Archive for April 2011

Tentang Lagu Negaraku.

Tahukah anda, terdapat dua sumber rujukan berkaitan asal usul lagu Negaraku sebelum dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia.  Pertamanya, ia dikatakan berasal dari Lagu Kebangsaan negeri Perak dan satu lagu popular berjudul Terang Bulan (Trang Bulan).  Mengikut cerita Tuan Haji Mustafa AlBakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, lagu ini digunakan buat pertama kali sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Perak pada 1901 iaitu ketika pertabalan Raja Edward VII di England.







Sultan Idris Murshiduladzam Shah, adalah Sultan Perak ketika itu (1887 hingga 1916).  
Pada masa pertabalan Raja Edward VII (1901), Sultan Idris berangkat ke England sebagai 
wakil raja-raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam Istiadat Pertabalan itu.  
Tiba di Pelabuhan Southampton, pegawai protokol dari pejabat kolonial luar naik ke kapal 
dan bertanyakan Lagu Kebangsaan Negeri Perak.  Menjadi amalan di England pada masa 
itu setiap kali Ketua Negara atau Raja berangkat, lagu kebangsaan negeri itu dimainkan.
Pada masa itu Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri.  Kebetulan, 
Raja Harun Sultan Abdullah, setiausaha sulit kepada Sultan adalah seorang pemuzik.  
Walaupun sedar Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri, dia tidak 
mahu mengaku kalah.  Raja Harun memberitahu pegawai protokol bahawa Negeri 
Perak memang sudah ada lagu kebesarannya sendiri tetapi nota lagu itu tidak 
dibawa bersama.  Begitupun, Raja Harun boleh memainkan lagu itu tanpa nota.
Selepas mendengar penerngan Raja Harun, pegawai protokol membenarkan beliau
 memainkan lagu itu.  Lagu itu sebenarnya ialah lagu Terang Bulan.  Berkumandanglah 
lagu Terang Bulan di bumi England pada 1901 buat pertama kalinya dan sekaligus
 menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak.  Dari saat itu, lagu Terang Bulan menjadi
 Lagu Kebangsaan Negara dan seterusnya Lagu Kebangsaan Malaysia. 
Satu lagi sumber mengenai asal usul Negaraku ialah cerita disampaikan Raja Kamarulzaman, 
anak kepada Raja Mansur yang pernah menjadi juruiring kepada Sultan Idris.  Beliau 
menyatakan laguTerang Bulan mula dijadikan Lagu Kebangsaan Negeri Perak pada 1888, 
apabila Sultan Idris melawat London iaitu setahun selepas baginda ditabalkan.
Sultan Idris berangkat ke London untuk menghadiri Upacara Kemahkotaan Permaisuri 
Victoria pada 1888.  Setibanya rombongan diraja di London sebagai persediaan, wakil
Permaisuri Vicoria meminta nota Lagu Kebesaran Negeri Perak daripada Raja Mansur, 
juruiring Sultan Idris.  Untuk mengelak malu maka menerusi kebijaksanaan dan daya 
usaha Raja Mansur, beliau menyatakan nota lagu terlupa dibawa.
Bagaimanapun, Raja Mansur memberitahu wakil Permaisuri dapat menyediakan seorang 
pakar muzik yang boleh membuat nota lagu, beliau boleh membunyikan dengan cara bersiul.  
Lagu disiul itu adalah lagu yang sangat popular dan digemari penduduk Negeri Perak.  
Lagu Kebesaran Negeri Perak buat kali pertamanya dimainkan secara rasmi pada Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria di London dan lagu itu ialah lagu Terang Bulan.
Mubin Sheppard, bekas Pengarah Arkib Negara pernah membuat penyelidikan mengenai 
asal usul lagu Negaraku.  Beliau mendapat cerita daripada dua adik beradik, Raja Aminah 
Almarhum Sultan Abdullah dan Raja Halijah Almarhum Sultan Abdullah, selain Raja 
Kamarulzaman.  Mengikut dua adik beradik ini, kali pertama mereka mendengar lagu ini 
yang sekarang dikenali sebagaiNegaraku ialah di Mahe, Kepulauan Seychelles, lokasi ayahanda mereka iaitu bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan.
Kata mereka, lagu itu sangat popular di pulau berkenaan dan selalu dimainkan pasukan 
pancaragam.  Dipercayai melodinya digubah ahli muzik Perancis, Pierre Jean de Beranger 
yang lahir di Perancis pada 1780 dan meninggal dunia pada 1857.
Raja Kamarulzaman pula menceritakan lagu itu diperkenalkan seorang bangsawan dari 
Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura.  Dalam tempoh singkat lagu itu 
menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan
Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 31 Ogos 2008, oleh Suzan Ahmad)

Leave a comment

Kuala Lumpur Ke arah Bandaraya Moden, Selamat

Rencana yang saya petik dari Berita Harian sebagai penanda 100 hari menjawat tugas sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Kuala Lumpur Ke Arah Kota Raya Moden, Selamat





HARI ini genap 100 hari saya bertugas sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Selaku menteri baru di dalam Kabinet kerajaan, sememangnya tugas dan tanggungjawab yang saya galas ini amat berat dan mencabar.
Pertama saya terpaksa berdepan pelbagai masalah harian kota metropolitan Kuala Lumpur seperti isu setinggan, kemiskinan bandar, kesesakan lalu lintas, banjir kilat, penjaja dan banyak lagi yang semuanya berhubungkait rapat dengan kebajikan rakyat serta warga kota.
Keduanya, saya perlu meneruskan pembangunan yang sudah dirancang sebelum ini dan memastikan ia dapat segera dilaksanakan dengan baik dan lancar supaya setiap lapisan rakyat merasai manfaatnya.
Kedua-dua cabaran ini memerlukan komitmen dan kesungguhan, khususnya dalam mendepani masalah rakyat selain melaksanakan perancangan dengan begitu teliti dan realistik untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya bertaraf kelas pertama.
Selaku menteri yang dipertanggungjawabkan, maka saya dalam jangka masa 100 hari ini sudah berusaha memikul tanggungjawab itu sebaik mungkin, bersandarkan gagasan ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, seperti diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Oleh kerana saya sudah berkecimpung dalam politik di bandar raya ini lebih 20 tahun, saya sedikit sebanyak memahami permasalahan dihadapi warga kota. Sebaik memulakan tugas, langkah pertama saya ialah turun padang untuk meninjau sendiri agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Ini termasuk semua jabatan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya. Tinjauan dari dalam ini bertujuan mendapat gambaran lebih jelas mengenai peranan setiap agensi selain memahami sendiri kekangan dihadapi mereka selama ini.
Dengan cara ini, kami sama-sama dapat mencari pendekatan terbaik untuk mengatasi atau mengurangkan masalah dihadapi, seperti cara mengurangkan masalah trafik, penguatkuasaan, perumahan, pengangkutan awam, tempat letak kereta, penjaja dan lain-lain lagi.
Selaras dengan harapan rakyat dan kerajaan, saya berhasrat melonjakkan imej Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya kelas pertama di samping berusaha menyelami masalah penduduknya. Namun, banyak perkara asas ke arah pembaikan dan kemajuan perlu dilakukan. Atas dasar itu, saya mengilhamkan visi 7P merangkumi:
(1) Pembangunan lebih teratur lagi sistematik bagi mencapai kemajuan yang benar-benar dapat dirasai setiap lapisan masyarakat, termasuk pelabur asing;
(2) Perumahan bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah;
(3) Penjaja dan peniaga kecil diberi ruang seluas-luasnya untuk meningkatkan pendapatan serta membantu golongan wanita dan generasi muda menjalankan perniagaan berlesen;
(4) Pengangkutan yang menjadi pemangkin dalam mengurus kemudahan awam di bandar yang kini semakin mencabar;
(5) Penyelenggaraan prasarana dan kemudahan awam untuk rakyat turut diberi perhatian utama;
(6) Perkhidmatan dan penguatkuasaan yang menekankan perkhidmatan mesra rakyat terutama dari segi penguatkuasaan, dan
(7) Prihatin dalam soal kebajikan dan masalah penduduk kota, termasuk mewujudkan jaringan keselamatan sosial selain menghayati masalah dihadapi warga kota.
Saya sudah mengupas dan memperinci konsep 7P ini dalam mesyuarat pertama saya bersama pegawai agensi di bawah kementerian. Sebagai bekas presiden NGO ekonomi, saya rasa kementerian wajib menyediakan landasan untuk mendengar suara rakyat sama ada melalui dialog dengan persatuan dan NGO atau secara langsung menggunakan teknologi internet terkini seperti Facebook atau Twitter.
Untuk rakyat, fokus utama saya ialah memberi perhatian kepada warga kota berpendapatan rendah. Golongan miskin bandar atau ‘misban’ ini wajar dibela dan diperjuangkan kerana kita mahu mewujudkan suasana hidup lebih saksama selain menyediakan gelanggang sama rata.
Dalam hal ini, keutamaan saya ialah menyelesaikan masalah perumahan warga kota dan tapak niaga untuk penjaja kecil. Kedua-dua ini saya anggap penting kerana membabitkan secara langsung keperluan rakyat, sekali gus dapat menyelesaikan masalah setinggan dan membasmi kemiskinan bandar.
Masalah perumahan yang merangkumi setinggan dan penempatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh setahun dua ini. Sehingga kini seramai 4,833 keluarga setinggan yang menetap di tanah kerajaan sekitar Kuala Lumpur masih belum berpindah ke PPR. Saya mensasarkan usaha menjadikan Kuala Lumpur setinggan bebas dapat dicapai menjelang 2010.
Saya juga memandang serius masalah pemilik atau penghuni unit di pembangunan strata terutama dalam aspek penyelenggaraan. Sehingga kini, ada kira-kira 236,000 unit kediaman dan perdagangan di bangunan strata di Wilayah Persekutuan.
Kerajaan sudah mengumumkan peruntukan RM25 juta untuk membaikpulih dan menaik taraf enam PPR di sekitar Kuala Lumpur di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Kedua. Kerja berkenaan sudah mula dilaksanakan di Vista Angkasa, manakala lima lagi bakal menyusul ialah Sri Tioman 2, Gombak 2, Keramat Jaya 2, Setapak Jaya 1B dan Kondo Rakyat. Saya sendiri akan memantau projek ini bagi memastikan ia dilaksanakan dengan berkesan.
Langkah penjualan PPR seperti diumumkan Perdana Menteri juga sedang diperhalusi dan dijangka menjadi kenyataan dalam tempoh tiga bulan lagi. Isu diketengahkan persatuan penduduk turut diambil kira, terutama melalui sesi dialog saya bersama mereka, termasuk dari Persatuan Penduduk Bangsar Baru, Kampung Padang Balang, Kampung Chubadak Hilir, Pangsapuri Suci (Swasta) di Jalan Klang Lama, Jinjang Selatan Tambahan dan Penempatan India Pandan.
Bagi tapak berniaga pula, saya bertekad mahu memberi peluang kepada keluarga berpendapatan rendah atau miskin mendapat ruang berniaga di tempat strategik agar dapat membantu menjana pendapatan mereka. Langkah ini penting khususnya dalam keadaan ekonomi yang agak suram sekarang ini.
Namun keutamaan sudah tentu akan saya berikan kepada penjaja tulen. Selain itu, masalah penjaja pasar juga perlu diberi perhatian. Saya sudah melakukan tinjauan mesra di tiga pasar utama iaitu Pasar Keramat, Pasar Pudu dan Pasar Jalan Petaling.
Melalui sesi dialog bersama golongan ini, banyak permasalahan yang timbul berjaya kita atasi bersama dalam suasana ‘menang-menang’. Sebagai langkah mengenal pasti masalah harian rakyat secara lebih dekat, saya banyak meluangkan masa turun padang berjumpa orang ramai, selain memantau sendiri kemajuan pembangunan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Saya berpeluang mendapat maklum balas dan menyaksikan sendiri permasalahan dihadapi pengguna, khususnya mengenai pengangkutan awam ketika lawatan bersama agensi pelaksana seperti DBKL, LPKP dan Kementerian Kewangan di Puduraya, Petaling Street, Putrajaya Sentral serta Rancangan Penyuraian Trafik di Brickfields dan Jalan Hang Jebat.
Saya lakukan ini kerana percaya laporan yang diterima di bilik berhawa dingin tidak sama jika kita tidak melihat serta mendalami sendiri masalah rakyat. Saya juga menekankan kepentingan konsep turun padang ini kepada penjawat awam, antara lain saya meminta Datuk Bandar turun ke setiap kawasan Parlimen tidak kira yang diwakili kerajaan atau pembangkang.
Perkhidmatan kementerian perlu menjangkaui kepentingan politik, dan setiap rakyat harus diberikan pembelaan sewajarnya. Langkah membanteras jenayah di ibu kota juga tidak kurang pentingnya. Usaha ini akan dilakukan secara berterusan dan sudah pasti membabitkan Kementerian Dalam Negeri serta pelbagai agensi lain.
Saya mahu melihat Kuala Lumpur bukan saja muncul sebagai bandar raya kelas pertama, malah turut menjadi sebuah kota yang selamat dan bebas daripada ancaman jenayah. Saya sedar, saya tidak akan mampu memuaskan hati setiap warga kota dalam melaksanakan usaha ini. Namun, saya akan memastikan segala pertimbangan dan keputusan, mesti mengambil kira kepentingan ramai, bukan hanya untuk sekelompok kecil penduduk.
Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ialah Menteri Wilayah Persekutuan

Leave a comment

Pembinaan Lebih Banyak Monorel Di KL

GREATER Kuala Lumpur merupakan antara 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) pada bulan lalu.
Ia bertujuan menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya bertaraf dunia dan salah satu pendekatan bagi mencapai matlamat itu adalah mewujudkan sistem pengangkutan bersepadu.
Rentetan daripada rancangan itu, pengangkutan awam dinaik taraf termasuk pelaksanaan transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) secara besar-besaran.
Scomi Engineering Bhd, penyedia penyelesaian pengangkutan antara yang memberi cadangan kepada kerajaan untuk mengembangkan perkhidmatan monorel dalam membantu usaha mengukuhkan sistem pengangkutan di ibu negara.
Timbul cakap-cakap mengenai monorel bakal menjadi trend pengangkutan awam bandar di negara ini terutama Kuala Lumpur.
Bukan sesuatu yang mustahil bagi bandaraya yang memerlukan penjimatan ruang dan kos bagi pembangunan lebih efektif.
Adakah pengembangannya bakal mengubah landskap Kuala Lumpur dengan infrastruktur pengangkutan lebih moden seperti di Jepun dan Amerika Syarikat (AS)?
Presiden Scomi Engineering, Syahrunizam Samsudin bagaimanapun menjelaskan, monorel bukan dilihat sebagai satu peralihan pengangkutan awam apatah lagi menjejaskan perkhidmatan transit sedia ada.
Ini kerana katanya, perkhidmatan monorel sudah lama diperkenalkan, malah dijadikan sebagai pengangkutan awam secara komersial bermula di Seattle pada tahun 1965.
“Namun saya tidak menafikan monorel kini mula dikenali di Malaysia selepas ia diperluaskan sebagai aplikasi rel transit bandar sejak dua tahun lalu.
“Penggunaannya bersesuaian dengan bandaraya yang semakin sesak dan memerlukan pembangunan yang menjimatkan ruang dan kos,” katanya kepada Mingguan mStar.
Perkembangan global
Anak syarikat Scomi Group Bhd itu bukan calang-calang kerana produk dan perkhidmatan monorelnya kini dikenali kebanyakan negara dunia.
Kejayaan Scomi Engineering bermula selepas melancarkan sistem monorel pertama iaitu KL Monorail di negara ini pada tahun 2003. KL Monorail merupakan sistem transit awam dalam bandar sejauh 8.6 kilometer yang merentasi 11 stesen di sekitar Kuala Lumpur seperti Bukit Bintang, Chow Kit dan KL Sentral.
Scomi Engineering kini sedang melaksanakan projek monorel di Mumbai sejauh 19.54 kilometer daripada Pembangunan Wilayah Metropolitan Mumbai (MMRDA).
Projek bernilai RM1.85 bilion itu merupakan projek sulung syarikat tempatan itu di luar negara dengan kerjasama rakan konsortium, Larsen and Toubro Ltd.
Bukan sekadar di Mumbai, Scomi Engineering optimis meneruskan pengembangan globalnya di Brazil dengan membida projek-projek monorel di negara itu.
Kerajaan Persekutuan Brazil telah memperuntukkan sejumlah AS$12 bilion (RM38.66 bilion) untuk pembangunan infrastruktur awam terutama persediaannya menjadi tuan rumah perlawanan bola sepak Piala Dunia di Sao Paolo dan pembidaan untuk Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.
Sebelum ini, Scomi Engineering turut membida cadangan membina monorel sepanjang 59 kilometer bernilai AS$2.4 bilion (RM7.73 bilion) bagi fasa pertama di Bangalore, India.
Ia merupakan kerjasama dengan Geodesic Techniques Pvt Ltd dan menjadi strategi berterusan dalam pelan pengembangan perniagaan di India untuk membida lebih banyak projek monorel di beberapa bandar utama seperti New Delhi, Chennai dan Kolkalta.
Pembangunan efisien
Sejajar dengan pengembangan global, Scoming Engineering memperkenalkan monorel generasi akan datang iaitu Aplikasi Rel Transit Bandar Scomi (SUTRA).
Ia bertujuan memenuhi standard antarabangsa selain meningkatkan keupayaan dan kapasiti sekaligus memudahkan rancangan pembangunan pengangkutan.
Syahrunizam berkata, syarikat mahu memastikan produk dan perkhidmatan monorel mempunyai kecekapan tenaga, lebih ringan dan beroperasi lebih senyap.
Menurut beliau, Scomi Engineering menawarkan harga kompetitif tetapi tahap kualiti dan prestasi kekal dipertingkatkan.Ini katanya, termasuk keselesaan kerana pada masa ini masyarakat menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
“Saya berpendapat bahawa monorel sepatutnya dijadikan sebagai pengantara bagi pengangkutan awam dan aliran transit di Kuala Lumpur.
“Kos pelaksanaan sistem berkenaan lebih murah, malah memudahkan hubungan antara bandar raya dan pinggir bandar terutama kawasan perumahan,” ujarnya.
Beliau menambah, pengangkutan awam sepatutnya dipelbagaikan dan sistem monorel membantu memperluaskan hubungan itu seiring pembangunan pesat Kuala Lumpur.
Monorel menggunakan kuasa elektrik menyebabkan pengangkutan itu bersifat mesra alam sekaligus penggunaannya dapat mengurangkan pencemaran udara.
Selain itu katanya, kos pengangkutan awam di negara ini masih lagi berpatutan, namun mempunyai kos monorel lebih efisien malah mempunyai kecekapan dan keupayaan dari segi operasi.
Syahrunizam turut menyifatkan negara perlu menunjukkan sokongan kepada pembangunan produk tempatan kerana Jepun dan Korea menggunakan keretapi jenama keluaran tempatan.
Justeru, beliau percaya monorel bakal menjadi pengangkutan awam utama di negara ini pada masa akan datang berikutan pembangunannya bersesuaian dengan kepesatan bandar.
“Bukan mudah untuk membuat projek di kawasan padat, sesak dan sudah membangun menyebabkan sebarang perancangan akan mengambil masa lama.
“Projek pengangkutan awam lain mungkin berlanjutan sehingga 10 tahun tetapi monorel hanya memerlukan masa dua setengah tahun untuk menyediakan satu sistem,” katanya.
sumber:MStar Online

Leave a comment

Media Indonesia Bias?

Isu ni mungkin dah lama, tapi aku rasa nak berbicara juga. Media sudah kita tahu sebagai satu medium yang menghubungkan masyarkat dengan berita, informasi terkini, hiburan dan sebagainya. Segala maklumat yang disampaikan haruslah jujur, tepat, bermanfaat malah memberi impak yang positif pada yang menonton atau mendengar. Tahun 2010 merupakan saat-saat yang kurang enak perhubungan antara Malaysia dan Indonesia. Semua ini gara-gara media Indonesia yang memainkan sentimen rakyat Indonesia berhubung isu penderaan TKI, budaya, sempadan negara, malah isu kepulauan yang bertindih antara Malaysia dan Indonesia. Kita sudah sedia maklum yang kes ini mendapat liputan yang meluas di Indonesia. Malahan hampir saban hari berita hangat tentang Malaysia di siarkan di Indonesia. Untuk mengenakkan mata dan telinga rakyat Indonesia yang menonton, berita tentang penganayaan TKI indonesia sering disiarkan di kaca Tv, sedangkan isu itu tiada kena mengena dengan isu sempadan Malaysia- Indonesia. Ianya seolah-olah mengambarkan rakyat Malaysia keseluruhannya suka menganayai pembantu rumah. Sedangkan yang berlaku hanyalah kes terpencil yang dilakukan oleh majikan bukan islam dan berbangsa Tionghua. Kes telah dibicarakan malah pesalah telah dihukum dengan hukuman yang berat. Tetapi media Indonesia tidak melihat akan hal itu, mereka terus memainkan api sentimen anti-Malaysia ke atas peristiwa demi peristiwa yang berlaku. Seakan-akan seluruh rakyat Malaysia perlu dihukum atas kesalahan yang dilakukan oleh seorang majikan yang kejam. 


Isu budaya pula dimainkan, dengan mengatakan bahawa Malaysia mencuri kebudayaan dan makanan Tradisional Indonesia. Disini saya ingin bertanya, adakah Malaysia dan Indonesia seperti Australia dan Amerika jaraknya?, Malaysia dan Indonesia hanya dipisahkan oleh selat Melaka dan suatu ketika dahulu, sebelum kedatangan inggeris ke Asia tenggara, kerajaan Majapahit dan Melaka adalah satu kerajaan yang kuat, Kerajaan Majapahit pernah mengusai seluruh kepulauan Asia tenggara manakala Melaka juga pernah menakluk wilayah di sumatera. Jadi tidak mustahil terdapat persamaan dari segi budaya dan makanan tradisional. Kepulauan Asia tenggara juga terkenal sebagai Kepulauan rempah. Gambaran media Indonesia pula lain pula, pemberitaan mereka seolah-olah menganggap Malaysia seperti negara yang jauhnya beribu batu dari Indonesia. Malaysia juga tidak pernah MENGKLAIM kebudayaan Indonesia seperti batik, malah Malaysia tetap mengatakan bahawa batik itu asalnya dari Indonesia. Isu tarian pendet pula, dilihat sengaja di lakukan oleh saluran Discovery Singapura yang mungkin berniat jahat terhadap hubungan baik Malaysia- Indonesia. Mereka sengaja memasukkan iklan tarian pendet sedangkan tarian itu tidak langsung wujud dan dipersembahkan di Malaysia. 









Aku merasa agak kesal dengan sikap media Indonesia yang tidak menjaga sensitiviti antara Malaysia-Indonesia, sedangkan di Malaysia walaupun terdapat isu seperti TKI yang mendera anak majikan, merompak, menyamun, membunuh, dan sebagainya tidak diperbesarkan oleh Media Malaysia. Ini kerana bagi menjaga hubungan baik Malaysia-Indonesia yang selama ini terjalin kukuh dan erat walaupun sewaktu Malaysia dibentuk terdapat penentangan oleh Indonesia dan filipina. Isu sempadan pula, kenapa hal ini tidak hanya dibincangkan oleh para pimpinan Malaysia-Indonesia sahaja, kenapa media Indonesia seolah-olah bertindak seperti kerajaan yang mengarahkan kerajaan supaya bertindak mengikut arahan mereka. Apakah mereka punya agenda tertentu?. Biarlah mereka membuat kerja kerana mereka yang dipilih oleh rakyat melalui election yang sah dan adil. Media Indonesia tidak perlu ribut-ribut, kerana tugasa mereka hanya melaporkan bukan menjadi pengadilan. Lihat saja Media Malaysia, walaupun dikatakan tidak bebas tetapi mereka melaporkan berita yang tidak menyingung mana-mana pihak yang menonton. 


Peritiwa yang berlaku di Indonesia mengiyakan kajian oleh seorang pengkaji iaitu, 
Kajian Cantril. Pada 1938, drama radio ‘War of the Worlds’ telah disiarkan menerusi radio dan meninggalkan rasa panik di kalangan pendengar Individu berpendidikan tahap rendah lebih mudah mempercayai kebenaran siaran radio. Bermakna media mempunyai kuasa yang hebat dalam mempengaruhi mereka yang tidak berfikir secara logikal dan mempunyai tahap asas pendidikan yang kurang. itulah bahaya globalisasi. 

Sekian dahulu, salam.
  

Leave a comment

Menarik Tentang Facebook


Dalam drama, surat khabar dan majalah pun sibuk disebut tentang facebook. Sampaikan nenek-nenek pun layan facebook. Memang jauh myspace kena tinggal disebabkan fenomena facebook ni. Berikut adalah fakta tentang facebook yang mungkin korang tak tahu. Enjoy..
Source: http://sitikus.com/internet/fakta-tentang-facebook-yang-mungkin-anda-tak-tahu/

Leave a comment

Tentang Facebook


Menarik Tentang Facebook
Ketika ini dunia digegarkan oleh satu revolusi laman web sosial yang meletup secara mendadak. Keadaan ini boleh diistilahkan sebagai kegilaan terhadap Facebook.Disana sini orang berbicara tentang Facebook.Siapa yang tidak tahu mengenai Facebook dianggap ketinggalan zaman.
Ketika ini nilai facebook dianggarkan adalah sebanyak USD 508,397,917 dan jumlah itu dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa. Nilai kekayaan owner facebook pula dianggarkan sebanyak USD1billion pada tahun 2009.
Jumlah pegawainya pula telah mencapai lebih 400 orang.Akan tetapi, Facebook adalah organisasi yang unik. Para eksekutif dan pegawai tertingginya masih muda,iaitu antara 24 tahun-37 tahun. Markas besar Facebook lebih mirip asrama mahasiswa.
Pejabat Facebook
Akhirnya, setelah lama memiliki pejabat yang berpisah antara satu sama lain di berbagai penjuru Palo Alto, kini Facebook memiliki satu pejabat sendiri yang cukup besar untuk menampung semua pegawainya di Palo Alto. Pejabat baru tersebut mempunyai keluasan 150 ribu kaki persegi.
Para pegawai, yang setiap hari mendapat makanan percuma dan bekerja sambil melakukan kegiatan yang mereka minati. Ada yang bermain gitar,kapal terbang control, atau bergoyang ditemani muzik seorang disc jockey (DJ).
Mereka juga tidak perlu berpakaian rapi. Celana pendek dan sandal jepit adalah pakaian kegemaran mereka di pejabat. Zuckerberg mengaku tidak berapa gemar suasana pejabat yang terlalu formal.Meskipun sudah mampu menghimpun harta kekayaan hingga US$ 3 juta Zuckerberg tetap tampil seadanya, seperti pemuda kebanyakan yang menggemari pakaian santai.
Mark Zuckerberg berusaha memberi para pegawainya keselesaan sebaik yang mungkin di pejabat baru tersebut.Oleh itu dia memberikan kebebasan seluas-luasnya kepada para pegawai untuk menghias pejabat tersebut.Ini termasuklah merubah berbagai keduduka perabot, menambah berbagai karya seni di dinding dan sebagainya.
Info facebook.
Google pagerank: 9
Alexa rank: 2
Yahoo Backlinks: 5,848,217
Altavista Backlinks: 1,510,000
All the Web Backlinks: 662,000
Yahoo Indexed Pages: 412,643,276
Altavista Indexed Pages: 413,000,000
All the Web Indexed Pages: 331,000,000

Leave a comment

Koleksi Cerita Lawak..Ha.Ha..


Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"








Kisah Mat Rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?

Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?

Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?

Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...

Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!






Bibik dan Telefon

Telefon pertama

Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??

Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2

Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??

Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3

Penelefon (X) : Helloooo….

Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)

Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??

Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??

Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….

Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4

Penelefon (X) : Helloooo…..

Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!

Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..

Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??

Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!

Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)


Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,


Telefon ke -5

Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)

Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??

Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??

Bibik (Y) : Iya betul….

Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???

Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)


Leave a comment

Saat Komputer Pertama Kali Diperkenalkan

[Image: 154799_153850891328551_146449658735341_2...7394_n.jpg]



Jim Cartlon, seorang wartawan Wall Street Journal, baru-baru ini mengumpulkan keluhan dari pengguna komputer Amerika semasa di awal pengenalan era komputer.

1. Compaq pernah mempertimbangkan untuk mengubah perintah “Press ANY Key” menjadi “Press ENTER Key” kerana banyak penggunanya yang telefon yang menanyakan dimana tombol “ANY” di keyboard.

2. AST Technical Support menerima laporan komplen kerana kesulitan menggunakan mouse. Semasa Techincal Support datang ke rumahnya, mereka menjumpai mouse tersebut tidak boleh digunakan… kerana masih berbungkus rapi di dalam plastiknya. Penggunanya (seorang wanita) takut dengan mouse (tikus) sehingga tidak berani mengeluarkannya dari dalam plastik. Takut diserang mouse komputer?

3. Di tahun 1980-an, ketika disket masih berukuran besar, Compaq pernah menerima keluhan seorang pengguna yang disketnya tidak boleh dibaca oleh drive-disk komputer. Setelah diselidiki, ternyata pengguna itu sebelumnya memasukkan disket ke dalam mesin taip dan menaip label yang tertampal di disket itu.

4. Sebuah keluhan lain dari pengguna AST yang mengatakan disket mereka terkena virus yang sukar dibersihkan. Petugas AST meminta orang itu mengirimkan copy disket yang terkena virus itu untuk diselidiki. Beberapa hari kemudian, petugas AST menerima fotostat disket dari pengguna tersebut.

5. Seorang pengguna DELL mengeluh dia tidak dapat mengirimkan fax via komputer.
Setelah diarahkan selama 40 minit melalui telefon, petugas DELL mendapati pengguna itu mencuba fax via komputer dengan cara memegang kertas yang akan di fax di depan monitor, sambil menekan tombol “SEND” di layar.

6. Seorang konsumen DELL lain mengeluh karena keyboard yang digunakannya sudah tidak berfungsi sejak dibersihkan. Ketika ditanya cara ida membersihkan keyboard, dia menjelaskan, “Saya mencuci dan menggosok semua bahagian keyboard dengan sabun, dan membilasnya dengan air, lalu menjemurnya.”

7. Seorang pengguna DELL marah-marah kerana tidak boleh menyalakan komputer yang baru dibelinya. “Semua sudah terpasang dengan baik.Tapi setiap kali saya tekan pedal kaki , tidak terjadi apa-apa.” Setelah diselidiki ternyata “pedal kaki” yang dimaksud orang itu adalah : mouse.

8. Seorang lagi pengguna DELL marah kerana komputer barunya tidak nyala.

Dia menjelaskan semua sudah terpasang dengan benar, dan ketika dia menunggu selama 20 minit, tidak terjadi apa-apa pada komputernya. Ketika teknisi DELL menanyakan apakah “power switch” sudah dinyalakan, dia balik bertanya, “Power switch apa?”

9. Berikut adalah tanya-jawab antara petugas Novell NetWire dengan seorang pembeli :

Penelefon : Hello, boleh bercakap dengan Tech Support?
Novell : Ya, boleh saya dibantu?
Penelefon : Tempat letak cawan di PC saya patah. Apa mungkin saya bisa menggantinya?
Novell : Tempat letak cawan? Apakah itu hadiah saat Anda membeli komputer?
Penelefon : Tidak. Tempat letak cawan ini sudah ada di komputer saya. Dan ketika saya meletakkan gelas saya di atasnya, tempat itu patah. Yang saya ketahui, di bahagian depan tempat itu ada tulisan “CD-ROM, 16X”.


satu je nak cakap:Ha.ha.ha!!!


Leave a comment
FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.