Kajian Awal Kesan Media di Amerika Syarikat (Sebelum Perang Dunia Kedua)

















Esok ada final untuk kelas isu-isu teknologi dan komunikasi jadi nak bincang sikit pasal isu media dalam era globalisasi.


terdapat beberapa pengkaji yang mengkaji tentang media ni. antaranya,




a) Kajian Dana Payne
Pada 1929, Dana Payne membiayai 12
kajian untuk meneliti kesan wayang
gambar terhadap masyarakat.


Golongan remaja banyak dipengaruhi
oleh wayang gambar.


Namun begitu tiada bukti kukuh yang
mengaitkan filem dengan kerosakan
remaja.




b) Kajian Cantril
Pada 1938, drama radio ‘War of the
Worlds’ telah disiarkan menerusi radio
dan meninggalkan rasa panik di
kalangan pendengar.


Individu berpendidikan tahap rendah
lebih mudah mempercayai kebenaran
siaran radio.




C) Kajian Lazarfeld
Pada 1940, sebelum kehadiran
televisyen Paul Lazarfeld telah mengkaji
pengaruh media khususnya radio
terhadap keputusan orang ramai dalam
pilihanraya politik.


Golongan pemimpin pendapat(opinion
leaders) dan bukannya media yang
mempengaruhi keputusan yang dibuat
oleh pengundi.




Kajian Gerbner et.al (1980) menghasilkan indeks keganasan untuk mengukur jumlah aksi ganas dalam kandungan sesebuah rancangan televisyen.


Hasil beberapa kajian yang dijalankan untuk mencari hubungan di antara kesan keganasan media dan masyarakat, telah mencetuskan teori-teori keganasan media.











Teori Social Learning – Albert Bandura
Teori Cultivation / Penyuburan – George Gerbner
Teori Peluru Ajaib (Magic Bullet)






Menurut Prof. Jazmyn Chelliah, seorang pakar psikologi di Singapura berpendapat bahawa televisyen yang telah mengambil alih peranan guru, mentor, bapa dan ibu kepada anak-anak kita yang perlu dipersalahkan kerana menayangkan terlalu banyak keganasan, seks, penyalahgunaan dadah dan alkohol.


(Dipetik dari kertas kerja Seminar “Parental Viewing Control Devices for Malaysian Broadcasters” 1998)






Kajian Hagell & Newburn (1994)
- Kajian ini mendapati bahawa remaja delinkuen kurang menonton televisyen dan video berbanding remaja lain.


Kajian Buckingham
- Hasil penemuan menunjukkan kanak-kanak yang dikaji itu bijak bercakap tentang media.


Kajian Milavsky, Kessler, Stipp & Rubens
- Dalam kajian tersebut, faktor-faktor perubahan biologi, perkembangan fizikal dan persekitaran diambil kira ketika meneliti kesan media ke atas responden.


Kajian Kualitatif Buckingham et al
- Kajian kualitatif yang dijalankan secara mendalam oleh Buckingham(1993, 1996), Hill(1997), Schlesinger, Dobash, Dobash&Weaver (1992), Gray(1992) dan Palmer(1986) mendapati bahawa khalayak media mempunyai interpretasi mereka masing-masing terhadap kandungan media.




Apabila televisyen mula menembusi masyarakat, generasi televisyen pula dikritik oleh generasi yang rosak perkembangan kognitifnya kerana mamalan menonton yang didakwa menghasilkan :


Tumpuan perhatian yang singkat.
Kemampuan linguistik yang lemah
Imaginasi yang berkurangan.
Selalu menginginkan gratifikasi segera.
Tidak berupaya membezakan maklumat dengan kebijaksanaan.


Generasi radio pula dipuji kerana keupayaan berimaginasi tinggi, kreatif dan boleh mempersembahkan peristiwa dramatik.




Literasi Media dan ICT


1. Literasi media(termasuk ICT) merujuk kepada kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik dalam semua bentuk media-cetak, elektronik atau on-line, serta mengakses, memahami, menganalisis dan menilai imej dan visual, perkataan dan bunyi yang menjadi budaya media dan ICT masa kini.


2. Pendidikan media penting untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak ini kerana kehidupan mereka tepu dengan mesej media. Pengguna media yang bijak bukan sahaja berupaya mengkritik media yang tidak bertanggungjawab, tetapi juga berupaya menggunakan maklumat dengan sebaik-baiknya untuk tujuan berguna.




3. Falsafah Center for Media Literacy yang memperjuangkan “pemerkasaan menerusi pendidikan”. Falsafah tersebut merangkumi tiga konsep yang saling berkait.


Literasi media ialah pendidikan sepanjang hayat dalam dunia media global.
Intipati literasi media ialah proses pencarian maklumat –kesedaran, analisis, renungan, tindakan yang boleh membantu memperkasakan diri dengan kemahiran “mengemudi” iaitu merangkumi kebolehan untuk mengakses, menganalisis dan meneroka, menilai dan mengeluarkan pandangan dan mencipta mesej sendiri.
Literasi media adalah alternatif kepada penapisan, pemulauan atau menyalahkan media, iaitu kemampuan membuat keputusan yang terbaik.




Kumpulan pengguna dalam masyarakat yang seringkali menjadi sasaran pengiklan dan penjual barangan serta perkhidmatan. Setiap individu dalam masyarakat perlu menjadi pengguna yang bijaksana supaya tidak mudah diperalatkan oleh pengiklan atau pengamal media yang tidak bertanggungjawab.
Ibu bapa khususnya perlu lebih prihatin tentang kandungan media yang didedahkan kepada ahli keluarga mereka. Ibu bapa boleh menyuarakan kritikan kepada pihak media sekiranya terdapat kandungan media yang dianggap boleh merosakkan kesihatan minda dan akal budi masyarakat.


 Rumusannye

Perkembangan dan penggunaan media banyak memberi kesan terhadap individu mahupun masyarakat. Media dilihat bukan sahaja memberikan kesan yang positif malah turut mengundang beberapa kesan negatif dari pelbagai aspek.









Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.