Archive for September 2011

Maksud Tersirat Video Undilah



Video bertajuk ‘Undilah’ arahan Benji Lim, terbitan Pete Teoh, Albert Law dan Bahir Yeusuff telah dapat ditonton dan di muat turun di internet.  Video ini secara luarannya dilihat baik dan mempromosikan demokrasi melalui pendaftaran sebagai pengundi. Tetapi di dalamnya penuh dengan maksud jahat yang tersirat.
Ia juga dilihat mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Antara yang terlibat dalam video ini adalah YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong – Timbalan Menteri Pelajaran, Yang Berhormat Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin – Timbalan Menteri Kesihatan, Nurul Izzah Anwar , Khalid Samad dan ramai lagi.
Selain itu, tokoh perniagaan, sukan dan seni turut dipaparkan. Antaranya ialah Datuk Lee Chong Wei, Tan Sri Anthony Francis Fernandes, Tengku Azmil Zaharuddin, Karamjit Singh, Afdlin Shauki, Reshmonu, Aizat Amdan, Baki Zainal, Bront Palarae, Daphne Iking, Jason Lo, Jehan Miskin, Sazzy Falak, Sharifah Amani, Tony Pua, Wardina Safiyyah, Yasmin Yusuf, Namewee dan lain-lain.
Klip ini dimulakan dengan ucapan narrator oleh YB Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)  dan  kemudian diikuti dengan lagu nyanyian Namewee dan Afdlin Shauki yang juga meminta rakyat mendaftar sebagai pengundi kerana dengan mengundi, rakyat menjadi majikan dan boleh memilih pemimpin mereka.
Dari segi visual pula, ia dimulakan dengan rakaman narrator oleh Ku Li dan diikuti dengan visual nyanyian Namewee, Afdlin, Pete Teoh dan Shashi. Diselitkan juga pelbagai gambar yang dikesan secara tidak langsung menunjukkan orang ramai dan lokasi perhimpunan haram BERSIH 2.0 di adakan.
Lagu dan lirik di cipta oleh Namewee dan ditambah dalam bahasa Melayu oleh Afdlin Shauki dan bahasa Tamil oleh Shahshi Tharan Rajoo. Oleh itu, kita dapat lihat lirik yang disampaikan agak keras sebagaimana lirik-lirik lagu terdahulu oleh Namewee. Namun kali ini ia dalam bentuk tersembunyi atau ‘subliminal message’.
Dari segi visual, pada minit 0.26, memaparkan seseorang yang sedang membaca akhbar Harakah yang bertajuk ‘BN TIRU BUKU JINGGA’.
Di minit 3.00 pula menunjukkan visual papan tanda nama jalan seperti Jalan Tun H.S Lee, Jalan Tun Perak, Hospital Tung Shin dan Jalan Pudu Lama (3.22), Jalan Masjid India (3.25) lokasi-lokasi ini adalah lokasi dimana peserta perhimpunan haram 9 Julai di gempur polis.
Pada minit 3.36 pula visual menunjukkan poster 1Malaysia gambar YAB Perdana Menteri dan tulisan ‘Rakyat Di Dahulukan’. Terdapat satu maskot seakan-akan lintah sedang bergoyang-goyang dihadapan wajah YAB Perdana Menteri. Jika ditafsirkan, mesejnya amat jahat iaitu menggambarkan pemimpin tertinggi Negara dengan Lintah yang bersifat penghisap darah.
Penyertaan dua pemimpin negara iaitu Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Puteri UMNO yang juga Timbalan Menteri Kesihatan dilihat cuba mempergunakan kedua-dua tokoh ini dalam rancangan jahat penerbit.
Adalah satu perkara yang menghairankan apabila Namewee terus diberikan kebebasan berkarya walaupun telah beberapa kali membuat tindakan mencemarkan maruah negara dan menimbulkan kemarahan seperti penerbitan video ‘Negarakuku’. Tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mempertahankan beliau juga menyinggung perasaan ramai penyokong BN apatah lagi beliau kini telah menerbitkan filem Nasi Lemak 2.0.
Penyertaan lebih 100 orang termasuk VIP, Artis, Ahli Sukan, Pemimpin Pembangkang, Pemimpin Kerajaan, dan sebagainya dilihat cuba menunjukkan bahawa pelbagai pihak menyokong penerbitan video ini sekaligus menyampaikan mesej secara halus bahawa mereka ini juga menyokong gerakan untuk menukar Kerajaan.
Memang patut video tersebut diharamkan, lebih-lebih kerana penglibatan manusia biadab seperti Namewee. Manusia kurang ajar seperti itu dan menjadikan perkataan-perkataan lucah sebagai mainan di bibir mulutnya tidak patut sama sekali muncul dalam televisyen.

2 Comments

AUKU bakal dimasuhkan selepas Internal Security Act (ISA)


Pergerakan Pemuda UMNO hari ini meminta kerajaan memansuhkan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang melarang pelajar daripada terbabit atau meluahkan rasa simpati serta sokongan kepada mana-mana parti politik negara ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, permintaan memansuhkan Seksyen 15 itu disuarakan golongan mahasiswa menerusi kaji selidik yang dilakukan pergerakan itu tahun lepas.

"Kita harap kerajaan teliti Seksyen 15 AUKU ini bagi memberi peluang kepada penuntut di Institusi Pengajian Tinggi terbabit secara langsung dalam politik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco Pemuda UMNO di Bangunan UMNO Selangor semalam.

Beliau berkata, langkah itu juga sejajar dengan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini

Leave a comment

SKMM sahkan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara di Sweeden


Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara hina Islam di kesan, menurut laporan bernama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita Rabu.

"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu," katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana 'berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa'.

Bagaimanapun, Rais berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air.

Rais menegaskan tindakan menghasut, memperkecilkan agama atau menghina raja adalah kesalahan besar.

Menteri itu berkata beliau telah memaklumkan perkembangan kes itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka telah menzahirkan pandangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri.

Leave a comment

Alahai Namewee!!



Namewee buat hal lagi setelah Utusan kritik filem sampahnya nasi lemak babi.

Kali ini dia mengutuk akhbar Utusan Malaysia melalui video klip selama 2 minit 43 saat yang dimuat naik ke laman Youtube.

Video klip berkenaan diberi tajuk Namewee FxxK Utusan dan setakat ini, hampir 15,000 hits diperoleh video berkenaan.

Marah Namewee kali ini dikatakan berpunca daripada sebuah rencana dalam Utusan Malaysia yang bertajuk Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee…

Rencana tersebut menzahirkan pandangan penulisnya yang tidak senang dengan sikap Namewee yang cuba menjadi hero 1Malaysia melalui filem Nasi Lemak 2.0 arahannya setelah beberapa kali bertindak menghina orang Melayu dan agama Islam sebelum ini.

Dalam rencana berkenaan, penulisnya berkata; Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini.

Tidak seperti kelaziman di mana Namewee akan menyanyi lagu rap untuk meluahkan marahnya, dia kali ini hanya berkata-kata dengan menggunakan bahasa Melayu pasar dan perkataan-perkataan lucah.

Namewee kelihatan sangat marah apabila penulis berkenaan memberitahu tidak mahu menonton filemnya.

Padanya, penulis berkenaan harus menonton dahulu filem tersebut dan kemudian baru menulis pandangannya.

Wartawan Utusan Malaysia berkenaan pula dalam rencananya berkata, Namewee sudah terlalu banyak mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia sebelum ini.

“Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.

“Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.

“Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah,” katanya dalam rencananya itu.

Bagi penulis berkenaan, siapa Namewee untuk bercakap mengenai perpaduan antara kaum.

“Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada.

“Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube,” katanya.

Bagi wartawan Utusan Malaysia, kalau mahu bercerita mengenai filem yang mengambarkan aspirasi semua rakyat, maka filem Estet arahan Mamat Khalid  lebih hebat dan berkesan.

Filem Nasi Lemak 2.0 dibintangi beberapa artis dan pelakon popular tempatan seperti Afdlin Shauki, Datuk avid Arumugam dan Adibah Noor.
kt bawah antara video kontroversi Namewee. Kpd Namewee sila rujuk Rukun Negara Kesopanan & Kesusilaan.






Leave a comment
FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.