Benarkah Kita Tidak Dijajah?



Sempena Hari Kemerdekaan yang disambut bersama-sama Hari Malaysia aku nak buat entri pasal penjajah di Tanah Melayu. British mula dapat mengusai Tanah Melayu angkara 2 pembesar yg bertelagah mereka adalah :(sila baca petikan dari wikipedia kt bawah:

Perak pada masa itu merupakan pengeluar bijih Timah utama yang mendahului United Kingdom pada abad ke-19. Sementara Inggeris, yang pada masa itu sudah mendapat Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, menganggap Perak sebagai satu negeri yang amat penting. Tetapi keadaan yang tidak stabil seperti Perang Larut dan pergaduhan antara Kongsi gelap cina mengganggu perniagaan bijih timah ketika itu.

Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Raja Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik sebagai sultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak menghadiri upacara pengkebumian, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik. Raja Bendahara Ismail diangkat dan ditabalkan kerana mengikut istiadat pertabalan Raja-raja Melayu, baginda adalah sultan yang sah oleh kerana baginda memiliki alat-alat kebesaran diraja (regalia). Baginda berkuasa dan mempunyai pengikut-pengikut yang ramai di Hulu Perak.

Perasaan tidak puas hati mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Pada masa yang sama, berlaku permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin yang dipimpin oleh Chin Ah Yam dan Hai San yang dipimpin oleh Chung Keng Quee untuk merebut lombong bijih timah.

Raja Abdullah meminta pertolongan Inggeris untuk menyelesaikan dua masalah tersebut. Menurut Lucy Bird (1831-1904) dalam bukunya "The Golden Chersonese and The Way Thither" (diterbitkan pada tahun 1892 oleh G.P Putnam dan Anak-anak), Raja Abdullah meminta pertolongan rakannya di Singapura, Tan Kim Ching. Tan bersama seorang pedagang Inggeris di Singapura merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang ditandatangani oleh Abdullah. Dalam surat tersebut, Abdullah menyatakan hasrat untuk meletakkan Perak di bawah naungan Inggeris. Pada 26 September 1872, Chung Keng Quee menghantar petisyen yang ditandatanganinya serta 44 orang lagi ketua orang Cina, meminta campurtangan Inggeris selepas diserang 12,000 orang-orang Chung San. Pihak Inggeris melihat perkara ini sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia Tenggara dan monopoli perdagangan bijih timah. Hasilnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874.

Raja Ismail tidak mengiktiraf perjanjian tersebut tetapi nasi sudah menjadi bubur. Raja Abdullah diiktiraf Inggeris sebagai sultan dan Sir James W.W Birch menjadi Residen Inggeris yang pertama di Perak. Berikutan dengan perjanjian ini, Inggeris terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negeri Melayu.

Campurtangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang. Rasa tidak senang itulah yang membuka jalan nekad orang Melayu Perak bertindak. Tanpa takut dan gentar, mereka telah berpakat membunuh Birch yang berjaya dilakukan pada tahun 1875 di Pasir Salak. Kejadian ini mengakibatnya beberapa siri peperangan antara Melayu Perak dan Inggeris hingga tahun 1876.

Ramai wira negeri Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Dato Maharaja Lela, datuk Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan lain-lain. Sultan Abdullah pula disingkir ke Pulau Seychelles.

Walaupun wira-wira bangsa ini berjaya dibunuh oleh Inggeris, namun peristiwa Pasir Salak itu telah mengajar Inggeris bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah dan memperbodohkan orang Melayu.

Dengan berjaya membantutkan penentangan Melayu, Inggeris berjaya mengukuhkan kedudukannya di Perak dan kemudiannya membuka lebih banyak lombong bijih Timah di Perak dan ladang-ladang getah. Perak bersama Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang dan kemudiannya dikenali dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 

                    

Ok sekarang kita tengok ape itu penjajah atau imperialisme.
Imperialisme atau kolonialisme barat
1.Imperialisme-merupakan dasar perluasan kuasa atau pengembangan empayar. Menurut Norman Daniel imperialisme adalah lebih daripada mencari sebuah empayar.Umumnya ia adalah penguasaan rumpun bangsa Eropah ke atas semua benua. Cecil Rhodes telah mengukuhkan lagi dengan pendapatnya bahawa "kita adalah ras tertinggi, makin luas bumi yang kita duduki, makin baiklah utk umat manusia.

2. Kolonialisme- penjajahan dgn maksud 'jibayah' iaitu merebut atau mengambil manfaat yg ada di tempat tersebut utk dibawa pulang(merampas). Satu konsep mengenai penguasaan politik secara keseluruhan oleh kaum penjajah thdap tanah jajahannya. Menguasai pihak lain dengan pelbagai cara dan matlamat dalam erti kata lain matlamat menghalalkan cara.

3. Mereka juga menekankan konsep atau teori "the white man burden" iaitu masyarakat barat mempunyai tanggungjawab yang cukup berat utk mentamadunkan masyarakat di Asia kerana mereka berpendapat mereka lebih maju dalam bidang sains dan teknologi.
                      

1.   Rangkuman aku, pertelagahan org Melayu telah menyebabkn British campurtangan. Jika kisah n x diamek iktibar,tidak mustahil akan muncul kembali sikap manusia seperti 2org pembesar ini.  

2.   Orang barat mempunyai pelbagai helah utk menakluk sesebuah negara. Di China misalnya, mereka mengamalkan dasar tutup pintu utk mengelak dari campurtangan asing, kerana China menganggap mereka “middle of the kingdom” iaitu mereka boleh mendapat apa sahaja dari negera mereka sendiri dan tidak ingin untuk berdagang. Tetapi Inggeris datang ke Asia untuk berdagang di samping mempunyai agenda utk meluaskan jajahan takluk. Taktik licik Inggeris adalah dengan meruntuhkan ahklak rakyat China dengan menyeludup masuk Candu. Ramai rakyat China yg menjadi penagih candu dan menyebabkan berlaku masalah sosial yg teruk sehinggakan askar dan pegawai istana turut menjadi penagih. Akhirnya China dipaksa utk membuka pintu dan banyak wilayah China dibahagi2kan sesuka hati kpd sahabat Inggeris dan China boleh diibaratkan seperti tembikai yg dipotong kpd bnyk bhagian. China juga boleh diibaratkan jatuh ditimpa tangga kerana terdapat siri peperangan dengan Inggeris tetapi mengalami kekalahan. China juga dipaksa membayar kerugian atas kerugian yg dialami oleh inggeris dalam peperangan, sudahlah kalah,dipaksa membayar gantirugi.


3.   Dijepun,berlaku juga penjajahan oleh Amerika Syarikat tetapi jepun yg terkenal dengan kebijaksanaan berjaya mengusir imperialis ini melalui perjanjian yg menguntungkan jepun. Sama juga seperti di Thailand, mereka tidak dijajah kerana mengamalkan dasar diplomatik dengan imperialis. Cth,semasa penaklukan Jepun ke Tanah Melayu, mreka membenarkan Jepun melalui selatan thailand utk masuk ke Tanah Melayu.

Aku ada sedikit rangkuman berdasarkan subjek sejarah yang aku belajar semasa STPM dulu,dapatlah aku simpulkan yg Tanah Melayu sememangya dijajah. Penjajah mempunyai pelbagai taktik utk menguasai negara2 yg mempunyai nilai ekonomi. Kalau nak baca lebih lagi, pg kedai buku tdekat dptkan buku sejarah Malaysia, Sejarah Asia Tenggara, Sejarah Dunia dan Sejarah Tamadun islam. Dari situ korg akn dpt banyak info dan dpt buat tafsiran yg penjajah adalh perosak sesuatu negara mcm serangga perosak. Mereka mbuat pelbagai slogan dan cuba mencampuri urusan sesebuah negara mcm peristiwa pembesar dkt Perak tu. Pesanan aku Hargailah kemerdekaan, berdasar pendapat2 mereka aku dh tau yg nafsu mereka utk menjajah kembali tanah air kita masih membara dan menuggu peluang shj. Sekali mereka berjaya mencampuri urusan sesebuah negara petanda awal yg x mustahil utk kita dijajah kembali. 


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.