Archive for May 2011

Hidup Aku bergelar Mahasiswa selama 4 semester




Malam n aku nak update banyak2 artikel pasal nak rasa feel perpisahan tu..aku nak cerita la sikti sebanyak tentang benda yang aku akan rindu sepanjang ketiadaan aku selama 1 semester kt kampus sebab sem depan aku diwajibkan untuk berpraktikal. Benda pertama yang aku akan rindu adalah kengkawan yg selama ni bnyk membantu aku dalam mjayakan sume assignment group smpai dpt markah tinggi.Terima kasih kawan. Tu aku xkan lupakan...aku jugk rindu dkt kwan2 aku yg bakal menggengam ijazah hujung tahun n..hilang la beberapa kwan yg selalu dtg menyibuk kt bilik aku n...betul la..kata org kawan dtg dan pergi..tapi bagi aku..walaupun kwan tu dh pergi sebab dh habis belajar sume..tu networking kita utk msuk alam bkerja nanti..mana tau dia dpt jwatan tinggi dlm syarikat...bleh tolong masa apply mintak kerja.kan2..kenangan manis bersama2 sewaktu berbuka puasa sama2 semester lepas..buat aku rasa berat utk mnggalkn kolej kdiaman aku..mcm2 kenangan tercipta kt sini...dari semester pertama aku mjejakkan kaki..lagi satu aku berat hati nk mgglkn bilik aku n..sebab ada nilai sentimental..bagi aku bilik n la tmpat berkumpul dgn kwan2...gelak tawa dh mcm sebati dgn bilik n..bila cuti semester..semua tu bagi aku tetap ada, masih berlegar2 dlm benak fikiran dn atsmosfera bilik aku...kat bilik n jgk aku mgenal rmai kwan...saya suka bilik saya...mcm iklan kat bwah n..





aku xtau kenapa.......kenapa!!!!!!..mungkin sebab hati aku dh jatuh cinta dgn tmpat n...dulu aku sgt anti dgn khidupan berasrama sebab?sebab ape??xde privacy..kena share everything..tpi aku rasa dlm hidup kena ada pkongsian...rasa lebih indah..lebih bermakna hdup n..aku harap persahabatab aku dgn mereka semua akan kekal selamanya..bak lagu spider-kekal..





aku akan kembali ke kehidupan asal seorang pelajar bila semester yg last nanti....aku harap sgt aku akan dpt kwan baru bila praktikal nanti...berkawan biar seribu...musuh biar dia sorg2..ha.ha

Leave a comment

Diari Pulang Ke Kampung


huh....setelah 4hari bertungkus-lumus menyiapkn resume utk praktikal..akhirnya,esk 13/5/2011 aku akn pulang jua ke kg...urusan praktikal akhirnya selesai semalam..benar2 seolah2 membuang satu tan beban atas bahu aku..sebab tu aku lama tak update blog ni..sebab pening memikirkan masalah negara yg berlambak..k..skang aku nak cerita pasal journey aku balik kg tiap2 cuti semester, x kira la cuti raya ape..biasanya aku akan bawak balik benda2 yg basic jelah, cam baju yg kotor, basuh kat umah, terutama selimut yg pling aku malas nk basuh..biasanya beg yang aku bwak 2beg je..tapi semseter ni merupakan semester yg last sebelum aku praktikal sem depan, jadi..aku kena bwak balik sume brg,(separuh dh dibwak pergi)tggal la 4buah beg..1beg beroda,1beg adidas,1beg galas, dan 1 beg hadiah...berat sume ada la dlam 30kilo
..lepas tu,...untuk esk..aku akan bertolak seawal 7pagi. Mula2 naik bas kolej ke perhentian bas kompleks mahasiswa, nak ke terminal puduraya yg baru renovate tu..nk pergi ke puduraya aku ada 3 options, sama ada nak naik komuter dri serdang lepas tu turun kt bandar tasik selatan, lepas tu naik lrt turun kt plaza rakyat.atau kerja mudah aku naik je bas metro dari upm ke kotaraya...dgn berat 30kilo n, aku pilih bas metro sebab mudah, xpayah nak bwak beg sume naik tngga turun tgga pergi naik lrt..sesampai kat puduraya, seksa aku belum tamat, puduraya belum pulih sepenuhnya, lif masih dlm pembaikan..kaunter tiket tingkt 3..aku kena tarik nafas panjang naik tangga esk utk beli tiket..harap2 x penuh la bas tu..kalau x.lewat la aku smpai..lepas beli tiket..azab nk bwak beg turun tangga pulak..aku harap ada la org yg boleh dipercayai nk jaga beg sekejap..naik beli tiket ting 3..kalau ikut plan 9.30pagi bas dh masuk terminal. 

ape lagi, turun kt platform, tggu driver bukak ruang simpan brg, lepas tu apa lagi, aku terus terjah letak beg, lepas tu naik cepat2,(aku suka duk sebelah cermin, sebab bole tgok keindahan alam)..lepas tu, amek earphone, psng  mp3 smpai la ke destinasi..dalam jangka masa dkt 3jam smpai la aku ke kg halaman..tak sampai disitu shj, aku kena turun 3km sbelum smpai ke bus station . Lepas tu bangun jalan kt pakcik driver tu, cakap, "pak cik nk turun kt bus stop tu"..pak cik tu jwab "Ok". Sebelum turun kena bagitau dulu, "ada beg dlm bagasi bas"kan dia jalan terus, naya..Seksa berakhir bila ada org amek brg kt bus top..lepa stu smpai la kat umah dgn jayanya...

biasa aku naik kt pekeliling je..dah puduraya lagi high class..jadi better aku naik kt situ..ha.ha....begitulah kitaran perjalanan aku spnjng bergelar mahasiswa Universiti Putra Malaysia..aku ni jenis x suka menyusahkn org...baik aku buat sume sendiri..baru la merasa pahit manis kehidupan sorg student...bila nk merasa sume n...zaman belajar cuma sekali..sooo kita enjoy..cm pernah dgr ayat n...teka la sidri sitkom pe..ha.ha..bye..

1 Comment

Rukun Negara Penyatu Masyarakat Majmuk Malaysia





Perisytiharan
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
§  Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
§  Memelihara cara hidup demokratik
§  Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
§  Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
§  Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:

Ikrar Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
§  Kepercayaan kepada Tuhan
§  Kesetiaan kepada Raja dan Negara
§  Keluhuran Perlembagaan
§  Kedaulatan Undang-undang
§  Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
 p/s: Jika Rukun Negara dijadikan panduan oleh semua rakyat Malaysia yang berbilang ras di Malaysia, tidak akan timbul isu2 yg mampu mengugugat keharmonian masyarakat majmuk. 

Source: Wikipedia.

Leave a comment

Perfume Axe Disaman??

New Delhi,Seorang lelaki india berusia 26 tahun menyaman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited), yang memasarkan produk wangian lelaki AXE,dengan tuduhan telah menipu dan menyebabkan ‘penderitaan mental’.

Lelaki tersebut menyebut kegagalannya untuk memikat gadis,meskipun dia telah menggunakan produk AXE selama lebih dari tujuh tahun sampai sekarang.Iklan AXE menunjukkan bahwa produk-produk itu membantu kaum lelaki untuk menarik perhatian wanita.

Vaibhav Bedi,lelaki india tersebut juga menyerahkan semua bukti ke mahkamah dari semua produk yang telah digunakan maupun yang belum terpakai,yang berupa deodorant sprays,perfume sticks and roll-ons,anti-perspirants,aftershaves,body washes,shampoos dan hair gels dengan jenama AXE.

Vaibhav Bedi juga meminta agar semua produk itu diperiksa di makmal."Lalu dimana Axe Effect-nya"? Saya sudah menunggu selama lebih dari tujuh tahun.Sejak kuliah sampai dengan saya bekerja di pejabat,tidak ada seorangpun gadis yang mahu saya ajak berdating bahkan hanya untuk minum teh atau kopi dengan saya.

Meskipun saya yakin mereka boleh mencium bau parfum, deodorant dan aftershaves yang saya pakai.Saya selalu menggunakan produk itu dengan harapan boleh menjadi seperti apa yang terjadi pada iklan di TV.
Vaibhav mendakwa bahwa dia telah menggunakan semua produk AXE sesuai arahan yang ada sejak dia pertama kali membelinya.Dia berpendapat bahwa jika dia tidak boleh mengalami AXE Effect meskipun telah menggunakan produk sesuai petunjuk,berarti perusahaan telah menipu atau menjual produk palsu."

Saya selalu menyimpannya di tempat sejuk dan kering,dan menjauhkan mereka dari cahaya matahari langsung atau panas.Saya selalu menggunakan penggaris sebelum menyemburkan untuk memastikan bahwa jarak antara nozzle dan ketiak saya adalah sekurang-kurangnya 15 cm.

Saya selalu melakukan sesuai petunjuk pemakaian.Saya bahkan memukul anak saudara saya yang berusia 5 tahun kerana mendekati almari saya,sesuai dengan anjuran yang menyatakan agar menjauhkan AXE dari jangkauan anak-anak.

Vaibhav mendakwa bahwa dia telah mengalami banyak penderitaan mental dan penghinaan di depan awam kerana tidak adanya AXE Effect dan dia ingin agar perusahaan AXE membayar ganti rugi kepada dia untuk semua penderitaan tersebut.
Vaibhav Bedi
P/s:Group aku pernah guna produk ni utk perbentangan klas asas iklan..aku jgk suka pakai axe..tpi xde la pakai utk pikat aweks atau pe2..utk tujuan menwangikan badan je.x lebih dari tu..mamat ni lebih2..xkan la pewangi bleh guna pikat awek..iklan tu cuma strategi axe saje..

2 Comments

Perdana Menteri DI HOT FM

Perdana Menteri "On Air" DI hot fm






Penulis Smart Generation begitu berbangga mempunyai seorang Perdana Menteri yang berjiwa rakyat seperti Datuk Seri Najib Razak.Sikap ini penulis ketahui sejak daripada kecil lagi yang mana Datuk Seri Najib Razak merupakan Ahli Parlimen Pekan dan sentiasa berada dalah hati warga penduduk di Kawasan Pekan.Sikap Datuk Seri Najib begitu disenangi terutama golongan yang telah berumur.Walaupun skandal-skandal yang menimpa diri beliau sedikit sebanyak menghilangkan sokongan kepada beliau.Namun sikap mesra rakyat yang sentiasa ditunjukkan dan ditonjolkan ini patut dicontohi dan diteladani.Seorang rakyat akan merasa dirinya bertuah jika dapat bertemu dengan Pemimpin Nombor satu Negara ini.Apa pun semoga Datuk Seri Najib akan terus menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat....
Berikut merupakan berita mengenai kehadiran beliau di Konti Radio Hot F.M :-



Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini ke udara menerusi stesen radio Hot FM di Seri Pentas dan antara lain menceritakan pengalamannya semasa kanak-kanak dan juga kehidupannya sebagai perdana menteri.

Antara pengalaman itu termasuk menunggang basikal untuk membeli makanan kegemarannya iaitu nasik lemak di Tang Ling.

NONE
Ironinya perdana menteri tidak benar-benar menjawab soalan yang diajukan oleh dejay sama ada beliau pernah menggunakan pengangkutan awam.

Soalan itu timbul apabila Najib pada program temu bual selama sejam itu, juga diajukan
soalan mengenai pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pengangkutan awam sejak dilancarkan tahun lalu.

Beliau berkata ia telah menampakkan peningkatan daripada segi kemudahan yang disediakan, dan perubahan lebih ketara hanya akan dapat dilihat dalam masa dua hingga tiga tahun lagi.

Ketika itu, DJ berkenaan bertanyakan kepada perdana menteri sama ada beliiau pernah menggunakan pengangkutan awam sebelum ini.

Najib tidak menjawab secara langsung tetapi sebaliknya menceritakan pengalamanya menunggang basikal membeli nasi lemak.

NONE
“Saya sering naik basikal membeli nasi lemak yang terkenal di Tang Ling. Saya dan adik saya akan menunggang basikal naik dan turun bukit. Ini tempat kegemarannya,” katanya.

Program yang dihoskan juruhebah (DJ) Fara Fauzana, Faizal Ismail dan Kieran itu turut disiar secara langsung menerusi stesen televisyen 8TV.

Menjawab soalan seorang pemanggil mengenai penggunaan media baru, Najib berkata ia amat bersesuaian dengan persekitaran baru masa kini khasnya bagi berhubung dengan golongan muda.

"Saya ambil keputusan selain menggunakan cara konvensional, saya juga menggunakan kaedah new media kerana dengan kaedah ini saya dapat menyampaikan mesej saya kepada mereka yang menggunakan new media sebagai saluran maklumat yang lebih cepat," katanya.

Selain mempunyai blog dan akaun Facebook, Najib juga menggunakan Twitter secara aktif dan mempunyai pengikut yang ramai. 

Najib berkata kebiasaannya beliau akan mengemas kini status Twitter di sebelah malam di rumah ataupun semasa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Putrajaya setelah semua urusannya selesai.

Selain soalan berkaitan dasar negara, Perdana Menteri juga diajukan soalan santai termasuk ramalan beliau mengenai perlawanan akhir Piala Juara-Juara Eropah antara Barcelona dan Manchester United (MU). Najib yang merupakan peminat MU berkata beliau mengharapkan kemenangan berpihak kepada pasukan kegemarannya biarpun Barcelona mempunyai barisan pemain yang hebat.

Mengenai cara beliau mengurangkan stres , Najib berkata beliau suka bersukan dan bersenam.

NONE
"Sewaktu belajar, saya akan mengajak rakan-rakan bermain bola atau skuasy untuk mengurangkan stres. Sekarang saya pergi ke gim, melakukan senaman 'treadmill' dan 'cross trainer'," katanya. 

Sepanjang temu bual tersebut, lagu-lagu kegemaran Perdana Menteri dimainkan antaranya 'Kancing Suasa' oleh R. Azmi, 'If Tomorrow Never Comes' oleh Ronan Keating, 'Kaulah Segalanya' oleh Ruth Sahayana, 'Perpisahan Ini' oleh Aizat dan 'Nobody' oleh Wonder Girls.

Najib juga sempat mengulas bahawa beliau gemarkan lagu 'Kancing Suasa' kerana lagu itu mendekatkan beliau dengan masyarakat Orang Asli di kawasan Parlimen Pekan yang diwakilinya.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.
NONE
"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.
Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat. 

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan. 

"Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," katanya.

Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam". 

Sebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya.
NONE
Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya. 

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946. 

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.
Skim Rumah Pertamaku
Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.
Wawancara selama sejam bermula jam 7.30 pagi itu juga disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen 8TV.

DJ stesen radio berkenaan Fara Fauzana dan Faizal Ismail juga sempat bertanyakan mengenai pasukan bolasepak kegemaran perdana menteri Manchester United yang akan berentap dengan Chelsea bagi menentukan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Selain itu, Najib juga menceritakan tabiatnya yang gemar menghabiskan masa di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

NONE
Dalam nada yang serius, beliau juga mengumumkan kerajaan akan melancarkan satu program baru iaitu Rumah Mampu Milik Berkualiti bagi memantapkan Skim Rumah Pertamaku selewat-lewatnya Julai ini.
"Melalui program tersebut, kos rumah untuk Skim Rumah Pertamaku akan dipastikan berharga RM220,000 ke bawah.
"Kerajaan akan bertanggungjawab menyediakan tapak pembinaan manakala pihak pemaju akan melaksanakan projek-projek ini berdasarkan industrial building system.

"Dan saya kata kalau boleh, (syarikat swasta) jangan ambil untung dari projek ini. Jadikan sebagai corporate social responsibility (CSR)," katanya.
Najib berkata usaha mewujudkan rumah di bawah harga RM220,000 adalah berdasarkan komen dalam laman Facebook beliau serta laporan media bahawa amat sukar bagi golongan muda mendapat rumah dalam lingkungan harga tersebut terutama di Lembah Klang.

Di bawah Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac lalu, golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dengan gaji bulanan kurang daripada RM3,000 layak membeli rumah berharga RM220,000 ke bawah dengan pinjaman 100 peratus.
Ketika temu bual itu juga Najib turut meluangkan masa bermain 'Dam Aji' dengan DJ Faizal.

Leave a comment

Apa Itu Politik dan Demokrasi.

Siri Bila Aku Bercakap Tentang Politik dan Demokrasi



Sebelum tu, aku nak bagitau la, yang aku saat ketika menulis entri n, sebenonya belum mendafatar sebagai pegundi. Jadi bolehla aku bersikap Netural sikit kan?. Tapi dalam komen-komen aku kat wall facebook geng2 aku kebanyakan macam "backup" kerajaan. Ye la, kalau semua sokong pembangkang sape nak sokong kerajaan kan?ye x tak?dalam negara demokrasi kita berhak bercakap selagi tak melanggar mana-mana akta. Jadi aku hanya menggunakan hak aku untuk memberi pendapat aku tentang benda2 yang aku rasa tak betul dari segi pandangan ilmiah aku n. Tapi sebelum tu aku nak bagitau asal-usul politik ni, menurut wikipedia Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

  


Sains Politk merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan Kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain. 

Strategi dan Falsafah

Penulisan politik boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori yang pertama ialah berkenaan bagaimana politik, dan yang kedua berkenaan "mengapa politik".
Contoh ahli ahli penulisan strategi (kategori pertama) ialah Sun Tzu, Niccolo Machiavelli, dan George Washington Plunkitt. Manakala contoh ahli ahli falsafah pula (kategori 2) ialah Plato, Aristotle, Locke, Mills, Thomas Jefferson, Marx dan Mao.
"Politik" mungkin mempunyai maksud pejoratif, terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan runcit daripada objektif atau kebaikan bersama.
Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat ( debated questions ). Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.
Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi "zero-sum game", dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan "siapa menang, siapa tewas":
Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ).
Ia juga mengenai bagaimana kita menyelesaikan pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat - dalam mana usaha sepenuh hati kepada proses perundingan atau diplomasi biasa cenderung mengurangkan keganasan - biasanya dilihat sebagai matlamat utama peradapan. Bernard Crick merupakan ahli theori utama pada pandangan ini dan juba idea bahawa politik itu sendiri hanyalah "ethik dilakukan dihadapan umum", di mana institusi awam boleh bersetuju, tidak bersetuju, atau campur tangan bagi mencapai hasil akhir yang diingini atau proses menyeluruh yang lengkap. Ok, skang kita tengok apa itu demokrasi. 
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat.

Pengkelasian politik negara berdasarkan Hasil Tinjauan Kebebasan Dunia Freedom House pada 2009

Bagi aku berbeza pandangan politik adalah lumrah dalam negara yang demokrasi mcm mlysia n,cuma jangan la terbawa2 dalam pergaulan.Jadilah seorang yang professional. Gambar-gambar ni pergaduhan ahli parlimen kat britain, china dan aku sangat berharap budaya seperti ni x menular kat perlimen Malaysia. 
Tapi dah mula menular nampaknya,contoh luar negara telah digunapakai diparlimen malaysia.
nasib baik la,xde adegan bertumbuk mcm luar negara. cuma ala2 bawak spanduk(mcm kat tepi jalan je diorg buat dewan rakyat yang mulia)

Leave a comment

Oh Kawan!!








Sebelum aku memulakan entri malam n, ceh, esok petang ada satu lagi paper final exam, sibuk update blog.he.he. dengar dulu lagu kat atas tu. Kedua-dua lagu tu mempunyai maksud yang tersirat tapi mbawa makna yang sama iaitu, sahabat, teman,rakan dan kawan. Ye la dalam hidup ni mana la orang yang tak berkawan ye tak?. Tapi bagi aku kawan ni, lebih kepada orang yang perlu mendampingi kita setiap masa, x kira la waktu susah atau senang kan?. Kawan la tempat untuk kita meluahkan isi hati, masalah dan tempat lepaskan geram(pukul dia,lelaki je tau)ha.ha.Tapi aku ni pelik sikit, aku suka sangat cari pasal dengan kawan-kawan aku, saje la kan nak bagi diorang sakit hati sikit. Tapi yang pasti kawan perempuan atau lelaki sama je. Tapi aku rasa la nak jaga hati kawan lelaki lagi payah sebenornya daripada nak jaga hati kawan perempuan. Pasal ape?bedasarkan research aku yang tahap kaedah penyelidikan guna SPSS, lelaki mudah terasa berbanding perempuan, sebab ape?sebab diorang pun ada perasaan sebagai manusia ye x??ha.ha.ok, contohnya, cara mereka terasa agak berbeza berbanding perempuan, kalau terasa diorang akan cuba menjauhkan diri, buat xtau kalau member panggil, terasa hati la tu, perlakuan aneh. Bila tanya baru la cakap, kau buat xtau aku panggil, tak buka pintu bilik(Aku jenis tidur mati, kadang-kadang orang letup pintu bilik pun aku x sedar), pergi makan kat kafe x ajak dia. Jadi kena la reka 2 cerita yang boleh masuk akal. Perempuan pulak memng mudah terasa jugak, tapi nak pujuk mudah, semudah tekan no phone je. Cakap lebih kurang dalam 5minit dh ok.(Based pengalaman aku la). Skang aku nak cerita pasal kawan-kawan yang aku kenal skang n.

Cerita  kawan-kawan merangkap kawan baik aku.


Muhd Fakhri Izzat


Dia ni asal dari Kelantan. Suka bebenor datang ganggu aku yang tengah tidur. Cara dia ketuk pintu, macam nak roboh bilik aku.(kalau aku x buka pintu). Aku ni kan jenis burung hantu, Mlam berjaga, siang aku mcam kelawar,(tidur je). Dah la sem ni x ramai duk kolej, jadi bilik aku xde roomate la. (yess ada privacy).(tapi x best jugak, dulu aku ada roomate selalu dapat pinjam barang dia, lepas tu yang bestnye dapat bersahur n berbuka bersama2 time bulan pose tahun lepas.skang dia dah xde.). Fakhri ni aku x faham sangat dengan perangai dia, jadi nak memudahkan cerita aku pukul je dia bila ada yang x puas hati.(gengster jugak aku ni).Tapi dialah kawan yang kedua  eh, ketiga yang aku jumpa setelah bergelar student UPM. Aku sebenonya sayang  sangat nak bantu dia tapi aku pun ada masalah jugak. (bantu sikit2 boleh la). lagi satu dia suka sangat bawak motor laju2, nak je aku hempuk kepala dia ngan helmet aku. Kan jadi ape2 kan sape susah?(aku jugak, kan aku yang paling dekat dengan dia, degil n, kalau family aku lama dah aku rendam dalam klorox). Tapi yang aku suka kat fakhri ni sebab dia ada usaha, komited, berani, dan ada segala yang tercatat dalam SWOT analisis. Nak cakap lebih2 kan dia baca pulak, kembang semangkuk kan. Yang aku tak suka sekali dengan fakhri ni, dia suka sangat buat kerja last minute, mcam esk exam, malam ni hilang entah ke mana.Aku bukan ape, sebagai kawan yang baik,xnak la tgok pointer dia jatuh walau pointer aku menjunam sikit je sem lepas.(Baik punya lec, bagi aku C je utk 4kredit punya subjek).P/s:kadang2 aku pernah jgk terasa hati dgn dia n sebab dia x faham aku, mangkuk hayun betul la.pastu baru faham.Lepas tu baru geng balik.


Mohd Fikrie


Aku mulanya tak berapa kenal sangat dia ni. Pelik je aku tengok masa mula-mula nampak. Ye la cara dia macam Maya karim sikit. Tapi aku nampak sifat-sifat dia yang mempunyai karisma yang tinggi, tak peduli ape orang cakap, (jenis main langgar peraturan jugak n.)Ada sifat-sifat yang boleh membuatkan dia berjaya melangkah ke depan. Selalu dengan ramizah.Ehem..ehem..macam ada pe-pe je(Tengok tu mcam takde pe2 je-ayat pak sabit dalam hantu kak limah). Kombinasi mereka sangat serasi, xtau kenapa, aku berdoa agar merka berjaya disatukan . Berbalik pada fikrie ni, dia nampak cool, bersahaja dan mampu menggegar dunia mcam lagu adam n stacy tu, menggegar dunia. Gabungan dia dengan ramizah lagi nampak meletup. Tapi yang paling tak dilupakan bila aku kirim kat fikrie ni kfc, dia siap bagi tart telur extra(duit pun extra) yang sedap. Tak sangka kfc ada tart telur yang ranggup dan best camtu. Lain kali nak try kat kfc. Terima kasih sebab tolong belikan. 

Siti Ramizah

Aku pada mulanya x faham sikit perangai Ramizah ni. Sebab dia agak misteri. (xkan dia ada sifat malu-malu kucing?). Sebab dia ni sangat kurang bercakap, dulu masa mula-mula kenal sangat susah dia nak buka mulut. Sepatah tanya, sepatah yang dijawabnya. Lepas tu kalau tegur mesti susah nak dapt feedback.(mungkin x dengar). sampai aku menggelarkan ramizah sebagai seorang yang misteri. Aku mula kenal dengan lebih rapat masa amek kursus asas keusahawanan kat fakulti ekonomi. Masa tu aku dilantik jadi CEO klas,(ketua klas je kot) dan aku satu group dengan ramizah bersama2 dengan budak2 kursus lain. Kursus asas keusahawanan ni, kena berniaga ape saje perlu dirancang dari awal, tapi biasa la ada konflik dari segi tanggungjawab ahli kump yang malas nk buat kerja, macam 2 alasan bagi. Semua tu ramizah setelkan. Xtau macam mana dia bleh hendle sume. Tapi time kasih la. Aku masih x puas hati kat mamat2 yang x buat kerja tu, hari2 kita je angkut sume brg, dah la janji nak tolong. Auta punya org. Markah nak. Saat best mgm ni, bila aku meniaga lpas tu laku(jual pastu  beli pkai duit sendiri) timas kasih la sebab tolong carikan supplier buah-buahan segar tu, nak hrapkan bdk2 tu..tahun depan kita meniaga. 



tu je la aku cite pasal kawan-kawan aku, ramai sangat nk tulis sume, nanti la bila dah kelapangan aku cite yang lain pulak..dah!aku nk studi dulu..wish me luck k utk final exam ptg esk..chayok, chayok.!

2 Comments

Itik Gembo-Gembo




Itik gembo-gembo
Aye kedek-kedek
Bilo tembok
Jalan seiringe
Muka come lote
Peel biar molek

Anak muda masa kini
Tak menyedari segalanya
Apa jua yang dikatakan
Tak difikirnya kan binasa
Hingga ada yang terlupa
Siapa dirinya ooo

Itik gembo-gembo
Aye kedek-kedek
Bilo tembok
Jalan seiringe
Muko come lote
Peel biar molek

Jangan pula kau sengaja
Tak Memahami
Oh berpura
Apa jua yang kau rasa
Telah kuduga
Oh semua
Hingga ada yang terlupa
Siapa dirinya ooo

Lirik Itik Gembo-Gembo - A to Z

Leave a comment

Persatuan Studi Last Minit.Ha.Ha.

Kehidupan yg anda akan lalui bila mula menjejakkan kaki di Universiti atau Kolej.



1. Tidur pukul 2.30 am adalah yg paling awal.

2. Mandi menjadi kurang penting.
 
3. Tidur menjadi benda yg penting. (selama mana pun anda tidur anda tetap akan mengantuk)

4. Kitar semula dah sebati dlm p'gunaan pakaian ("Oh, jeans aku msih boleh bertahan hingga tahun depan..kotor sikit je").

5. Makan dua kali sehari adalah standard. Ada yg sekali je.

6. 10 minit lebih dari cukup masa untuk bersiap-siap untuk kelas pertama anda.

7. Jika ruangan kuliah cukup besar, peluang untuk pinjam nota orang lain.

8. untuk sesetengah, tidakkah anda suka bila buku yg ditulis oleh pensyarah anda sendiri selalu diperlukan untuk kelas nya?
 
9. Paper yg 10 muka surat dulu kira mustahil, sekarang dah jadi kemestian.

10. Anda takkan perasan yg ramai org lebih bijak / kurang bijak dari anda.

11. Makanan ringan spt maggi jadi makanan kegemaran.
 
12. Belajar mencintai roomate anda, terutama bila dia meninggalkan bilik anda.

13. Untuk kelas. Lagi lambat lagi bagus. Menguap dalam kelas dah jadi kebiasaan :)

14. Anda takkan dpt bygkan sejauh mana sunyi nya rumah anda. (meriah yg amat sgt)

15. Majalah/ komic merupakan bahan bacaan dalam falsafah anda.

16. Tidakkah anda akan rasa hebat bila boleh berjaga lewat malam tanpa buat apa2, tp dapat melelapkan mata semasa dikelas plg minimum 5 saat.

17. Kawasan melepak jadi tempat berharga.

18. Anda tidak akan terlepas dgn "toyol".

19. Study last minute akan menjadi kebiasaan.

20. Yg terakhir, hidup anda tidak akan sama spt dulu :)

by. PSLM

Leave a comment
FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.