DARI 53.3% KEPADA 60.7%
- BAHAGIAN PELABURAN SWASTA DARI 10.7% KEPADA 17.8%
- BAHAGIAN PELABURAN AWAM DARI 11.1% KEPADA 10.5%
- PELUANG PEKERJAAN BARU : 3.3 JUTA PEKERJAAN BARU
· CABARAN UTAMA IALAH BAGAIMANA MAHU MENYUNTIK SEKTOR SWASTA UNTUK MUNCUL SEBAGAI DAYA PENGGERAK UTAMA ASPIRASI EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI !
 
 


 
 


· SEHINGGA 28 APRIL 2011 PROJEK ENTRY POINT YANG MENYASARKAN 131 PROJEK DARI 2011 -2020 TELAH DILAKSANAKAN SEBANYAK 54 PROJEK YANG BERSAMAAN DENGAN 41.2 %
· PELABURAN EPP(RMb) DENGAN SASARAN 794.5 DENGAN 106.4 BILION TELAH DILAKSANAKAN
· PENINGKATAN GNI (RMb) DENGAN SASARAN 1.072 DENGAN 153.8 SUDAH DIUMUM ATAU SAH DILAKSANAKAN BERSAMAAN 14.3 %
· PELUANG PEKERJAAN DIJANGKA 3.3 JUTA PELUANG DIWUJUDKAN DARI 2011 – 2020 DAN SETAKAT INI 0.298 JUTA TELAH DICAPAI
· JOHN QUINCY ADAMS SEBUT : IF YOUR ACTIONS INSPIRE OTHES TO DREAM MORE, LEARN MOE, DO MORE AND BECOME MORE, YOU ARE A LEADER
 
 Diharap sedikit maklumat tentang ekonomi negara kita dapat memberi sedikit kelegaan akibat khabar angin ekonomi negara kita akan jatuh seperti Greece dan amat mustahil utk berlaku disebabkan kita mempunyai pelbagai aset dan keteguhan sistem pentadbiran  dan kewangan yang cekap.

Leave a comment

Window 8 Developer Preview

PlayStation 4
Windows 8







yeah!!skang aku tgh guna windows 8 developer preview..sgt best!!x sabar nk tggu windows 8 kuar..aku pling suka metro style dengan masa untuk boot sgt cepat berbanding windows 7 Ultimate 64-bit yg aku guna..lgi satu nk buka windows explorer pon laju..sape2 nak download bleh la g download kt url n.  http://msdn.microsoft.com/en-us/windows/apps/br229516  aku pilih yg 64-bit punya version (3.6gb).. dan aku terbaca kt website ckp boleh guna windows n smpai bulan 3 tahun depan..jadi cepat2 jadi antara yg terawal guna windows 8 drp org lain..baru best!!!

Leave a comment

Kebajikan Gaddafi Kepada Rakyat Libya



Beginilah nasib Gaddafi yang awalnya pejuang tetapi berakhir hayatnya sebagai petualang. Semua jasa-jasa beliau langsung dilupakan, malah mayat beliau turut dihina.

Antara Kebaikan Gaddafi untuk rakyatnya ialah:

1. SETIAP rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak pertrol yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing.

2. GADDAFI pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memeliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Gaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa mempunyai rumah, Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk di dalam khemah.

3. BANK Libya tidak mengenakan sebarang faedah dalam urusniaga.

4. RAKYAT yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

5. RAKYAT tidak dikenakan sebarang bayaran untuk penggunaan letrik.

6. PENDIDIKAN diberikan secara percuma kepada semua gologan masyarakat.

7. KEMUDAHAN perubatan juga diberikan percuma.

8. PASANGAN pengantin baru akan mendapat sekali bayar berjumlah 6,000 dinar sebagai insentif perkahwinan.

9. PEMBELIAN kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

10. SISTEM pengairan dan saliran yang hebat dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelak rakyat negara itu daripada bergantung sumber asing.

11. RAKYAT dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.

12. LIBYA mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggihasil dari kemakmuran negara itu.

13. KADAR celik huruf adalah 90% sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf hanya 10%

dan beginikah layanan oleh rakyat Libya ke atas jenazah Gaddafi yang telah dihasut oleh ejen2 Barat yg memomokkan "demokrasi????"



Mari Kita imbas apa yang membuatkan Yahudi gentar pada Gaddafi n..
Beliau pernah membaling buku Piagam PBB.. 

Baru-baru ini, atas inginkan keadilan, beliau berucap di Perhimpunan Agung PBB dan mengkritik kuasa2 besar dunia atas kegagalan mereka menegakkan keadilan. Malah, beliau juga mengoyakkan buku utama PBB lalu baling ke arah belakang iaitu ke arah pemimpin kuasa2 besar dunia.

Keadaan ini mencetuskan ketidak-puasan hati pelbagai pihak. Namun begitu, ada juga pemimpin yang menyokong tindakan Gaddafi itu.
Sebelum ini, beliau juga pernah melakukan perkara yang sama ketika mesyuarat agung Liga Arab. Beliau mengkritik para pemimpin Arab mengenai isu di Palestin.


Sepanjang beliau memerintah, setiap kali beliau mengunjungi luar negara, beliau akan menginap di dalam khemah beliau sendiri dan bukannya hotel 5 bintang. Itulah ciri beliau yang unik. Malah, beliau sering memakai pakaian tradisional dan bukannya pakaian formal.

Khemah Gaddafi.

Teringat kata2 Tun Dr.Mahathir dalam video ni..

2 Comments

Tentang Hukum Hudud

                                                 

ALLAH SWT, sekalipun telah menetapkan hukum hudud, namun Dia tetap seolah-olah mempunyai maksud yang hukum itu bukan untuk menghukum. Tetapi sekadar menakut-nakutkan sahaja. Saya berani berkata begitu kerana melihatkan syaratsyarat untuk terlaksananya sesuatu hukum hudud itu begitu diperketatkan-Nya. Hingga hampir-hampir hukum-hukum itu tidak boleh dilaksanakan kerana terlalu ketat syarat-syaratnya. Untuk membuktikan kenyataan ini, saya suka membawa contoh hukuman hudud yang dikenakan kepada penzina. Yakni kesalahan yang mahkamah tidak boleh terima pemberian maaf oleh mana-mana pihak. Kalau tersabit kesalahannya, pesalah mesti dihukum. Sebab penzina bukan sahaja bersalah dengan manusia tetapi yang lebih berat ia bersalah kepada ALLAH. Jadi walaupun mungkin kedua-dua pihak sama-sama suka melakukan kerja terkutuk itu, namun mereka mesti dihukum. Begitulah ketentuan syariat. Firman ALLAH:Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, ma ka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya menegah kamu untuk menjalankan agama ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An Nur:2)Tetapi mudahkah untuk menangkap seterusnya menghukum penzina? Saya rasa dengan melihatkan syarat-syaratnya, ia hampir-hampir mustahil boleh berlaku. Syarat-syarat itu adalah seperti berikut:
  1. Hakim mesti adil dan bertaqwa.
  1. Mesti ada empat orang saksi lelaki yang adil. Saksi-saksi itu pula tidak mencari-cari, mengintai-mengintai, tidak berpakat dan tidak merancang antara satu sama lain untuk menyaksikan kejadian terkutuk itu. Saksi-saksi fasiq tidak diterima kesaksiannya. Antara ciri-ciri fasiq itu ialah berjalan tidak menutup kepala, berjalan tidak berlapik kaki, makan atau minum berdiri atau berjalan, kencing berdiri dan orang yang melazimi duduk-duduk dan makan di kedai sedangkan rumahnya dekat. Orang-orang ini walaupun tidak melakukan dosa, tetapi dianggap tidak senonoh dan tidak berwibawa. Jadi mereka tidak bolehlah menjadi saksi. Apalagi kalau dia seorang yang melanggar syariat.
Selain itu, kesaksian juga tidak diterima dari mereka yang berikut: Orang yang pemah dikenakan hukum hudud qazaf (membuat tuduhan palsu) sama ada telah menjalani hukuman atau belum. Kesaksiannya tidak diterima walaupun dia telah bertaubat. Orang yang murtad. Orang buta. Orang bisu.
  1. Saksi-saksi mesti menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri akan perlakuan zina itu seperti melihat keris dimasukkan ke sarungnya. Tetapi kalau setakat melihat pasangan berada di dalam satu selimut atau bercium atau berpeluk-pelukan atau bersunyian dalam gelap, kesaksiannya ditolak.
  2. Dengan syarat-syarat tersebut, mudahkah ditangkap seorang penzina untuk dihukum .? Kalau saksinya ramai sekalipun, senangkah nak cari saksi yang warak dan dapat melihat kejadian itu tepat-tepat. Namun, Islam mensyaratkan wajib empat orang saksi. Kalau tiga orang saksi saja, tidak cukup, maka kes tersebut dibuang.Kemudian senang ke nak ternampak betul-betul peristiwa ‘keris memasuki sarung’ itu? Yang mana biasanya ha1 itu sangat tertutup dan tersembunyi. Sekiranya saksi tidak dapat membuktikan betul-betul kesaksiannya atau kesaksiannya ditolak kerana dia dianggap fasiq, bukan saja tuduhannya itu ditolak oleh mahkamah, bahkan saksi berkenaan dianggap orang yang suka membawa fitnah atau suka membuka aib orang. Maka akan dikenakan hukuman hudud ke atasnya dengan hukuman rotan 80 kali. Siapa yang berani untuk mudahmudah menjadi saksi kepada kes zina, kalau begitulah kemungkinan akibatnya? Dan siapa yang berani untuk sengaja mencari-car-i salah orang lain untuk dibawa ke mahkamah? FirmaDan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik berbuat zina dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) dengan delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasiq. (An Nur: 4) Pendek kata, kes zina ini memang susah untuk dikesan dan dihukum. Dalam sejarah yang kita tahu, terlalu sedikit orang yang dihukum kerana zina. Kalau ada pun penzina yang dihukum oleh mahkamah ialah kerana penzina itu sendiri yang menyerah diri dan mengaku salah. Yakni lelaki dan wanita yang baik tetapi terlajak melakukan maksiat. Kemudian ia menyesal. Akhirnya meminta dirinya agar diazab di dunia, supaya selamat dari azab Neraka. Ertinya, pada zaman itu penzinanya adalah orang baik, yang terlajak oleh dorongan nafsu. Bukannya orang yang sengaja mahu berhibur-hibur dengan zina. Atau mencari makan melalui zina dan lain-lain lagi. Bukti dia baik ialah dia rela menyerah diri padahal dia boleh melepaskan diri. Tetapi itu tidak dilakukannya kerana dia takut kepada ALLAH- Tuhan yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui! Dalam masyarakat seperti hari ini, sekalipun zina berleluasa, tetapi hukum hudud tidak sesuai untuk dijalankan. Ini disebabkan sukarnya hendak mencari seorang hakim yang adil dan saksi yang warak serta adil. Bila syarat tidak cukup, maka hukuman tidak boleh dijatuhkan. Kiranya kes-kes zina itu walaupun memang berlaku tetapi tidak tersabit kesalahannya, sebab tak cukup syarat, maka penzina-penzina lain pula akan ambil kesempatan untuk lebih berani melakukannya. Kerana peluang untuk lari dari hukuman adalah besar. Ertinya, selain dari hukuman sulit untuk dijalankan, zina pula akan berleluasa. Sebab itulah hukum ini sebenarnya ALLAH turunkan di waktu masyarakat umum sudah baik-baik belaka. Penjahat-penjahatnya kalau ada pun, hanya sedikit bilangannya. Itupun orang yang sudah baik atau sekurang-kurangnya sudah malu dengan anggota masyarakat umum yang sudah baik-baik. Jadi kalaupun terlepas dari kes zina, namun mereka ini sudah cukup malu dan insaf. Dan orang lain akan takut untuk melakukannya. Sedangkan dalam masyarakat hari ini, kalau penzina terlepas dari kes zina, dia bukannya makin insaf, tetapi akan jadi makin berani. Sebab dia tak akan begitu malu pada masyarakat yang memang sama-sama tidak baik. Zina sudah lumrah. Tetapi kalau dia seorang saja yang berzina, orang lain tidak per& didengar melakukannya, baru dia akan rasa malu, terhina, tersisih dan insaf. Mengapa ALLAH perketatkan syarat-syarat ke atas..(teks tidak lengkap)halus dengan melepaskan penzina dari hukuman. Hingga kerana itu penzina mengalami kesan psikologi yang mendalam. Dia sangat insaf dengan perlindungan dan kasih sayang ALLAH. Sedangkan kalau dia dihukum, kesan tidak begitu dirasakan. Cuma dia merasa patutlah dia terhukum sebab memang dia bersalah.Hal ini hanya mungkin berlaku pada pesalah yang hatinya sudah pernah tunduk pada kebenaran dan tarbiah. Cuma untuk seketika ia lalai dan terikutkan nafsu. Juga pada hati yang sudah dikepung oleh masyarakat yang soleh dan solehah. Tetapi dalam masyarakat hari ini, yang hati-hatinya sudah degil dan ingkar, susah untuk insaf dengan didikan halus oleh ALLAH itu. Bahkan kiranya terlepas dari hukuman, mungkin dia rasa satu kemenangan. Dan peluang untuk mengulangi kesalahan masih terbuka.Sebagai kesimpulannya, saya tegaskan sekali lagi bahawa sesungguhnya hukum hudud yang dikatakan menakutkan itu sebenarnya penuh kasih sayang, pendidikan, kebaikan dan keuntungan bagi masyarakat umum dan juga kepada individu pesalah. Ia sebagai satu kaedah pendidikan yang terakhir kepada sebahagian kecil anggota masyarakat Islam, yang tidak dapat dijinakkan nafsunya oleh dakwah dan tarbiah. Apabila pencuri dan pembunuh dimaafkan di mahkamah dan apabila penzina terlepas dari hukuman kerana syarat-syarat terlalu ketat, maka ha1 itu akan memberi malu dan menginsafkan pesalah-pesalah. Dia akan bertaubat. Dan itulah yang ALLAH mahukan. Maka dengan cara itu terbinalah akhirnya sebuah masyarakat idaman yakni:Negara yang baik (aman dan makmur) dan Tuhan yang Maha Pengampun (penduduknya mendapat keampunan ALLAH). (Saba’: 15)Perlu diingat sekali lagi, bahawa hukum ini sekalipun sudah ada dalam Quran sejak 1400 tahun yang lalu, perlaksanaannya hendaklah dibuat sesudah program dakwah dart tarbiah selesai dalam masyarakat. Dan sesudah persediaanpersediaan lain diwujudkan seperti yang telah disusun atur oleh Rasulullah dalam langkah-langkah perjuangannya. Dahulukan soal-soal fardhu ain dan fardhu kifayah yang utama. Ini juga sudah lebih dulu ada dalam Al Quran. Tertib ini jangan diubah-ubah demi tercapai hasil yang tepat. Bila kerjakerja berhubung dengan fardhu ain dan fardhu kifayah yang utama itu selesai dan berhasil, barulah disempumakan atau dipagari hasil-hasil baik itu dengan hukum hudud. Segala apa yang saya bentangkan ini adalah rakaman sejarah. Dan kalau kita mahu melihatnya dengan mata kepala sendiri, demi keyakinan yang mendalam, tidak cukup dengan cerita dan teori ini. Justeru orang lain pun boleh bercerita dan mencipta teori-teori ilmiah yang belum terbukti. Maka supaya benar-benar menjadi pengalaman bersama, mari kita cuba laksanakan segala langkah-langkah perjuangan itu mengikut susun atumya yang tertib secara istiqamah, sistematik dan syumul. Di sana nanti bat-u kita akan faham maksud-maksud tersirat ALLAH, hikmah dan falsafah yang mendalam tentang ajar-an-ajaran dan hukum-hukum ALLAH itu. Tanpa praktik dan pengalaman, kita akan sentiasa berselisih disebabkan pendapat yang berbeza-beza, yang biasanya lahir dari nafsu, syaitan dari kejahilan yang kita pertahankan.
Sumber:http://www.memoriarqam.com/2010/09/syarat-syarat-terlaksananya-hukum-hudud/ 

Leave a comment

Memasak Bersama Anjing

Ok kali ni aku nak buat entri pasal masak2 pulak..best pulak tgk demo masak2 kt youtube...kan best kalau dpt makan makanan yg dimasak tu..nyumm.nyumm..tapi aku bukan nk cerita pasal makanan Melayu, India atau Tionghua. Tapi makanan dari Jepun..mesti korg tau pasal Sushi sume tu kan..tapi korg xtau..banyak lagi makanan Jepun yg best2..jadi aku search la Youtube..terlampau banyak channel rancangan masakan..jadi aku tertarik dgn satu channel cookingwithdog. Jangan terperanjat sbb dia memasak dgn seekor anjing kat sebelah dia dan yang aneh anjing tu x makan atau buat kacau walau duk sebelah periuk.terlatih betula anjing n.Aku suka tgok cara dia potong2,masak..dgn keadaan yg tertib dan paling penting aspek kebersihan amat dititkberatkan..



Video kt atas cara dia buat macam set makanan utk bwak pg kerja dgn sekolah..sgt praktikal dan comel bekas dia..kt dalam ada mcm2 makanan berkhasiat ditambah dgn cara hiasan yg membuka nafsu sesiapa rasa nk makan sampai habis.Segala zat, nutrient,protein ada dlm kotak Bento n..aku pling suka hiasan hotdog,telur,sume la..rasa nk buat je..


video kat atas pulak cara nak buat nasi bebola Jepun..sangat best..dan benda yg boleh belajar dari video n cara nak elak bakteria melekat kt tapak tangan dan menyebabkn nasi basi..sapukan sedikit air garam..

yang video kat atas Takoyaki..macam bebola ikan,ayam,sotong cuma lagi sedap..dan aku pernah makan 2kali benda n..sgt sedap..ada mcm jenis inti sotong,keju,ikan,dn macam2 lgi.bole letak ikut selera inti dia.best.. 






Video kat atas cara nak buat Ebi Fry sama macam tempura jgk.cuma nama Jepun..tpi yg best bila tgk cara org Jepun ni memasak sgt teliti dan kreatif..

aku masukkan sikit je video kt blog Dunia Aku n,nak masuk lebih2 kan berat nk loading..kalau berminat nk belajar cara nak masak makanan Jepun bole la masuk channel dan subscribe http://www.youtube.com/user/cookingwithdog

Leave a comment

Maksud Tersirat Video Undilah



Video bertajuk ‘Undilah’ arahan Benji Lim, terbitan Pete Teoh, Albert Law dan Bahir Yeusuff telah dapat ditonton dan di muat turun di internet.  Video ini secara luarannya dilihat baik dan mempromosikan demokrasi melalui pendaftaran sebagai pengundi. Tetapi di dalamnya penuh dengan maksud jahat yang tersirat.
Ia juga dilihat mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Antara yang terlibat dalam video ini adalah YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong – Timbalan Menteri Pelajaran, Yang Berhormat Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin – Timbalan Menteri Kesihatan, Nurul Izzah Anwar , Khalid Samad dan ramai lagi.
Selain itu, tokoh perniagaan, sukan dan seni turut dipaparkan. Antaranya ialah Datuk Lee Chong Wei, Tan Sri Anthony Francis Fernandes, Tengku Azmil Zaharuddin, Karamjit Singh, Afdlin Shauki, Reshmonu, Aizat Amdan, Baki Zainal, Bront Palarae, Daphne Iking, Jason Lo, Jehan Miskin, Sazzy Falak, Sharifah Amani, Tony Pua, Wardina Safiyyah, Yasmin Yusuf, Namewee dan lain-lain.
Klip ini dimulakan dengan ucapan narrator oleh YB Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)  dan  kemudian diikuti dengan lagu nyanyian Namewee dan Afdlin Shauki yang juga meminta rakyat mendaftar sebagai pengundi kerana dengan mengundi, rakyat menjadi majikan dan boleh memilih pemimpin mereka.
Dari segi visual pula, ia dimulakan dengan rakaman narrator oleh Ku Li dan diikuti dengan visual nyanyian Namewee, Afdlin, Pete Teoh dan Shashi. Diselitkan juga pelbagai gambar yang dikesan secara tidak langsung menunjukkan orang ramai dan lokasi perhimpunan haram BERSIH 2.0 di adakan.
Lagu dan lirik di cipta oleh Namewee dan ditambah dalam bahasa Melayu oleh Afdlin Shauki dan bahasa Tamil oleh Shahshi Tharan Rajoo. Oleh itu, kita dapat lihat lirik yang disampaikan agak keras sebagaimana lirik-lirik lagu terdahulu oleh Namewee. Namun kali ini ia dalam bentuk tersembunyi atau ‘subliminal message’.
Dari segi visual, pada minit 0.26, memaparkan seseorang yang sedang membaca akhbar Harakah yang bertajuk ‘BN TIRU BUKU JINGGA’.
Di minit 3.00 pula menunjukkan visual papan tanda nama jalan seperti Jalan Tun H.S Lee, Jalan Tun Perak, Hospital Tung Shin dan Jalan Pudu Lama (3.22), Jalan Masjid India (3.25) lokasi-lokasi ini adalah lokasi dimana peserta perhimpunan haram 9 Julai di gempur polis.
Pada minit 3.36 pula visual menunjukkan poster 1Malaysia gambar YAB Perdana Menteri dan tulisan ‘Rakyat Di Dahulukan’. Terdapat satu maskot seakan-akan lintah sedang bergoyang-goyang dihadapan wajah YAB Perdana Menteri. Jika ditafsirkan, mesejnya amat jahat iaitu menggambarkan pemimpin tertinggi Negara dengan Lintah yang bersifat penghisap darah.
Penyertaan dua pemimpin negara iaitu Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Puteri UMNO yang juga Timbalan Menteri Kesihatan dilihat cuba mempergunakan kedua-dua tokoh ini dalam rancangan jahat penerbit.
Adalah satu perkara yang menghairankan apabila Namewee terus diberikan kebebasan berkarya walaupun telah beberapa kali membuat tindakan mencemarkan maruah negara dan menimbulkan kemarahan seperti penerbitan video ‘Negarakuku’. Tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mempertahankan beliau juga menyinggung perasaan ramai penyokong BN apatah lagi beliau kini telah menerbitkan filem Nasi Lemak 2.0.
Penyertaan lebih 100 orang termasuk VIP, Artis, Ahli Sukan, Pemimpin Pembangkang, Pemimpin Kerajaan, dan sebagainya dilihat cuba menunjukkan bahawa pelbagai pihak menyokong penerbitan video ini sekaligus menyampaikan mesej secara halus bahawa mereka ini juga menyokong gerakan untuk menukar Kerajaan.
Memang patut video tersebut diharamkan, lebih-lebih kerana penglibatan manusia biadab seperti Namewee. Manusia kurang ajar seperti itu dan menjadikan perkataan-perkataan lucah sebagai mainan di bibir mulutnya tidak patut sama sekali muncul dalam televisyen.

2 Comments

AUKU bakal dimasuhkan selepas Internal Security Act (ISA)


Pergerakan Pemuda UMNO hari ini meminta kerajaan memansuhkan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang melarang pelajar daripada terbabit atau meluahkan rasa simpati serta sokongan kepada mana-mana parti politik negara ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, permintaan memansuhkan Seksyen 15 itu disuarakan golongan mahasiswa menerusi kaji selidik yang dilakukan pergerakan itu tahun lepas.

"Kita harap kerajaan teliti Seksyen 15 AUKU ini bagi memberi peluang kepada penuntut di Institusi Pengajian Tinggi terbabit secara langsung dalam politik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco Pemuda UMNO di Bangunan UMNO Selangor semalam.

Beliau berkata, langkah itu juga sejajar dengan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini

Leave a comment

SKMM sahkan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara di Sweeden


Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara hina Islam di kesan, menurut laporan bernama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita Rabu.

"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu," katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana 'berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa'.

Bagaimanapun, Rais berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air.

Rais menegaskan tindakan menghasut, memperkecilkan agama atau menghina raja adalah kesalahan besar.

Menteri itu berkata beliau telah memaklumkan perkembangan kes itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka telah menzahirkan pandangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri.

Leave a comment

Alahai Namewee!!



Namewee buat hal lagi setelah Utusan kritik filem sampahnya nasi lemak babi.

Kali ini dia mengutuk akhbar Utusan Malaysia melalui video klip selama 2 minit 43 saat yang dimuat naik ke laman Youtube.

Video klip berkenaan diberi tajuk Namewee FxxK Utusan dan setakat ini, hampir 15,000 hits diperoleh video berkenaan.

Marah Namewee kali ini dikatakan berpunca daripada sebuah rencana dalam Utusan Malaysia yang bertajuk Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee…

Rencana tersebut menzahirkan pandangan penulisnya yang tidak senang dengan sikap Namewee yang cuba menjadi hero 1Malaysia melalui filem Nasi Lemak 2.0 arahannya setelah beberapa kali bertindak menghina orang Melayu dan agama Islam sebelum ini.

Dalam rencana berkenaan, penulisnya berkata; Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini.

Tidak seperti kelaziman di mana Namewee akan menyanyi lagu rap untuk meluahkan marahnya, dia kali ini hanya berkata-kata dengan menggunakan bahasa Melayu pasar dan perkataan-perkataan lucah.

Namewee kelihatan sangat marah apabila penulis berkenaan memberitahu tidak mahu menonton filemnya.

Padanya, penulis berkenaan harus menonton dahulu filem tersebut dan kemudian baru menulis pandangannya.

Wartawan Utusan Malaysia berkenaan pula dalam rencananya berkata, Namewee sudah terlalu banyak mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia sebelum ini.

“Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.

“Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.

“Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah,” katanya dalam rencananya itu.

Bagi penulis berkenaan, siapa Namewee untuk bercakap mengenai perpaduan antara kaum.

“Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada.

“Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube,” katanya.

Bagi wartawan Utusan Malaysia, kalau mahu bercerita mengenai filem yang mengambarkan aspirasi semua rakyat, maka filem Estet arahan Mamat Khalid  lebih hebat dan berkesan.

Filem Nasi Lemak 2.0 dibintangi beberapa artis dan pelakon popular tempatan seperti Afdlin Shauki, Datuk avid Arumugam dan Adibah Noor.
kt bawah antara video kontroversi Namewee. Kpd Namewee sila rujuk Rukun Negara Kesopanan & Kesusilaan.






Leave a comment
FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.