Akhirnya Aku Tewas Dalam Cinta




Hari ni 2/5/2011, aku dikejutkan dengan berita Osama Bin Laden meninggal dunia selepas di serang oleh tentera Amerika. Tapi aku punya berita yang lebih besar daripada aku, setelah sekian lama aku menunggu jawapan dari si dia, akhirnya aku mendapat jawapan yang aku nanti-nantikan.Aku tak tau nak cakap ape. Jawapan tu buat aku rasa aku menang dalam medan perang yang berlarutan selama 3dekad. Dalam peperangan ni, aku menang 2 perang. Peperangan ni perang sama ada hidup atau mati dan aku berjaya menawan kedua-kedua kubu pertahanan kedua-duanya.



Aku berjaya dan berjaya dalam perang ini. Aku berjaya bukan saja menawan kubu malah puteri-puteri di dalamnya sekali, aku juga berjaya menambah kekuatan aku untuk hidup lebih lama dan mempunyai sebab untuk aku mempertahankan kedua-dua kubu yang telah aku tawan ini. Aku takkan biarkan kubu ini jatuh ke tangan mereka yang lain. Biarlah aku mempertahankan kubu yang telah berjaya aku tawan ini. Aku tak sanggup melihat kedua-dua kubu aku jatuh,aku lebih rela melihat tentera-tentera aku tewas di medan perang berbanding aku menyerahkan begitu saja kubu aku pada musuh..

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.