Ada Ape Dengan Kucing??

 
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa kali ni aku nak buat entri pasal kucing. Sebab aku ada terjumpa video "cat Abuse kat youtube. Tak sampai hati nk tgok smpai habis. Satu je nak cakap, sangat kejam dan tak berperikemanusiaan. Ape la kucing ni buat kat dia sampai dia sakit hati sangat, nak kata rampas pakwe@makwe dia ke, rampas kebahagiaan dia ke. Tapi realitinya, kucing ni mana la ada kudrat nak melawan balik, paling kurang bunyi "mioew". lepas tu aku taip pulak dekat pakcik Google taip "cat Abuse" jugak..hadoi, lagi banyak. Geram betul la, kalau aku jumpa orang yang buat penderaan kat kucing tu nak je aku hempuk kepala dia ngan kayu besbol (mana tau ada wayar terputus, lepas pukul tersmbung balik). Kot ye pun tak suka kat kucing jangan la sampai dera dia, cukuplah halau dia(acah2 ke)xpun hantar kat pusat perlindungan haiwan ke. Tapi bagi aku la, ape salahnya kalau ada kucing datang kat umah, dia pn nak cari rezeki kan, bagus jugak dia ada, boleh la habiskan makanan yang tak habis makan, tak le membazir. daripada buang terus dalam tong sampah baik bagi kat kucing, dapat pahala berlipat kali ganda.(dapat pahala free tiap2 kali bagi makan kat kucing tu). Kedekut benor la orang tu kalau makanan yang tak habis rela buang dalam tong sampah daripada bagi kat kucing yang kelaparan. Kiranya kucing ni satu benda yang boleh membuatkn kita dpt pahala bila jumpa dia. jadi jangan pukul, jangan dera, jangan terajang. Kalau kat kedai-kedai makan tu, kalau taknak diorg ganggu ape la salahnya bagi makan kat belakang kedai. kumpul makanan yang tak habis bagi makan kat kucing tu. Macam sisa2 ikan yang dah siang ,lemak ayam yang x guna, nasi yang semalam dh sejuk, sisa2 makanan yang x habis makan. ape la salahnya kalau tuan punya kedai tu gaul2 dan bagi kat kucing tu makan. dapat rahmat sikit kedai tu, makin ramai orang datang makan sebab kucing ni kan bawa berkat, kita je tak nampak.setiap kali bagi makan dia berdoa agar orang yang bagi makan tu selamat dunia akhirat(kita tak nampak kan).

 kalau semua orang mempunyai sikap sayangkan haiwan aku rasa takde masalah penderaan kucing. Kenapa nak didera haiwan yang comel ni. Dia tak bersalah apa2 pun kat manusia2 tu. Dia macam kita jugak, hidup nak makan. Cuma nasib dia tak dikurniakan akal fikiran macam kita, sebab ada akal fikiran kita boleh buli mahkluk tuhan lain yang tak dikurniakan akal. Sangat tidak bersyukur manusia-manusia jenis mcm tu. cuba fikir, kalau kucing ada akal, dah tentu dia takkan meminta2 mkanan, dia boleh kerja lepas tu beli makanan kat McD ke, Kfc ke xpun pergi tesco beli ikan lepas tu goreng. tak terfikir ke orang tu??


kucing yang ada kat umah, hitam yang nampak garang tapi mempunyai tahap kemanjaan yang melampau.







jadi aku berharap kat Malaysia ni takde la kes2 dera kucing ni sebab kita kan majoroti beragama islam. lagi satu Nabi Muhammad SAW pun suka kucing tau, entri yang satu lagi akan menceritakan tentang Nabi Muhammad SAW yang suka kucing.

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.