5 FAKTA EMAIL 1 MALAYSIA


Dalam dua tiga hari ini... heboh satu Malaysia cerita pasal najib umumkan 50 juta untuk develop email 1Malaysia... apapun aku nak ucapkan salam bertemu kembali.. dah sebulan tak update ni.. reader pun dah lari.. maaf la ye.. terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan.. so.. blog dah  jadi second priority lah..

Berbalik pada tajuk asal.. aku rasa ada yang perlu diketahui oleh korang semua.. lepas baca post dari myne.. aku rasa ada benda yang perlu diketahui untuk kita berfikiran lebih terbuka. Aku rasa bukan dia sorang je yang buat post pasal isu ni.. rata-rata semua blogger buat post bantahan.. dan ramai dikalangan rakyat Malaysia tidak setuju dengan project ini. 

Untuk post aku kali ini korang akan nampak point of view yang amat berbeza dari orang lain.. aku tak kesahlah kalau orang nak hentam aku lepasni.. yang penting ini standing aku sebab aku cakap ikut fakta... dan bukan ada orang bayar aku pun..

Apa yang dikatakan oleh myne tu ada betulnya.. tapi aku pelik pemikiran rakyat Malaysia yang memberikan komen yang tidak ada asas.. kenapa ramai yang mempertikaikan apa kerajaan sumbang untuk rakyat.. sedangkan mereka tidak menyumbang pada negara malah membantah.. betul.. ada benda yang kerajaan buat aku sendiri tidak setuju.. contoh kes mengharamkan penjualan nasik lemak  di sekolah.. something yang nonsense jugalah.. macam dah tidak ada benda penting lain nak empower.. 

Okay.. dalam isu email 1Malaysia ni.. aku nak share pandangan peribadi aku dengan mengeluarkan 5 fakta yang bukan kata aku nak menyokong.. cuma aku rasa betul dari sudut pandangan aku.


Fakta Pertama: Email 1Malaysia Guna Duit Rakyat


Mungkin cara najib tulis statment  tu agak tidak jelas.. tapi kalau korang selalu bace surat khabar... korang mesti tahu mengenai Government Transformation Plan (GTP). GTP adalah satu modul yang diuruskan oleh Performance Delivery Unit (PEMANDU), iaitu jabatan yang diterajui oleh Dato'Sri Idris Jala menteri di jabatan perdana menteri.

Tugas PEMANDU adalah berfungsi untuk melaksanakan GTP yang terdiri dari Economic Transformation Plan (ETP), Transformation Youth Lab dan sebagainya.. Diorang ni berfungsi  sebagai  policy maker untuk menambah baik penyampaian kerajaan untuk rakyat dan memperbaiki kelemahan kerajaan dari segi pentadbiran dan perlaksanaan.

Project email 1Malaysia ini adalah dibawah ETP..  kalau korang biasa dengan dunia koprat.. korang mesti pernah dengar pasal Blue Ocean Strategy . PEMANDU mengunakan theory ini untuk membuat policy. Kerajaan sekarang dah tak banyak buang duit untuk implement sesuatu project.. korang tak payah takutlah.. Modul dari PEMNDU ni banyak guna corporate strategy..  Most of government projectsekarang banyak empower Coprate Social Responsibility (CSR) dan Private Funding Initiative  (PFI). 

So dalam kes email 1Malaysia ni kerajaan tak keluar satu sen pun.. sebab Initiativeini menggunakan company bermasalah didalam Bursa Malaysia iaitu Tricubes Bhdsebagai PFI dengan membuat pelaburan 50mill untuk project email 1Malaysia ini.



Fakta Ke-2: Tricubes Bhd Bermasalah Di Bursa Malaysia


Dakwaan mengatakan bahawa Tricubes Bhd adalah syarikat bermasalah di bursa Malaysia.. so.. apa masalahnya..??  fungsi ETP adalah untuk meningkatkan ekonomi negara.. dan berfungsi membantu syarikat-syarikat tempatan meningkatkan prestasi dan pencapaian syarikat mereka agar dapat mengekalkan kestabilan ekonomi negara.

Dalam kes Tricubes Bhd ni.. korang fikir secara logik.. takkanlah syarikat  yang dah duduk dalam Bursa Malaysia tidak ada at-least 10% didalam kewangan syarikat diorang dalam 50mill..?  didalam kes ini, Tricubes Bhd memohon untuk mendapatkan  previlage guna capacity  rakyat Malaysia untuk mendapatkan untung bagi menyelamatkan kewangan syarikat itu. 

Dengan menggunkan investment 50mill dan menggunakan branding 1Malaysia.. mereka mengharapkan kekuatan dari jenama 1Malaysia yang disokong oleh kerajaan agar dapat membantu syarikat mereka sambil menyumbang pada kerajaan dan rakyat..

Mungkin dengan melakukan PFI  syarikat mereka dapat diselamatkan dari terkeluar didalam Bursa Malaysia...  dan isu kroni-kroni ni aku tak nak sentuh.. political isu.. payah nak explain.. lagipun PFI bukan guna duit kerajaan pun.. cuma kerajaan bantu syarikat ini menggunakan nama 1Malaysia untuk mendapatkan mileage impact didalam perniagaan mereka sambil membantu kerajaan mempromosikan 1Malaysia... kira  kerajaan sedang buat small investment big impact la.. syarikat labur duit.. kerajaan labur kuasa mulut  menteri.. syarikat dapat untung dan kerajaan dapat  sumbang pada rakyat..  rakyat pula teringa-pinga...



Fakta ke-3: Email 1Malaysia Tidak Selamat


Yup yang bab keselamatan ni.. agak diragui.. sebab ada kenyataan yang menyatakan kerajaan akan menggunakan data base email korang untuk diperhatikan.. tapi.. sejauh manakah dakwaan itu..??

memang berlambak email services yang percuma seperti yahoo-mail, g-mail, hotmail dan sebagainya.. tapi sejauh mana privacy korang terjamin bila gunaservice mereka..?? bagi aku isu selamat ke tak selamat ni sama je.. as long askorang tak buat jenayah buat apa nak takut kalau data base korang di pantau.. lagipun email 1Malaysia ni.. bukannya wajib.. sapa nak guna guna.. siapa yang taknak tak payah guna..  

Dibawah ini aku sediakan satu video yang menceritakan pasal google conspiracyyang menyatakan email dari google sendiri tidak ada privacy.. so.. dari kita risaukan privacy maklumat kita di ketahui oleh kerajaan sendiri.. lebih baik kita risaukan privacy kita diketahui oleh anasir luar seperti CIA..



Fakta Ke-4 : Menyelamatkan Graduan IT Di Malaysia

Populasi penduduk di Malaysia kini dah mencecah hampir 29 juta.. korang bayangkan berapa banyak server yang perlu digunakan untuk menanggung data base kalau 29 juta rakyat Malaysia punya email..?? dah tentu banyak peluang pekerjaan yang akan wujud.. graduan IT kat Malaysia ni agak susah nak cari job.. sebab kurang syarikat IT di Malaysia.. dulu orang nak belajar IT pun macam takut je tak dapat job.. tapi sekarang kerajaan dah memandang penting isu ini ..

Sebab itulah didalam  Economic Transformtion Plan mereka mencadangkan email 1Malaysia.. bukan sekadar untuk meningkatkan kemajuan IT di Malaysia.. malah bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan untuk graduan IT..  itulah yang dipandang didalam initiative ini.. bukan keuntungan semata-mata.. 

Dengan adanya email 1Malaysia... peluang pekerjaan seperti sever maintenance,web designprograming, operating dan sebagainya akan wujud dengan banyak..  dan sudah tentu ini dapat membantu graduan IT kita yang sememangnya hebat-hebat belaka. Yelah.. dari diorang ni jadi hackers.. lebih baik ada kerja tetap.. ^_^


Fakta Ke-5 : Memperbaiki Jurang Digital

Jurang digital di Malaysia masih lagi dalam keadaan teruk.. so dengan adanya project email 1Malysia ini ianya dapat memberi pendedahan pada golongan yang masih tidak tahu kepentingan IT.. lagi-lagi generasi baby boomers yang kebanyakannya duduk didalam sektor awam.. so dengan guna email 1Malaysia.. delivery system dalam kerajaan akan menjadi lebih cepat.. taklah lembab macam selalu...

Benda ini boleh membuka minda golongan yang kurang ambil kesah mengenai kepentingan IT.. then lepas diorang dengar kecoh-kecoh pasal isu email ini barulah ada yang nak ambil tahu pasal email.. kalau tak facebook pun diorang tak tau..

***

Aku suka dengan point yang diberikan oleh myne.. actually si myne ni antara budak yang aku bimbing didalam belia.. so.. apa yang aku tulis ini adalah pandagan aku dari sudut positif  project ini, manakala penulisan myne pula pandangan dari sudut negatif project ini.. 

Info yang aku dapat ini semua adalah dari pengalaman aku sendiri semasa aku duduk didalam Transformation Youth Lab under GTP.. harap lepas bace post ni tidak ada yang cop aku orang  BN.. apa yang aku tulis adalah dari sudut pandangan peribadi aku bukan dipengaruhi mana-mana pihak ye.. lagipun aku bukannya suka hal-hal politik Malaysia ni.. just ambil tahu untuk informasi.. okaylah... Malaysia negara demokrasi.. rakyat ada hak cakap apa yang mereka nak cakap.. so.. chilllex ya.. ^_^


p/s: aku rasa ramai orang bantah email satu malaysia ni sebab guna nama 1malaysia lah.. kenapalah diorang ni x  guna malaysiaku ke.. atau branding yang lebih user friendly :p

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.