Tentang Hukum Hudud

                                                 

ALLAH SWT, sekalipun telah menetapkan hukum hudud, namun Dia tetap seolah-olah mempunyai maksud yang hukum itu bukan untuk menghukum. Tetapi sekadar menakut-nakutkan sahaja. Saya berani berkata begitu kerana melihatkan syaratsyarat untuk terlaksananya sesuatu hukum hudud itu begitu diperketatkan-Nya. Hingga hampir-hampir hukum-hukum itu tidak boleh dilaksanakan kerana terlalu ketat syarat-syaratnya. Untuk membuktikan kenyataan ini, saya suka membawa contoh hukuman hudud yang dikenakan kepada penzina. Yakni kesalahan yang mahkamah tidak boleh terima pemberian maaf oleh mana-mana pihak. Kalau tersabit kesalahannya, pesalah mesti dihukum. Sebab penzina bukan sahaja bersalah dengan manusia tetapi yang lebih berat ia bersalah kepada ALLAH. Jadi walaupun mungkin kedua-dua pihak sama-sama suka melakukan kerja terkutuk itu, namun mereka mesti dihukum. Begitulah ketentuan syariat. Firman ALLAH:Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, ma ka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya menegah kamu untuk menjalankan agama ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An Nur:2)Tetapi mudahkah untuk menangkap seterusnya menghukum penzina? Saya rasa dengan melihatkan syarat-syaratnya, ia hampir-hampir mustahil boleh berlaku. Syarat-syarat itu adalah seperti berikut:
  1. Hakim mesti adil dan bertaqwa.
  1. Mesti ada empat orang saksi lelaki yang adil. Saksi-saksi itu pula tidak mencari-cari, mengintai-mengintai, tidak berpakat dan tidak merancang antara satu sama lain untuk menyaksikan kejadian terkutuk itu. Saksi-saksi fasiq tidak diterima kesaksiannya. Antara ciri-ciri fasiq itu ialah berjalan tidak menutup kepala, berjalan tidak berlapik kaki, makan atau minum berdiri atau berjalan, kencing berdiri dan orang yang melazimi duduk-duduk dan makan di kedai sedangkan rumahnya dekat. Orang-orang ini walaupun tidak melakukan dosa, tetapi dianggap tidak senonoh dan tidak berwibawa. Jadi mereka tidak bolehlah menjadi saksi. Apalagi kalau dia seorang yang melanggar syariat.
Selain itu, kesaksian juga tidak diterima dari mereka yang berikut: Orang yang pemah dikenakan hukum hudud qazaf (membuat tuduhan palsu) sama ada telah menjalani hukuman atau belum. Kesaksiannya tidak diterima walaupun dia telah bertaubat. Orang yang murtad. Orang buta. Orang bisu.
  1. Saksi-saksi mesti menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri akan perlakuan zina itu seperti melihat keris dimasukkan ke sarungnya. Tetapi kalau setakat melihat pasangan berada di dalam satu selimut atau bercium atau berpeluk-pelukan atau bersunyian dalam gelap, kesaksiannya ditolak.
  2. Dengan syarat-syarat tersebut, mudahkah ditangkap seorang penzina untuk dihukum .? Kalau saksinya ramai sekalipun, senangkah nak cari saksi yang warak dan dapat melihat kejadian itu tepat-tepat. Namun, Islam mensyaratkan wajib empat orang saksi. Kalau tiga orang saksi saja, tidak cukup, maka kes tersebut dibuang.Kemudian senang ke nak ternampak betul-betul peristiwa ‘keris memasuki sarung’ itu? Yang mana biasanya ha1 itu sangat tertutup dan tersembunyi. Sekiranya saksi tidak dapat membuktikan betul-betul kesaksiannya atau kesaksiannya ditolak kerana dia dianggap fasiq, bukan saja tuduhannya itu ditolak oleh mahkamah, bahkan saksi berkenaan dianggap orang yang suka membawa fitnah atau suka membuka aib orang. Maka akan dikenakan hukuman hudud ke atasnya dengan hukuman rotan 80 kali. Siapa yang berani untuk mudahmudah menjadi saksi kepada kes zina, kalau begitulah kemungkinan akibatnya? Dan siapa yang berani untuk sengaja mencari-car-i salah orang lain untuk dibawa ke mahkamah? FirmaDan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik berbuat zina dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) dengan delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasiq. (An Nur: 4) Pendek kata, kes zina ini memang susah untuk dikesan dan dihukum. Dalam sejarah yang kita tahu, terlalu sedikit orang yang dihukum kerana zina. Kalau ada pun penzina yang dihukum oleh mahkamah ialah kerana penzina itu sendiri yang menyerah diri dan mengaku salah. Yakni lelaki dan wanita yang baik tetapi terlajak melakukan maksiat. Kemudian ia menyesal. Akhirnya meminta dirinya agar diazab di dunia, supaya selamat dari azab Neraka. Ertinya, pada zaman itu penzinanya adalah orang baik, yang terlajak oleh dorongan nafsu. Bukannya orang yang sengaja mahu berhibur-hibur dengan zina. Atau mencari makan melalui zina dan lain-lain lagi. Bukti dia baik ialah dia rela menyerah diri padahal dia boleh melepaskan diri. Tetapi itu tidak dilakukannya kerana dia takut kepada ALLAH- Tuhan yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui! Dalam masyarakat seperti hari ini, sekalipun zina berleluasa, tetapi hukum hudud tidak sesuai untuk dijalankan. Ini disebabkan sukarnya hendak mencari seorang hakim yang adil dan saksi yang warak serta adil. Bila syarat tidak cukup, maka hukuman tidak boleh dijatuhkan. Kiranya kes-kes zina itu walaupun memang berlaku tetapi tidak tersabit kesalahannya, sebab tak cukup syarat, maka penzina-penzina lain pula akan ambil kesempatan untuk lebih berani melakukannya. Kerana peluang untuk lari dari hukuman adalah besar. Ertinya, selain dari hukuman sulit untuk dijalankan, zina pula akan berleluasa. Sebab itulah hukum ini sebenarnya ALLAH turunkan di waktu masyarakat umum sudah baik-baik belaka. Penjahat-penjahatnya kalau ada pun, hanya sedikit bilangannya. Itupun orang yang sudah baik atau sekurang-kurangnya sudah malu dengan anggota masyarakat umum yang sudah baik-baik. Jadi kalaupun terlepas dari kes zina, namun mereka ini sudah cukup malu dan insaf. Dan orang lain akan takut untuk melakukannya. Sedangkan dalam masyarakat hari ini, kalau penzina terlepas dari kes zina, dia bukannya makin insaf, tetapi akan jadi makin berani. Sebab dia tak akan begitu malu pada masyarakat yang memang sama-sama tidak baik. Zina sudah lumrah. Tetapi kalau dia seorang saja yang berzina, orang lain tidak per& didengar melakukannya, baru dia akan rasa malu, terhina, tersisih dan insaf. Mengapa ALLAH perketatkan syarat-syarat ke atas..(teks tidak lengkap)halus dengan melepaskan penzina dari hukuman. Hingga kerana itu penzina mengalami kesan psikologi yang mendalam. Dia sangat insaf dengan perlindungan dan kasih sayang ALLAH. Sedangkan kalau dia dihukum, kesan tidak begitu dirasakan. Cuma dia merasa patutlah dia terhukum sebab memang dia bersalah.Hal ini hanya mungkin berlaku pada pesalah yang hatinya sudah pernah tunduk pada kebenaran dan tarbiah. Cuma untuk seketika ia lalai dan terikutkan nafsu. Juga pada hati yang sudah dikepung oleh masyarakat yang soleh dan solehah. Tetapi dalam masyarakat hari ini, yang hati-hatinya sudah degil dan ingkar, susah untuk insaf dengan didikan halus oleh ALLAH itu. Bahkan kiranya terlepas dari hukuman, mungkin dia rasa satu kemenangan. Dan peluang untuk mengulangi kesalahan masih terbuka.Sebagai kesimpulannya, saya tegaskan sekali lagi bahawa sesungguhnya hukum hudud yang dikatakan menakutkan itu sebenarnya penuh kasih sayang, pendidikan, kebaikan dan keuntungan bagi masyarakat umum dan juga kepada individu pesalah. Ia sebagai satu kaedah pendidikan yang terakhir kepada sebahagian kecil anggota masyarakat Islam, yang tidak dapat dijinakkan nafsunya oleh dakwah dan tarbiah. Apabila pencuri dan pembunuh dimaafkan di mahkamah dan apabila penzina terlepas dari hukuman kerana syarat-syarat terlalu ketat, maka ha1 itu akan memberi malu dan menginsafkan pesalah-pesalah. Dia akan bertaubat. Dan itulah yang ALLAH mahukan. Maka dengan cara itu terbinalah akhirnya sebuah masyarakat idaman yakni:Negara yang baik (aman dan makmur) dan Tuhan yang Maha Pengampun (penduduknya mendapat keampunan ALLAH). (Saba’: 15)Perlu diingat sekali lagi, bahawa hukum ini sekalipun sudah ada dalam Quran sejak 1400 tahun yang lalu, perlaksanaannya hendaklah dibuat sesudah program dakwah dart tarbiah selesai dalam masyarakat. Dan sesudah persediaanpersediaan lain diwujudkan seperti yang telah disusun atur oleh Rasulullah dalam langkah-langkah perjuangannya. Dahulukan soal-soal fardhu ain dan fardhu kifayah yang utama. Ini juga sudah lebih dulu ada dalam Al Quran. Tertib ini jangan diubah-ubah demi tercapai hasil yang tepat. Bila kerjakerja berhubung dengan fardhu ain dan fardhu kifayah yang utama itu selesai dan berhasil, barulah disempumakan atau dipagari hasil-hasil baik itu dengan hukum hudud. Segala apa yang saya bentangkan ini adalah rakaman sejarah. Dan kalau kita mahu melihatnya dengan mata kepala sendiri, demi keyakinan yang mendalam, tidak cukup dengan cerita dan teori ini. Justeru orang lain pun boleh bercerita dan mencipta teori-teori ilmiah yang belum terbukti. Maka supaya benar-benar menjadi pengalaman bersama, mari kita cuba laksanakan segala langkah-langkah perjuangan itu mengikut susun atumya yang tertib secara istiqamah, sistematik dan syumul. Di sana nanti bat-u kita akan faham maksud-maksud tersirat ALLAH, hikmah dan falsafah yang mendalam tentang ajar-an-ajaran dan hukum-hukum ALLAH itu. Tanpa praktik dan pengalaman, kita akan sentiasa berselisih disebabkan pendapat yang berbeza-beza, yang biasanya lahir dari nafsu, syaitan dari kejahilan yang kita pertahankan.
Sumber:http://www.memoriarqam.com/2010/09/syarat-syarat-terlaksananya-hukum-hudud/ 

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.