Media Indonesia Bias?

Isu ni mungkin dah lama, tapi aku rasa nak berbicara juga. Media sudah kita tahu sebagai satu medium yang menghubungkan masyarkat dengan berita, informasi terkini, hiburan dan sebagainya. Segala maklumat yang disampaikan haruslah jujur, tepat, bermanfaat malah memberi impak yang positif pada yang menonton atau mendengar. Tahun 2010 merupakan saat-saat yang kurang enak perhubungan antara Malaysia dan Indonesia. Semua ini gara-gara media Indonesia yang memainkan sentimen rakyat Indonesia berhubung isu penderaan TKI, budaya, sempadan negara, malah isu kepulauan yang bertindih antara Malaysia dan Indonesia. Kita sudah sedia maklum yang kes ini mendapat liputan yang meluas di Indonesia. Malahan hampir saban hari berita hangat tentang Malaysia di siarkan di Indonesia. Untuk mengenakkan mata dan telinga rakyat Indonesia yang menonton, berita tentang penganayaan TKI indonesia sering disiarkan di kaca Tv, sedangkan isu itu tiada kena mengena dengan isu sempadan Malaysia- Indonesia. Ianya seolah-olah mengambarkan rakyat Malaysia keseluruhannya suka menganayai pembantu rumah. Sedangkan yang berlaku hanyalah kes terpencil yang dilakukan oleh majikan bukan islam dan berbangsa Tionghua. Kes telah dibicarakan malah pesalah telah dihukum dengan hukuman yang berat. Tetapi media Indonesia tidak melihat akan hal itu, mereka terus memainkan api sentimen anti-Malaysia ke atas peristiwa demi peristiwa yang berlaku. Seakan-akan seluruh rakyat Malaysia perlu dihukum atas kesalahan yang dilakukan oleh seorang majikan yang kejam. 


Isu budaya pula dimainkan, dengan mengatakan bahawa Malaysia mencuri kebudayaan dan makanan Tradisional Indonesia. Disini saya ingin bertanya, adakah Malaysia dan Indonesia seperti Australia dan Amerika jaraknya?, Malaysia dan Indonesia hanya dipisahkan oleh selat Melaka dan suatu ketika dahulu, sebelum kedatangan inggeris ke Asia tenggara, kerajaan Majapahit dan Melaka adalah satu kerajaan yang kuat, Kerajaan Majapahit pernah mengusai seluruh kepulauan Asia tenggara manakala Melaka juga pernah menakluk wilayah di sumatera. Jadi tidak mustahil terdapat persamaan dari segi budaya dan makanan tradisional. Kepulauan Asia tenggara juga terkenal sebagai Kepulauan rempah. Gambaran media Indonesia pula lain pula, pemberitaan mereka seolah-olah menganggap Malaysia seperti negara yang jauhnya beribu batu dari Indonesia. Malaysia juga tidak pernah MENGKLAIM kebudayaan Indonesia seperti batik, malah Malaysia tetap mengatakan bahawa batik itu asalnya dari Indonesia. Isu tarian pendet pula, dilihat sengaja di lakukan oleh saluran Discovery Singapura yang mungkin berniat jahat terhadap hubungan baik Malaysia- Indonesia. Mereka sengaja memasukkan iklan tarian pendet sedangkan tarian itu tidak langsung wujud dan dipersembahkan di Malaysia. 









Aku merasa agak kesal dengan sikap media Indonesia yang tidak menjaga sensitiviti antara Malaysia-Indonesia, sedangkan di Malaysia walaupun terdapat isu seperti TKI yang mendera anak majikan, merompak, menyamun, membunuh, dan sebagainya tidak diperbesarkan oleh Media Malaysia. Ini kerana bagi menjaga hubungan baik Malaysia-Indonesia yang selama ini terjalin kukuh dan erat walaupun sewaktu Malaysia dibentuk terdapat penentangan oleh Indonesia dan filipina. Isu sempadan pula, kenapa hal ini tidak hanya dibincangkan oleh para pimpinan Malaysia-Indonesia sahaja, kenapa media Indonesia seolah-olah bertindak seperti kerajaan yang mengarahkan kerajaan supaya bertindak mengikut arahan mereka. Apakah mereka punya agenda tertentu?. Biarlah mereka membuat kerja kerana mereka yang dipilih oleh rakyat melalui election yang sah dan adil. Media Indonesia tidak perlu ribut-ribut, kerana tugasa mereka hanya melaporkan bukan menjadi pengadilan. Lihat saja Media Malaysia, walaupun dikatakan tidak bebas tetapi mereka melaporkan berita yang tidak menyingung mana-mana pihak yang menonton. 


Peritiwa yang berlaku di Indonesia mengiyakan kajian oleh seorang pengkaji iaitu, 
Kajian Cantril. Pada 1938, drama radio ‘War of the Worlds’ telah disiarkan menerusi radio dan meninggalkan rasa panik di kalangan pendengar Individu berpendidikan tahap rendah lebih mudah mempercayai kebenaran siaran radio. Bermakna media mempunyai kuasa yang hebat dalam mempengaruhi mereka yang tidak berfikir secara logikal dan mempunyai tahap asas pendidikan yang kurang. itulah bahaya globalisasi. 

Sekian dahulu, salam.
  

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.