Sketsa Opera Kehidupan



Malam ni entry aku agak pelik..pasal skesta Opera kehidupan..Tajuk Opera tu aku amek berdasar pengalaman aku yg dh hidup selama 22tahun..ok kenapa pasal Opera ? Sebab aku rasa skesta Opera dengan dunia real x jauh sgt beza..Cuma dari segi pakaian dan make-up yg direka utk menampakkan watak dan emosi pelakon. Tetapi mereka sama dari segi lakonan atau “act” yg dilakonkan oleh mereka. Dalam cerita Opera mesti ada banyak watak yg berbeza dari segi perlakuan dan wajah-wajah mereka. Lihat gambar mereka, mesti terdapat perbezaan pada “make-up” dan ada yg pkai mask. Aku boleh la kaitkan dengan perilaku manusia2 di sekeliling aku. Segala tertulis pendapat dan tafsiran aku sendiri, maknanya tiada kajian mengenai opera chinese. Aku cuma nak kaitakan dengan ape yg cuba disampaikan melalui pakaian dan "make-up" mreka bdasar pemikiran aku..

Berdasar Opera ni aku dapat gariskan bberapa watak yg cuba ditonjolkan melalui pakaian berdasar pemerhatian aku la..


Manusia bertopeng=manusia hipokrit dan mempunyai pelbagai helah dan sentiasa berniat jahat terhadap org lain, boleh menukar topeng dan mengelirukan musuh sehingga ada yg tertipu dengan helah manusia bertopeng tu.












Manusia yg berpakaian baik dan berwajah bersih=manusia yg berhati suci dan sering menjadi mangsa manusia bertopeng yg cuba memusnahkan hidupnya. Jenis manusia ni sering dimanipulasi oleh manusia bertopeng sehingga terpaksa mengorbankan kehidupannya. Manusia jenis ini selalunya ditindas kerana bersikap jujur dalam kehidupan dan akan mendapat kekalahan pada permulaan dan mendapat kemenangan kekal setelah meharungi manusia2 bertopeng dan manusia yg berpura2 baik sebenarnya penjahat yg paling berbahaya.!


Manusia yg mempunyai make-up yg tebal dan kelihatan jahat=Manusia yg bersifat jahat dan berkawan baik dengan manusia bertopeng tetapi mempunyai agenda yg sama utk mengenakan manusia yg berpakain baik. Ada kalanya manusia jenis ni berlakon sebagai manusia berpakaian dan berwajah bersih dan akan terbongkar rahsia apabila mengenakan make-up(menunjukkan belang sebenar).




ok,dari situ dapat la aku simpulkan yg dalam kehidupan terdapat manusia2 yg licik yg suka menipu dan menindas org yg baik. Org jenis mempunyai pelbagai habitat perangai yg jahat sgt bbhaya utk didekati dan mereka sgt licik dalam menjalankan operasi dgn pelbagai taktik. Akan tetapi manusia yg kelihatan baik sebenarnya jahat, lebih bbhaya drp manusia bertopeng kerana tanpa menyedari bahawa dia sedang memperdaya kita. Oleh itu, sentiasalah berwaspada!. Tetapi, tidak semua yg jahat kerana masih ramai org yg baik dan jujur dalam dunia ni, cuma perlu pandai menilai dan menggunakan pintu hati utk melihat dalam diri individu tsebut.Setiap insan mempunyai naluri menilai dan jgn sia2kan anugerah pemberian tuhan yg hebat ini..gunakanlah supaya kita dpt menghindarkan diri drp spesis yg mampu menjahanamkan kehidupan kita dan org sekeliling.

Sebgai mengakhiri entry n aku selitakn sikit lagi rock drp awie-Opera Kehidupan!..sekian..


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.