Ulcer Mulut, Sakit!!

Ulcer mulut (Oral ulcer)
Ulcer mult ialah luka atau lepuhan menyakitkan di dalam mulut yang berwarna putih atau kuning dikelilingi bulatan merah . Ulcer berlaku apabila membran mukus atau epithelium pada bibir atau sekeliling bahagian dalam mulut terkoyak.
Terdapat pelbagai jenis ulcer yang dikaitkan dengan pelbagai sebab seperti trauma (fizikal dan chemical) jangkitan mikroorganisma, infeksi, perubahan hormon, alergik kepada ubat- ubatan dan bahan kimia tertentu, penyakit seperti celiac disease, lupus, behcets disease , kanser dan sebagainya. Ulcer yang biasa dialami ialah aphthous ulcer dan cold sores (lepuhan akibat demam-fever blister). Cold sores disebabkan oleh virus herpes simplex.

SYMPTOMSSymptom ulcer berbeza mengikut penyebab kepada ulcer tersebut. Bermula dengan rasa pedih dan terbakar pada bahagian yang akan terbentuknya ulcer , bintik dan benjolan merah akan menyusul kemudian pecah menjadi luka atau lepuhan. Ulcer kelihatan berwarna putih atau kuning dengan warna merah di sekeliling yang terbentuk oleh lapisan fibrin. Ulcer menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit terutamanya apabila disentuh. Ia boleh juga disertai dengan bengkak pada noda limfa di bawah rahang yang sering kali disalah anggap sebagai sakit gigi.

PENYEBAB
1-Trauma
  • Kecederaan fizikal (physical trauma) yang minor adalah penyebab utama ulcer.Bahagian hujung gigi yang tajam, tergigit bahagian dalam mulut secara tak sengaja, makanan yang terlalu masin, pemakaian dentak braces (dawai pengikat gigi) atau trauma disebabkan penggunaan berus gigi adalah antara penyebab kecederaan fizikal. Ulcer seperti ini selalunya cepat sembuh.Ulcer akibat kecederaan fizikal juga sering terjadi selepas rawatan gigi ; dentist secara tak sengaja melukakan tisu lembut pada mulut. Walaubagaimanapun, keadaan ini boleh dielakkan dengan menggunakan gel petroleum sebagai pelindung sebelum melakukan rawatan gigi bagi mengelakkan kecedaraan tisu dalam mulut.
  • Kecederaan chemical (chemical trauma) boleh berlaku disebabkan bahan kimia seperti alkohol, aspirin yang tersentuh dengan mukus membran pada kawasan dalam mulut yang menyebabkan tisu rosak atau terkoyak lalu membentuk ulcer. Sodium Lauryl Sulfate (SLS) yang terdapat dalam kebanyakan ubat gigi juga boleh menyebabkan ulcer.
2-Jangkitan
  • Virus - herpes simplex, herpes zoster, vericella zoster, coxsackie A virus.
  • Bacteria- Myobacterium Tb, Treponama Pallidum
  • Fungus- Coccidioides Immitis, cryptococcu neoformans, Blatomyces dermatitidis
  • Protozoa- Entameoba hitolytica.
3-Immune system
  • Autoimmune- membran epithelium dierang oleh item imuniti
  • Immunodeficiency- kekurangan immunoglobin dimanifestasikan dengan kemunculan ulcer yang berkali- kali.
  • Allergic- alahan terhadap ubat atau produk penjagaan oral.
4- Pemakanan
  • Kekurangan Vit C, Vit B12, zinc dan Iron.
  • Gluten senitivity -makanan yang mengandungi gluten seperti kebanyakan roti, pata dan beers hendaklah dielakkan.
  • Pemanis tiruan seperti gula-gula getah tanpa gula juga boleh menyebabkan ulcer.
  • Tidak berkumur selepas gunakan flovant (sejeni corticoteroid untuk merawat asthma)
5-Kanser
  • Kanser mulut boleh menyebabkan ulcer apabila bekalan darah terganggu dan sel mengalami necrosis (sel mati)
LANGKAH PENCEGAHAN
  • Bagi ulcer yang berlaku disebabkan trauma, hendaklah mengelakkan sumber yang boleh mengakibatkan trauma tersebut seperti tidak makan makanan yang masin dan berhati- hati semasa memberus gigi.Walaubagaimanapun, trauma seperti ini seringkali terjadi secara tidak sengaja dan sukar dielakkan.
  • Menjaga kebersihan mulut.
  • Bagi mereka yang kerap mengalami kecederaan tisu mulut (tergigit, memakai braces) hendaklah mengelakkan kecederaan dari dijangkiti dengan membersihkan luka dengan pencuci anti bakteria.
APA YANG BOLEH DILAKUKAN JIKA MENGALAMI ULCER
  • Menjaga kebersihan mulut.
  • Mengurangkan kesakitan dengan antihistamin, corticosteroid, serta anelgesic seperti paracetamol, ibuprofen, dan gel eperti bonjela.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Elakkan makanan pedas.
  • Banyakkan minum air.
  • Mencuci mulut atau berkumur dengan air garam.

Ulcer yang banyak serta berulang- ulang dan sukar sembuh mengkin merupakan petunjuk kepada penyakit seperti lupus, kanser, bechets dan sebagainya. Jika ulcer anda membimbangkan, dinaihatkan agar berjumpa doktor untuk kepastian


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to Ulcer Mulut, Sakit!!

  1. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

    ReplyDelete

FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.