Archive for 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:


"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.


7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.


9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Leave a comment

Syurga Atau Neraka?







 


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:
“Mengapa aku melihat kau berubah muka?”
Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”
Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.”


 
Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.



 
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur’an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”



 
Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”
Jawab Jibrail: “Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga
ditanya:



 
“Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya:
“Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.”
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab “Peringatan Bagi Yg Lalai”


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua’lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat”..

Leave a comment

Makanan Yang Mampu Mencegah Kanser



Mencegah lebih baik daripada merawat. Bagaimanapun dalam keadaan realitinya, tidak ramai yang mengamalkan aspek pencegahan. Sebaliknya, jika terkena atau disahkan menghidap penyakit, barulah tindakan segera diambil, sama ada melakukan rawatan, mahupun mula mengamalkan aspek berjaga-jaga ataupun pencegahan. Menyentuh mengenai aspek pencegahan penyakit terutamanya penyakit kanser, haruslah dilihat terlebih dahulu, mengenai punca penyakit tersebut. Apabila kita memperkatakan mengenai risiko untuk mendapatkan kanser, tidak ada satu sebab ‘solid’ yang boleh dikatakan menjadi punca kepada penyakit berbahaya itu. Menjelaskan lebih lanjut mengenai pencegahan penyakit kanser, Pakar Kardiologi Pusat Perubatan Pantai, Datuk Dr. Ibrahim Wahid berkata, sehingga kini, tidak ada satu kajian tepat mengatakan bahawa sesetengah makanan ataupun tumbuh-tumbuhan boleh mencegah kanser.



Isu ini sangat komplikated kerana dari segi risiko makanan dan kanser tidak ada kaitan yang terus. Untuk mencegah kanser, kita tengok apa puncanya. Jika ia berpunca daripada makanan, kita tengok apa jenis makanan dan kurangkan makanan tersebut. Bagaimanapun, apabila memperkatakan mengenai makanan dan kanser, ia menjadi komplikated. Contohnya, daging. Ada yang mengatakan bahawa daging boleh menyebabkan kanser dan ini bermakna, jika anda tidak memakan daging, maka anda tidak akan mendapat kanser. Walhal keadaan ini tidak semestinya berlaku. Ini kerana, jika kita tengok mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian pun boleh mendapat kanser. Misalnya, orang Buddha, mereka tidak makan daging tetapi makan sayur-sayuran, tetapi ada yang menghidap kanser dan saya sendiri mempunyai pesakit daripada penganut agama ini. Sebab itulah saya katakan tadi, ia agak komplikated. Mereka yang menjaga kesihatan pun boleh mendapat kanser. Sebenarnya banyak faktor lain, antaranya merokok, peningkatan usia, sinaran matahari, radiasi, bahan kimia, virus atau bacteria, hormon, sejarah keluarga yang pernah mengidap kanser, alkohol dan juga diet, kurang aktiviti kecergasan serta berat badan berlebihan jelas beliau.





Antioksida Cegah Kanser

Ditanya mengenai kelebihan antioksida yang dikatakan mampu mencegah kanser, Dr. Ibrahim berkata antioksida bertindak melindungi sel rosak yang berpunca daripada molekul yang tidak stabil, dikenali sebagai radikal bebas. Sel yang rosak ini boleh meningkatkan risiko kanser. Antioksida terdiri daripada beta karotena, lycopene, vitamin C, E dan A. Antara makanan yang mengandungi antioksida yang tinggi termasuklah lobak merah, tomato, sesetengah sayur dan kacang. Menjelaskan lebih lanjut mengenai topik ini, Dr. Ibrahim menjelaskan mengenai beberapa kajian yang telah dijalankan sekitar tahun 1990-an.

Kajian yang diterbitkan pada tahun 1993 ini dilakukan oleh Chinese Cancer Prevention Study ; ujian melibatkan kesan kombinasi di antara beta-karotin, vitamin E dan selenium ke atas masyarakat di Negara China (lelaki dan wanita)yang menghidapi kanser gastrik. Keputusannya, didapati kombinasi ‘unsure’ tersebut boleh mengurangkan risiko kanser gastrik. 1994 kajian melibatkan kaitan antara beta-karotena dengan vitamin E. menunjukkan bahawa kanser paru-paru di kalangan lelaki telah meningkat apabila mengambil beta-karotena. Sebaliknya, ia tidak menunjukkan kesan atau risiko apabila mengambil vitamin E.

1994 kajian yang dinamakan Kajian CARET juga memberikan kesan yuang sama yang mana beta-karotena dan tetinol (Vitamin A) boleh meningkatkan kanser paru-paru. 1999 Women’s Health Study yang mengkaji kesan antara Vitamin E dan beta-karotena dalam mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular di kalangan wanita berusia 45 tahun, mereka dapati ia tidak memberi manfaat dan tidak mendatangkan risiko.

Berdasarkan kelima-lima kajian, apa yang boleh katakana di sini ialah pengambilan makanan ataupun makanan tambahan tidak semestinya mengurangkan atau meningkatkan risiko kanser. Ini kerana daripada kajian tersebut, satu kajian menunjukkan kesan positif, dua kajian memberikan kesan yang negatif dengan meningkatnya risiko mendapat kanser dan dua lagi tidak memberi perubahan ataupun risiko ke atas kanser. Jadi, nasihat saya kepada pesakit, amalkan makanan seimbang. Masyarakat kita tidak dapat lari daripada mempercayai pantang larang dalam makanan. Sebenarnya, pantang larang ini boleh memberi kesan buruk ke atas kesihatan pesakit itu. Mereka sebenarnya memerlukan kalori dan cukup berbanding dengan pesakit lain. Apabila mereka menjalani rawatan terutamanya kimoterapi, mereka memerlukan lebih banyak tenaga, protein dan kalori.

Pakar nutrisi sentiasa menyarankan pesakit kanser meningkatkan pengambilan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran dan makanan berasaskan gandum. Begitu juga dengan daging, susu, telur dan juga keju. Manakala cara memasak juga disarankan diubah dengan menggunakan mentega, marjerin dan minyak. Sesetengah pakar pemakanan menyarankan supaya kurang mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi kerana makanan itu boleh membara kepada diarea (cirit birit) dan juga sakit mulut. Bagi pesakit saya, saya galakkan mereka mengambil pelbagai makanan yang disarankan, walaupun berat mereka naik sedikit, tetapi mereka tidak perlu risau kerana ia memeri kesan yang baik. Sebaliknya jika terlalu megawal pemakanan, berat badan akan susut. Ini akan lebih memudaratkan penyakit, katanya.



Pakar Imunologi Pemakanan beri pendapat berbeza

Sementara itu, menurut Pakar Imunologi Pemakanan yang juga pengasas E. Excel International yang berpangkalan di Amerika Syarikat (pengeluar makanan kesihatan), Dr. Chen Jau-Fei dalam Penyelidikan Imunologi Pemakanan, beliau mendakwa bahawa makanan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan herba, mengandungi nutrien seperti fitokimia, antioksida dan polisakarida yang tidak hanya bermanfaat untuk kesihatan, malah boleh membantu mencegah dan merawat kanser. Menurut Dr. Chen cabaran paling hebat yang dialami oleh kebanyakkan penyakit yang berkait rapat dengan corak pemakanan moden seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.

Katanya lagi, apabila tubuh tidak mendapat nutrien asas, sistem imun menjadi lemah dan hilang keupayaan untuk melawan penyakit. Sebaliknya, apabila ia berfungsi dengan baik, system imun mampu melawan penyakit malah dapat menghalang serangan toksin dan bahan cemar yang sentiasa mengancam persekitaran kita. Oleh itu, daripada hasil kajiannya dalam bidang imunologi pemakanan ini, beliau menemui hubung kait yang pasti di antara nutrien yang ada dalam tumbuhan makanan dengan fungsi sistem imun. Kata Dr. Chen lagi, Persatuan Kanser Makanan yakin bahawa pemakanan merupakan faktor utama yang dapat mencegah kematian akibat kanser

Fitokimia

Ia merupakan sebatian unik dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan herba. Ia bersifat menyembuh dan berupaya mencegah penyakit kerana mampu menyuburkan dan memperkasakan sistem imun.



Antioksida

Melindungi daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel dan DNA yang boleh membawa kepada kanser dan penyakit lain yang degeneratif (merosot).



Polisakarida

Rantaian panjang gula yang sering ditemui pada sesetengah cendawan. Kajian menunjukkan bahawa polisakarida cendawawan dapat menghapuskan pertumbuhan tumor dengan mengaktifkan sel imun. Ia juga membantu menyeimbangkan sistem imun dan membolehkannya memusnahkan sel-sel kanser sedia ada dan virus.



Sumber Pemakanan Semulajadi Yang Berkhasiat

Kaktus

Dalam penyelidikan kanser, ahli sains mendapati bahawa ekstrak kaktus meningkatkan mekanisme sel imun dengan membantu tindakbalas hipersensitiviti yang mana sebelumnya terdapat penyekatan fungis imun. Kaktus juga dilihat mampu mengurangkan paras kolesterol dan meinigkatkan metabolisme lipoprotein berketumpatan rendah. Ahli sains juga mengetahui bahawa kalsium dan fosforus yang mewakili tiga perempat daripada mineral tubuh, didapati banyak terkandung di dalam kaktus. Jesteru, ia membekalkan mineral yang membina tulang, sendi dan tisu perantara yang kuat.

Buah Kaktus

Buah yang mengambil masa sehingga empat tahun untuk membesar dan ranum tetapi berbaloi krana buah kaktus kaua dengan antioksida dan fitonutrien yang menjadikan tubuh badan sihat, luar dan dalam. Menurut kajian, kaktus dan buahnya memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun badan. Khasiat dan antioksida yang ditemui pada pelbagai tumbuhan makanan seperti buah kaktus mungkin dapat membantu menghindari kerosakan DNA, membantu penyembuhan luka dan merangsangkan aktiviti fagosit, selain menjadikan tekstur dan rupa kulit bertambah baik.

Beri Ginseng

Beri Ginseng mengandungi sari ginseng yang memelihara biji benih yang bakal menjadi baka tumbuhan itu. Mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk membesar sebelum buah beri ranum dan sedia untuk dipetik. Hasil penyelidikan menunjukkan ekstrak beri ginseng yang unik itu membantu melindungi kulit daripada terdedah kepada anasir alam sekitar dan akibat tekanan aktiviti semula jadi tubuh. Juga kaya dengan antioksida sehingga 1.4 kali ganda lebih banyak dariapada vitamin C. Apabila dimakan, antioksida beri ginseng boleh melenyapkan sistem pertahanan antioksida badan dengan ketara.



Biji Anggur

Proantosiandin, lazimnya disebut sebagai OPC ialah flavonoid yang amat berkesan, ditemui terutamanya di dalam kulit tumbuhan dan biji anggur. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa aktiviti antioksida OPC adalah jauh lebih banyaj daripada vitamin E, C dan beta-karotena. OPC mempunyai hampir 20 kali ganda lebih banyak aktiviti antioksida berbanding vitamin C dan dipercayai mempunyai 50 kali ganda lebih banyak antioksida daripada vitamin E. Antioksida dipercayai menghalang dan mengawal pelbagai jenis penyakit daripada artritis hinggalah kepada menjaga sel daripada dimusnahkan oleh molekul oksigen tidak stabil.



Cendawan Agaricus Blazel Murill (ABM)

Dikenali juga sebagai cendawan matahari dan cendawan puteri, jaya dengan dua campuran polisakarida. Polisakarida yang ditemui dalam cendawan ABM memperbaharui dan menyokong system imun badan dengan merangsang pengeluaran limfosit sel T penentang kanser, sel T pembantu, interferon dan interleukin. Ini menyebabkan bilangan sel kanser yang dihasilkan dalam badan berkurang mengikut pertimbangan.



Soya

Makanan yang rendah lemak, tanpa kolesterol, tinggi serat diet dan kaya dengan mineral. Kajian menunjukkan bahawa isoflavon iaitu fitokimia yang terdapat dalam kacang soya mengurangkan paras kolesterol serum dan risiko mendapat penyakit jantung. Isoflavon juga didapati boleh mencegah pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan wanita. Kajian menunjukkan bahawan genistein menyekat angiogenesis atau pertumbuhan pembuluh darah baru yang menyebabkan pertumbuhan tumor. Ahli sains juga menyefari bahawa genistein menambahkan kemujaraban ubat kanser. Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat ketika ini, mengkaji kemungkinan menggunakan genistein sebagai ubat mencegah kanser.



Cendawan Maitake

Mempunyai kandungan polisakarida bermanfaat yang tinggi iaitu beta-glukan dan polisakarida lain termasuk fosfolipid, nucleotides dan asid lemak tak tepu. Ia boleh menambah fungsi system imun dan menghalang pertumbuhan tumor. Pecahan D, bahagian polisakarida yang mengandungi aktiviti antitumor yang kuat boleh diekstrak daripada cendawan maitake. Pecahan D sahaja boleh menghalang pertumbuhan tumor dengan lebih berkesan berbanding dengan MMC diantara 45 peratus kepada 80 peratus. Dengan gabungan cendawan Maitake dan MMC, tumor dapat dihalang lebih daripada 80 peratus. Cendawan ini juga berguna untuk rawatan dan pencegahan kanser, AIDS, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan kolesterol tinggi.

Leave a comment

Jenis-Jenis Kanser Pembunuh Senyap

Antara kanser-kanser utama
• Kanser Payudara
• Kanser Ovari
• Kanser Rahim
• Kanser Paru-paru
• Kanser Kolon
• Kanser Perut
• Kanser Pankreas
• Kanser Prostat
• Kanser Testis




Kanser Payudara







Faktor Risiko
Kanser payudara tidak diketahui dengan tepat, kanser ini pada umumnya diakui adalah akibat dari perubahan genetik, kebanyakan didapati selepas lahir. Kadang-kadang ia diwarisi dari salah seorang ibubapa : dikenali sebagai predisposisi genetik kepada kanser payudara.


Simpton
ketulan di payudara, kemungkinan menyebabkan kulit berhampiran berkedut, kelainan pada puting, puting berdarah, nodus aksilari.




Kanser Ovari


Kanser ovari adalah kanser wanita keempat yang paling umum. Ia 6 kali kurang umum dari kanser payudara. Ia berlaku lebih ketara antara wanita berbangsa putih. Wanita Asia kurang menghidap kanser ovari dibanding dengan bangsa Amerika.








Siapa ?
Satu daripada 70 orang wanita akan menghidap kanser ovari dalam seumur hidupnya; Jika dia mempunyai penurunan genetik predisposisi, statistik menunjukkan satu daripada dua orang wanita tersebut akan menghidap kanser ini.


Simptom
Sakit pada pelvik-abdomen, bengkak pada abdomen, pendarahan bukan haid. Kanser ovari biasanya berkait dengan kanser lain dimana pengesanan perlu dibuat serentak: payudara, kolon, endometrium, servik.
Pengesanan awal tumor ini menyelamatkan pesakit. semua wanita (faktor risiko 1.4%) perlu menjalani pemeriksaan ginekologikal sekali setiap tahun

Kanser Rahim



Wujudnya 2 jenis kanser rahim iaitu kanser serviks dan kanser korpus. Rahim adalah sebahagian dari sistem reproduktif.
Lokasi tumors ganas
- Samada di serviks rahim (bahagian sempit) atau di bahagian akhir rahim. Ini adalah kanser mukosa atau
endometrium.
- Atau di dalam rahim (kanser korpus).
Faktor risiko
Kebanyakannya pada wanita berumur lebih dari 50, tetapi kadang-kala lebih muda.
a) Kanser serviks: kurang kebersihan
- Kebersihan seks: ramai rakan seks (samada wanita punya atau rakannya) : kelakuan ini dapat merebak
jangkitan, terutamanya virus (virus papilloma dan virus herpes). Kanser ini jarang berlaku pada wanita yang
tidak melakukan seks (tidak berlaku antara rahib perempuan).
- merokok.
b) Kanser korpus:
- tidak mengandung;
- obesiti;
- Tamosifen: mengambil ubat ini selepas menghidap kanser payudara meninggikan risiko kanser rahim.


Perkembangan
Kanser serviks mengakibatkan peringkat "pra-kanserus": ia senang dikesan oleh ujian Pap: ujian ini mudah dilakukan oleh Doktor: spekulum diselit masuk ke vagina, spesimen dari mukosa, ujian oleh pakar patologi. Kanser berkembang dari korpus, serviks, nodus limfa, pelvis, pundi-pundi kencing, rektum, dan lain-lain bahagian tubuh.


Simptom
- susah atau sakit semasa kencing;
- sakit pada bahagian abdomen;
- pendarahan:
- serviks: pendarahan vagina yang abnormal, semasa melakukan seks dan/atau pendarahan bukan masa haid.
- korpus: sedikit abnormal tetapi selalu mengeluarkan darah walaupun sesudah putus haid.






Kanser Paru-Paru





-Kanser paru-paru adalah pembunuh nombor satu antara kematian kanser yang berlaku
-merokok secara pasif mungkin mempercepatkan pertumbuhan kanser
-87% dari pesakit kanser paru-paru merokok, tetapi 13% daripada pesakit tidak merokok
-hanya 1 daripada 9 orang yang merokok akan menghidap kanser paru-paru, bukan 8 orang yang lain itu
adakah anda salah seorang daripada mereka yang bernasib baik ?
-Rawatan kanser paru-paru adalah susah, sebab ia sudah terlewat apabila membuat rawatan: bila membuat diagnosa pada peringkat lewat, 50% daripada kes-kes menunjukkan metastasis.


Faktor risiko
- Merokok atau pendedahan ke asap rokok. Risiko yang lebih tinggi jikalau menghisap rokok dibanding dengan menghisap cerut atau paip.
- Pendedahan ke bahan kimia industri : Asbestos adalah satu dari bahan kimia yang diketahui, gas radon, kadmium, nikel, bahan kimia industri, tar dan habuk karbon.
- Perokok lebih berisiko jika didedahkan ke bahan kimia industri tersebut dan pencemaran atmosfera.
- Fakta genetik pun memainkan peranan kerana hanya seorang dari sepuluh perokok yang menghidap penyakit ini.


Simptom
- Batuk berdarah
- batuk yang berlarutan
- jangkitan kuman saluran pernafasan dan paru-paru yang susah diubati
- Suara kasar, lemah lesu dan susut berat badan
- Sakit-sakit tulang, air dalam pelura para-paru dan sakit tulang belakang.




Kanser Kolon







Kanser kolon dan rektum adalah jenis kanser sistem penghadam yang paling sering di temui. Kanser kolon dan rektum selalunya bermula didalam lapisan mukosa usus tersebut. .


Faktor Risiko
- Makanan tinggi dalam kandungan lemak dan rendah kandungan serat boleh menyebabkan penyakit kanser kolon.
- Merokok juga tidak digalakan.
- Alkohol berlebihan meningkatkan risiko jangkitan kanser kolon dan rektum. (Annals of Internal Medicine, 2005).
- Sindrom keturunan seperti penyakit keturunan poliposis usus besar, juga dikaitkan sebagai satu dari penyebab penyakit ini.


Pertumbuhan Kanser
Tumor ini menembus jauh kedalam lapisan-lapisan mukosa kolon, peritoneum dan ke kelenjar limfa yang berdekatan. Dalam masa yang singkat ianya metastasis ke hati, paru-paru, otak dan tulang .


Simptom
- Sakit perut, cirit dan/atau sembelit yang kekadang selang-seli.
- Tumor yang berdarah akan mengakibatkan najis berdarah merah (kalau tumor berdekatan dubur) atau hitam (untuk tumor berdekatan perut).
- Simptom yang lain ialah bengkak dalam abdomen, sakit, demam, berat badan susut atau kurang selera makan.
- Pembedahan segera diperlukan jika berlaku sumbat usus dengan penyakit kuning.





Kanser Perut



Kanser perut bermula dari lapisan mukosa perut , dari mana-mana jua bahagian perut dan merebak ke seluruh perut sebelum merebak ke hati, kolon dan pankreas; ke kelenjar limfa berdekatan, paru-paru dan ovari. Selalunya berlakunya gastrik perut kronik sebelum ia menjadi kanser (Displasia).
Faktor risiko
Kanser perut jarang dijumpai sebelum umur 50 tahun. Purata umur ialah 70 tahun. Kaum wanita kurang dijangkiti dibanding dengan lelaki (1 : 3).


Faktor makanan yang berkait dengan kanser ini adalah seperti pengawetan makanan dengan garam, nitrat kerana mereka akan bertukar ke nitrit. Bakteria bernama 'Helicobacter Pylori” pun ada dikaitkan dengan kanser perut. Sayuran dan buah-buahan ada kesan pelindung terhadap kanser ini. Menyimpan makanan di dalam peti sejuk (sebagai ganti pengawetan makanan dengan garam yang diguna pada masa silam), dan kurang mengambil makanan daging bergaram boleh mengurangkan penyakit ini.


Simptom
- Sakit perut dan penghadaman tidak baik
- Susut berat badan, keletihan dan kelemahan
- Anemia, muntah darah , loya dan muntah. Berak berdarah diakibatkan pendarahan tumor.



Kanser Pankreas





Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus kelenjar tersebut. Pankreas dibahagikan kepada kepala, badan dan ekor. Kanser merebak dari kelenjar limfa ke hati, paru-paru dan peritonium. Kanser pankreas sentiasa dikaitkan dengan kanser perut kerana kedudukannya yang berhampiran sesama lain. Kadang-kala adalah susah memastikan dari mana kanser itu bermula.


Faktor risiko kanser pankreas-
Fakta makanan seperti gula dan kopi. Merokok dan penyakit kencing manis juga boleh menyebabkan kronic pankreatitis.
- Bilangan penyakit kanser lelaki tinggi dibandingkan dengan wanita (2:1). Purata umur ialah 65 tahun. Bangsa Africa Amerika menghidap penyakit ini lebih tinggi dari orang Asia.


Simptom
- Sakit kuning ialah simptom yang paling biasa ditemui kerana tekanan ke atas duktus yang mengalirkan jus
hempedu. Air kencing yang berwarna kuning pekat, kulit kuning, mata kuning, najis berwarna pucat dan gatal badan.
- Selain dari itu pesakit akan susut berat badan, rasa muak
- rasa keletihan dan sakit menyucuk dalam perut.


Pencegahan
- mengawasi kencing manis dengan elok.
- berhenti merokok
- membuat ujian darah untuk petanda protin kanser.





Kanser Prostat





1Kanser jenis yang kedua yang paling banyak dijangkiti oleh kaum lelaki. Kanser prostat mengambil jangka masa yang agak lama untuk merebak, oleh sebab itu kanser ini digelar penyakit orang tua. Isipadu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun. Kanser ini merebak dari kelanjar; dari beberapa punca didalam kelenjar, ianya bermula didalam lapisan lemak prostat. Dari situ ianya merebak ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan. 90% dari sel kanser ini merebak ke tulang.


Simptom
- Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan, selalunya pada waktu malam. Kencing tak puas, darah atau sperma dalam air kencing adalah sebahagian dari simptomnya.
- Kalau terdapat sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang, kemungkinan kanser telah melarat.



Kanser Testis









Onkologi Perubatan telah membuat banyak kemajuan dalam bidang kanser testis pada tahun-tahun kebelakangan ini, kebanyakan kes penyakit ini dapat diubati pada masa kini. Kanser testis dikelaskan kepada 2 kategori: kanser seminoma dan kanser bukan seminoma.


Kadang-kadang, kanser testis merupakan konbinasi kedua-dua jenis seminomas dan bukan seminomas. Lebih kurang 10 000 orang lelaki akan diseksa setiap tahun di Amerika Syarikat. Ini adah jenis kanser yang paling umum berlaku pada lelaki muda antara umur 20 to 25 dan 1% daripada kesemua kanser lelaki.
Risiko
- testis yang tidak menurun
- pembentukan testis yang tidak normal
- lebih umum pada bangsa putih jika dibanding dengan bangsa berkulit hitam
- kromosom seks yang tidak teratur (Klinefelter syndrome)


Tanda-tanda
- Pembesaran testis yang tidak sakit
- diikuti dengan kesakitan pada testis; ketul intra-testikular yang tidak sakit; pembesaran skrotum
- kesakitan pada bahagian bawah abdomen.
Diagnosa
kebanyakan lelaki dengan sendirinya mampu mengesan kanser testis bila mendapati keanehan dalam testis mereka.



Kanser Darah / Leukemia


Leukemia merupakan salah satu penyakit barah atau kanser yang berpunca daripada darah. Leukemia terjadi apabila badan menghasilkan sel darah putih dengan aktif seterusnya menghalang penghasilan sel darah merah.


Situasi ini menyebabkan berlakunya gejala anemia pada pesakit. Keadaan ini juga akan menyebabkan pesakit kekurangan sel darah putih matang dan ia mengurangkan daya tahan terhadap jangkitan. Penghasilan sel darah putih berlebihan juga menghalang penghasilan platlet darah yang penting untuk tujuan pembekuan darah.


Di dalam aliran darah manusia terdapat komponen darah berbentuk zat cair yang dinamakan plasma darah. Terdapat juga komponen darah yang membentuk sel dan terdiri daripada 3 jenis sel yang mempunyai fungsi masing-masing iaitu
Sel darah merah (eritrosit) berfungsi membawa karbon dioksida (CO2) dari seluruh tubuh ke paru-paru dan memberikan warna merah pada darah kerana jumlahnya yang paling tinggi
Sel darah putih (lekosit) berfungsi untuk melawan penyakit dan merupakan antibodi semulajadi dalam badan manusia.
Platlet darah (trombosit) Menutup lubang apabila terdapat kebocoran pada pembuluh darah dan membantu dalam pembekuan darah.
Ketiga-tiga jenis sel darah di atas dihasilkan di dalam sum-sum tulang iaitu bahagian tengah tulang yang berbentuk span. Semua sel darah yang masih muda(immature) berada dalam keadaan normal di dalam sum-sum tulang sehingga ia matang(mature).


Sel-sel darah ini dihasilkan secara teratur dan terkawal sesuai dengan keadaan tubuh seseorang. Jika terjadi sebarang pendarahan seperti kecederaan atau menstruasi, sum-sum tulang akan menghasilkan sel darah merah dengan lebih cepat dan banyak untuk mengekalkan kadar hemoglobin.


Sekiranya terjadi leukemia, sum-sum tulang akan menghasilkan sel darah merah yang tidak normal dalam jumlah yang berlebihan. Sel leukemia kelihatan berbeza dari sel darah yang normal. Di samping bentuknya, sel ini juga tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.


Terdapat banyak jenis penyakit leukemia yang boleh menyerang tubuh seseorang. Ia dibahagikan kepada 2 jenis iaitu leukemia akut dan leukemia kronik. Leukemia akutberlaku apabila sel-sel abnormal iaitu sel muda(immature) abnormal tetap tidak matang sehingga tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya.


Manakala leukemia kronik pula berlaku apabila terdapat sel yang tidak matang tetapi masih terdapat sel yang lebih matang. Dalam keadaan ini perjalanan penyakit agak lambat.


Sel leukemia timbul dari 2 jenis pokok sel darah putih iaitu sel lomfoid dan mieloid. Apabila ia mempengaruhi sel limfoid, leukemia ini dipanggil leukemia limfositik. Manakala jika ia mempengaruhi sel mieloid ia dikenali sebagai leukemia mielositik.


Tanda-tanda
- anemia - pucat, letih dan pendek nafas
- mudah jatuh sakit
- sakit anggota badan; jika sakit pada kaki pesakit akan berjalan tempang
- purpura - ruam warna jingga yang tidak hilang bila di picit mudah lebam
- hidung kerap mengalami pendarahan
-hilang nafsu makan dan turun berat badan

* Pada leukemia akut limfositik, sel leukemia menyerang otak atau jaringan saraf sum-sum tulang. Ini akan menimbulkan gejala seperti sakit kepala, muntah, bingung, gerakan tidak terkawal, kejang dan sakit otot. Sel leukemia juga boleh menyerang buah zakar dan menyebabkan pembengkakan

sumber : http://ieena.blogspot.com/2010/12/entri-kesedaran-kanser.html

7 Comments

Wujudkah Kontrak Sosial??





Selama ini puak komunis-zionis sering berkokok bahawa kaum Cina di negara ini tidak mendapat layanan yg adil dari kerajaan. Kononnya mereka ibarat rakyat kelas kedua. Mereka juga mengkritik kerajaan kerana memberi layanan yg istimewa kpd orang Melayu dan bumiputera.

Apakah puak komunis-zionis tidak memahami apa yg terkandung dlm Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 3, 152 dan 153? Tidak, sebenarnya mereka amat memahaminya tetapi kerana memiliki sifat anti Melayu dan bumiputera yg kuat menyebabkan mereka sengaja cuba mengancam apa yg terkandung dalam Perlembagaan tersebut. Dengan kata mudah, mereka mahu merobohkan apa yg telah membentuk Malaysia sbg sebuah negara-bangsa dan cuba membina semula negara ini mengikut doktrin mereka sendiri.


Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak-hak istimewa kpd kaum Melayu dan bumiputera seperti Bahasa Melayu sbg bahasa Persekutuan, Islam agama rasmi Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan peruntukan dari aspek kuota perkhidmatan awam, biasiswa dan permit.


Pasti kaum Cina (khususnya yg buta sejarah) bertanya bagaimana hak-hak tersebut boleh diberi kpd orang Melayu n bumiputera? Mengapa kaum Cina tidak mendapat hak-hak tersebut?Bukankah mereka juga rakyat Malaysia. Jadi apa guna konsep 1 Malaysia jika tiada layanan sama rata antara kaum. Itu mungkin persoalan yg ada dlm kepala mereka.



Mari sini aku nak bawa kalian mengimbas semula sejarah pembentukan negara. Mungkin ada yg bosan apabila belajar sejarah. Tetapi dengarlah kata aku ini: BELAJARLAH SEJARAH SUPAYA KITA TIDAK LAGI MENGULANGI KESILAPAN LAMPAU.


Sebelum kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia sekarang, tanah yg kita pijak ini hanya didiami oleh orang Melayu n peribumi (orang Asli di Semenanjung n bumiputera di Sabah & Sarawak). Mereka hidup dengan harmoni dan pembina tamadun yg hebat (Kerajaan Melayu Melaka, Srivijaya n beberapa kerajaan purba lain). Kedatangan penjajah telah mengubah rupa bentuk masyarakat negara ini.


Kekayaan hasil bumi negara seperti bijih timah dan pertanian (getah) menyebabkan penjajah membawa masuk imigran dari China dan India secara beramai-ramai. Mereka bekerja di lombong dan estet. Pendatang-pendatang ini pada mulanya hanya menjadikan negara ini sbg tempat mereka mencari rezeki n sampai satu masa mereka akan kembali semula ke negara asal mereka.


Tetapi apabila melihatkan kekayaan yg boleh mereka perolehi di negara ini, ada yg terus menetap di sini sama ada membawa anak isteri dr negara asal atau berkahwin dgn sesama mereka. Kehidupan kaum pendatang ini di negara asal mereka amatlah susah.


Tetapi bermula sbg pelombong mereka telah mengumpul harta sedikit demi sedikit sehingga mampu membuka perniagaan sendiri. Mereka inilah merupakan generasi awal kaum pendatang yg berjaya menguasai ekonomi negara. Di mana org Melayu pada masa itu? Org Melayu hanya berada di kampung-kampung n bekerja berasaskan pertanian sara diri. Klu ada yg berjaya pun hanyalah Melayu dari kerabat raja atau golongan elit (pembesar Melayu). Penjajah mengamalkan dasar "pecah dan perintah". Sebab itu kaum-kaum diasingkan berdasarkan pengenalan ekonomi.


Kaum pendatang khususnya Cina mendapat sokongan penjajah untuk bergiat dlm perniagaan. Penjajah amat mempercayai mereka. Manakala org Melayu sengaja dipinggirkan oleh penjajah.


Cadangan Malayan Union oleh penjajah telah menyatupadukan orang Melayu dari seluruh Tanah Melayu. Antara ciri-ciri Malayan Union yg mendpt bantahan keras org Melayu adalah pemberian kewarganegaraan kpd kaum pendatang secara "jus soli". Pemberian kerakyatan secara "jus soli" ini bermaksud memberi taraf kerakyatan mengikut tempat lahir. Maksudnya, sesiapa yg lahir selepas Malayan Union ditubuhkan secara automatik mereka menjadi rakyat Tanah Melayu.









Bantahan keras org Melayu mnybbkan penjajah memansuhkan Malayan Union. Perjalanan menuju kemerdekaan negara menunjukkan suatu sikap tolak ansur yg tinggi dr orang Melayu khususnya dlm menerima kaum pendatang sbg rakyat Tanah Melayu. Ugutan penjajah yg hanya akan memberi kemerdekaan jika wujudnya perpaduan antara kaum-kaum di Tanah Melayu mnybbkn org Melayu tiada cara lain selain menerima kaum pendatang dengan rela-paksa.




Lalu wujudlah apa yg dipanggil KONTRAK SOSIAL. Benar kontrak sosial ini bukan dokumen bertulis secara formal tetapi semangatnya ada dlm Perlembagaan Persekutuan dlm Perkara 3, 152 dan 153. Kontrak sosial ini merupakan perjanjian yg dibuat antara para pemimpin Melayu dengan pemimpin kaum bukan Melayu semasa perundingan kemerdekaan negara.




Melalui perjanjian ini, mereka sepakat bahawa: KAUM MELAYU BERSETUJU DENGAN SYARAT PEMBERIAN TARAF KEWARGANEGARAAN KEPADA KAUM BUKAN MELAYU MELALUI PRINSIP "JUS SOLI". SEBAGAI GANTINYA KAUM BUKAN MELAYU BERSETUJU MENGIKTIRAF HAK-HAK KEISTIMEWAAN MELAYU SEBAGAI PENDUDUK PERIBUMI NEGARA INI.




Itulah yg dipersetujui oleh pemimpin masa lalu. Dengan persefahaman itulah negara ini dapat mencapai kemerdekaan tanpa peristiwa berdarah. Melalui perjanjian tersebut juga seramai 1 juta kaum bukan Melayu mendapat kerakyatan selepas setahun negara merdeka. Dengan mendapat kerakyatan, secara automatik mereka mendapat hak berpolitik dan memiliki harta.









Tetapi kini perjanjian tersebut cuba dikhianati oleh puak komunis-zionis. Mereka sudah lupa dengan tolak ansur og Melayu dalam memberi keturunan mereka kehidupn baru di sini. Cuba beritahu di mana dalam dunia ini sebuah negara yg kaum peribuminya sanggup memberi kerakyatan secara besar-besaran kpd kaum pendatang. Jawapannya cuma Malaysia. Org Melayu tidak suka bergaduh. Demi hidup aman, mereka sanggup mmeberi peluang kpd kaum bukan Melayu untuk sama2 membina hidup di sini. Sikap tolak ansur terpuji itu dibentuk dari ajaran Islam.




Jika puak komunis-zionis terus mempersoalkan hak-hak keistimewaan Melayu, apa kata kita persoalkan taraf kerakyatan mereka pulak. Sebenarnya puak-puak ini bodoh. Mereka memang buta sejarah. Mereka tidak sedar apa yg mereka perjuangkan. Perkara yg mereka perjuangkn itu sebenarnya memerangkap diri mereka.




Ok, apabila mereka mempersoalkan hak-hak keistimewaan Melayu secara automatiknya mereka turut mempersoalkan taraf kewarganegaraan mereka. Kenapa aku cakap begitu? Kerana taraf kewarganegaraan mereka diperolehi apabila mereka bersetuju mengiktiraf hak keistimewaan Melayu. Jadi kalau tiada hak keistimewaan Melayu, maka taraf kewarganegaraan mereka perlu ditarik balik.




Ok, apa kata kita hapuskan sahaja hak istimewa Melayu. Dan dalam masa yg sama taraf kewarganegaraan keturunan pendatang ini juga ditarik balik. Dengan kata lain, kita halau saja mereka ini keluar dari Malaysia. Ok tak idea ini. Baru adilkan. Itulah lain kali kalau nak jadi ahli politik pastikan tahu apa yg nak diperjuangkan n yg paling penting kena khatam dulu bab-bab sejarah negara.




Bermula dari hari ini, kita tak perlu bimbang jika puak komunis-zionis ni mengancam hak kita kerana apa yg mereka laung2kan itu juga merupakan senjata yg boleh kita gunakan untuk menutup mulut mereka semula.

Leave a comment

Budaya Rasis Di Mana-mana?

Aku tergerak nak menaip hari ni lepas tengok beberapa video kat Youtube antaranya video di Malaysia dan Singapura. Kita Sedia maklum yang kedua-dua buah negara ini pernah berada di bawah satu bumbung dalam mencapai kemerdekaan, tetapi berlaku detik-detik perpisahan lantaran sebab yang tidak dapat dielakkan. Ok, Di Malaysia majoritinya kaum Melayu manakala selebihnya Cina, India dan masyarakat Peribumi Orang Asli, Sabah dan Sarawak. Di Singapura majoriti adalah Cina dan selebihnya Melayu, India dan pekerja-pekerja asing yang menetap serta diberikan taraf kewarganegaraan Singapura. Kedua-dua negara ini saling bersaing dalam membangunkan negara ibarat duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah. Malaysia mencapai kemajuan yang pesat semasa bekas perdana Menteri a.k.a Bapa Pembangunan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Dengan kebijaksanaan beliau negara membangun dengan begitu pesat dan berjaya sehingga masyarakat berbilang kaum hidup dengan harmoni walaupun terdapat beberapa kes terpencil melibatkan pergaduhan antara kaum, Misalnya kes Di Kampung Medan dekat Petaling Jaya.




Namun begitu, selepas perletakkan jawatan beliau sebagai perdana Menteri pada 2002, bermula la episod Rasis di Malaysia ekoran kelemahan pentadbiran pengganti beliau. Kelemahan pentadbiran pengganti beliau jelas kelihatan apabila banyak tunduk pada desakan-desakan tertentu sehingga membatalkan banyak perancangan yang telah disusun oleh Dr. Mahathir (Pembacaan Buku A Doctor In The House). Negara di selatan Malaysia seolah-olah menyedari kelemahan pentadbiran Malaysia dan berani mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mampu menguris hati masyarakat di Malaysia. Antaranya "keadaan rasis di Malaysia akan menyebabkan kesemua kaum terbabit akan lari dan berkumpul di negara itu". Ulasan ini seolah-olah menunjukkan bangsa Melayu kesemuanya  rasis?? benarkah rakyat di negara terbabit tidak rasis??kita sama-sama tonton video di bawah







Di Malaysia pula,





Dan banyak lagi video, belum masuk Namewee...
bagi aku, kedua-dua negara adalah sama kerana mempunyai ikatan sejarah yang sama. Jadi tidak perlu mengeluarkan kenyataan siapa lebih rasis dan siapa lebih baik kerana ianya bergantung kepada sikap individu itu sendiri. yang jadi rasisnya bila kita tidak bergaul, itu satu punca yang aku dapat kesan, bila kita bergaul dengan semua lapisan masyarakat tidak kira ras, akan wujud persamaan dan kita akan merasa selesa bila bersama,tidak akan wujud rasa rasis dalam diri. Dan paling penting tidak semua yang rasis macam dalam video2 yang mungkin kita pernah tengok atau pernah lihat depan mata sebab ada yang telah berjaya mengasimilasikan diri ke dalam budaya bangsa lain. (itu yang aku suka, sebab kita sudah memahami satu sama lain). Sebagai contoh boleh bercakap bahasa selain bahasa ibunda dengan fasih, dapat bercakap dialek setiap negeri dan dapat berkawan dengan semua orang disekeliling. Tapi aku merasakan kedua-dua negara ni sepatutnya berbangga kerana mempunyai pelbagai budaya,adat resam,agama dan boleh diibaratkan macam rempah - ratus, bila dicampur ke dalam masakan pasti sedap dimakan bersama-sama. Berbanggalah kerana menjadi sebahagian daripada komuniti yang berbilang kaum,hapuskan perasaan rasis dari dalam diri.


itu saje setakat ni,peace no war!!

Leave a comment

Cara Melepasi Sekatan Website Di Universiti, Sekolah dan Pejabat

 



Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya.

Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk..


Penyelesaian konkrit.... (Update 2016)

langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini psiphon Software ini juga menyokong aplikasi android dan IOS, anda boleh memuat turun di sini app psiphon

Bagi pengguna platform Linux seperti Ubuntu,kubuntu,Linux mint,fedora dan sebagainya anda perlu install "Wine" yang membolehkan software Windows dapat digunakan di platform linux. "Wine" boleh didapati di Software center 


atau anda boleh guna Command line dan taip

sudo apt-get update
sudo apt-get install wine


selesai install wine, klik pada icon wine dan pilih
"Select the default wineprefix" dan tekan ok
Pilih "Install a Windows DLL or component" dan tekan ok
Check "wininet" and "winhttp" dan tekan ok
dan run psiphon seperti platform Windows.
Bagi pengguna MAC OS boleh menggunakan cara yang sama untuk menggunakan Psiphon kerana software in hanya tersedia untuk platform WIndows.


image credit : blog.en.uptodown.com

Bagi pengguna platform Microsoft Windows,software Psiphon tidak perlu diinstall, hanya perlu klik pada icon Psiphon dan untuk memudahkan, anda boleh pin di taskbar Windows.  


Langkah kedua, kemudian selepas anda klik pada icon P dan akan terpapar Psiphon.


Psiphon akan tersambung dengan server (VPN) secara automatik. Anda juga boleh memilih server terpantas di bahagian COnnect Via (secara "default" Fastest Country).


Psiphon sudah disambung dengan server!


kemudian browser anda sama ada google chrome,firefox,edge,opera dan sebagainya akan redirect ke website psiphon. Sekiranya webpage tersebut berjaya untuk loading, anda sudah berjaya menembusi sekatan internet.

Cara yang lain selain Psiphon iaitu anda boleh menggunakan DNS Jumper, muat turun di sini DNS Jumper (atau anda boleh memasukkan secara manual-->Network and Sharing Centre-->SSID-->Properties-->internet protocol version 4 (tcp/ipv4)-->use the following DNS server addresses (google public DNS)

Preferred DNS server 8.8.8.8
Alternate DNS server 8.8.4.4 



selepas muat turun extract file dan klik pada icon dnsjumper, pilih DNS server dan apply DNS (boleh pilih mana2 server yang terdapat dalam list yang mana lebih laju).Perbezaan antara psiphon dan DNS Jumper adalah DNS Jumper memerlukan anda untuk run as admin (Psiphon pilihan terbaik sekiranya menggunakan komputer library,fakulti dan office yang memerlukan password admin)



Amaran: menggunakan psiphon dan dnsjumper juga akan melepasi sekatan oleh SKMM terhadap website tertentu. penggunaan software tersebut di atas tanggungjawab anda sendiri.



Selamat mencuba!

3 Comments
FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.