1 Malaysia!!



Lagu yang aku suka!! bila dengar lagu ni aku rasa sangat gembira dan bangga tinggal kat Malaysia yang hidup berbilang kaum. aku dapat berkawan, belajar bahasa diorg, makan makanan tradisional mereka dan aku rasa tidak patut isu-isu perkauman di timbulkan. Dulu aku rasa isu perkauman takde la macam sekarang. Semua ni kerja ahli politik la, nak kuasa sanggup laga-lagakan antara kaum. Diorang tak fikir ke kesan yang akan timbul kemudian hari?. Tapi aku gembira sebab masih ramai yang tidak mengambil tahu tentang semua tu, bagi aku tak kira siapa kita, kita adalah sama. Kebanyakan yang terpengaruh tu jenis yang tak bergaul dengan masyarakat yang berbilang kaum. Mana taknya, semua mementingkan materialistik je, asyik kerja, lpas tu pasang pagar kalau boleh sampai tinggi langit(takut pencuri masuk). Masing-masing pulak macam ada dalam dunia sendiri, hujung minggu keluar pergi shopping. mana ada masa nak jenguk jiran ke, tanya khabar. Lepas tu duduk terperuk dalam rumah main internet. buka youtube la, blog la.Lpas tu mula la buka laman-laman web, forum yang menghasut(politik), mula la terpengaruh. Tak kira la sape2, kalau jenis cam katak dalam tempurung lpas tu berhubung pulak guna internet, mana nak dapat keadaan sebenar. Macam isu-isu agama, contohnya azan bising la, tu semua tak faham. kalau bergaul dengan orang islam bolehlah tanya kenapa azan dilaungkan 5 kali sehari. kan bagus macam tu, ada je kemusykilan tanya rakan-rakan yang berlainan bangsa. jadi takde la timbul isu- isu yang berkaitan agama, hak peribumi, kaum pendatang la dan sebagainya. Satu je masalah kat segelintir masyarakat berbilang kaum kt Malaysia n..diorang x faham, diorang tak tanya. Lepas tu tak bergaul pulak..lagi parah..kita kena bergaul. tak boleh hidup sendiri2. Macam Melayu dengan Melayu, Cina dengan Cina, India dengan India. Macam mana nak bersatu padu?. Boleh hancur negara kalau macam n. Negara ni amat bergantung pada kestabilan antara kaum.

adioss..sayonara.

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.