Archive for March 2012

Budaya Rasis Di Mana-mana?

Aku tergerak nak menaip hari ni lepas tengok beberapa video kat Youtube antaranya video di Malaysia dan Singapura. Kita Sedia maklum yang kedua-dua buah negara ini pernah berada di bawah satu bumbung dalam mencapai kemerdekaan, tetapi berlaku detik-detik perpisahan lantaran sebab yang tidak dapat dielakkan. Ok, Di Malaysia majoritinya kaum Melayu manakala selebihnya Cina, India dan masyarakat Peribumi Orang Asli, Sabah dan Sarawak. Di Singapura majoriti adalah Cina dan selebihnya Melayu, India dan pekerja-pekerja asing yang menetap serta diberikan taraf kewarganegaraan Singapura. Kedua-dua negara ini saling bersaing dalam membangunkan negara ibarat duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah. Malaysia mencapai kemajuan yang pesat semasa bekas perdana Menteri a.k.a Bapa Pembangunan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Dengan kebijaksanaan beliau negara membangun dengan begitu pesat dan berjaya sehingga masyarakat berbilang kaum hidup dengan harmoni walaupun terdapat beberapa kes terpencil melibatkan pergaduhan antara kaum, Misalnya kes Di Kampung Medan dekat Petaling Jaya.




Namun begitu, selepas perletakkan jawatan beliau sebagai perdana Menteri pada 2002, bermula la episod Rasis di Malaysia ekoran kelemahan pentadbiran pengganti beliau. Kelemahan pentadbiran pengganti beliau jelas kelihatan apabila banyak tunduk pada desakan-desakan tertentu sehingga membatalkan banyak perancangan yang telah disusun oleh Dr. Mahathir (Pembacaan Buku A Doctor In The House). Negara di selatan Malaysia seolah-olah menyedari kelemahan pentadbiran Malaysia dan berani mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mampu menguris hati masyarakat di Malaysia. Antaranya "keadaan rasis di Malaysia akan menyebabkan kesemua kaum terbabit akan lari dan berkumpul di negara itu". Ulasan ini seolah-olah menunjukkan bangsa Melayu kesemuanya  rasis?? benarkah rakyat di negara terbabit tidak rasis??kita sama-sama tonton video di bawah







Di Malaysia pula,





Dan banyak lagi video, belum masuk Namewee...
bagi aku, kedua-dua negara adalah sama kerana mempunyai ikatan sejarah yang sama. Jadi tidak perlu mengeluarkan kenyataan siapa lebih rasis dan siapa lebih baik kerana ianya bergantung kepada sikap individu itu sendiri. yang jadi rasisnya bila kita tidak bergaul, itu satu punca yang aku dapat kesan, bila kita bergaul dengan semua lapisan masyarakat tidak kira ras, akan wujud persamaan dan kita akan merasa selesa bila bersama,tidak akan wujud rasa rasis dalam diri. Dan paling penting tidak semua yang rasis macam dalam video2 yang mungkin kita pernah tengok atau pernah lihat depan mata sebab ada yang telah berjaya mengasimilasikan diri ke dalam budaya bangsa lain. (itu yang aku suka, sebab kita sudah memahami satu sama lain). Sebagai contoh boleh bercakap bahasa selain bahasa ibunda dengan fasih, dapat bercakap dialek setiap negeri dan dapat berkawan dengan semua orang disekeliling. Tapi aku merasakan kedua-dua negara ni sepatutnya berbangga kerana mempunyai pelbagai budaya,adat resam,agama dan boleh diibaratkan macam rempah - ratus, bila dicampur ke dalam masakan pasti sedap dimakan bersama-sama. Berbanggalah kerana menjadi sebahagian daripada komuniti yang berbilang kaum,hapuskan perasaan rasis dari dalam diri.


itu saje setakat ni,peace no war!!

Leave a comment

Cara Melepasi Sekatan Website Di Universiti, Sekolah dan Pejabat

 



Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya.

Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk..


Penyelesaian konkrit.... (Update 2016)

langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini psiphon Software ini juga menyokong aplikasi android dan IOS, anda boleh memuat turun di sini app psiphon

Bagi pengguna platform Linux seperti Ubuntu,kubuntu,Linux mint,fedora dan sebagainya anda perlu install "Wine" yang membolehkan software Windows dapat digunakan di platform linux. "Wine" boleh didapati di Software center 


atau anda boleh guna Command line dan taip

sudo apt-get update
sudo apt-get install wine


selesai install wine, klik pada icon wine dan pilih
"Select the default wineprefix" dan tekan ok
Pilih "Install a Windows DLL or component" dan tekan ok
Check "wininet" and "winhttp" dan tekan ok
dan run psiphon seperti platform Windows.
Bagi pengguna MAC OS boleh menggunakan cara yang sama untuk menggunakan Psiphon kerana software in hanya tersedia untuk platform WIndows.


image credit : blog.en.uptodown.com

Bagi pengguna platform Microsoft Windows,software Psiphon tidak perlu diinstall, hanya perlu klik pada icon Psiphon dan untuk memudahkan, anda boleh pin di taskbar Windows.  


Langkah kedua, kemudian selepas anda klik pada icon P dan akan terpapar Psiphon.


Psiphon akan tersambung dengan server (VPN) secara automatik. Anda juga boleh memilih server terpantas di bahagian COnnect Via (secara "default" Fastest Country).


Psiphon sudah disambung dengan server!


kemudian browser anda sama ada google chrome,firefox,edge,opera dan sebagainya akan redirect ke website psiphon. Sekiranya webpage tersebut berjaya untuk loading, anda sudah berjaya menembusi sekatan internet.

Cara yang lain selain Psiphon iaitu anda boleh menggunakan DNS Jumper, muat turun di sini DNS Jumper (atau anda boleh memasukkan secara manual-->Network and Sharing Centre-->SSID-->Properties-->internet protocol version 4 (tcp/ipv4)-->use the following DNS server addresses (google public DNS)

Preferred DNS server 8.8.8.8
Alternate DNS server 8.8.4.4 



selepas muat turun extract file dan klik pada icon dnsjumper, pilih DNS server dan apply DNS (boleh pilih mana2 server yang terdapat dalam list yang mana lebih laju).Perbezaan antara psiphon dan DNS Jumper adalah DNS Jumper memerlukan anda untuk run as admin (Psiphon pilihan terbaik sekiranya menggunakan komputer library,fakulti dan office yang memerlukan password admin)



Amaran: menggunakan psiphon dan dnsjumper juga akan melepasi sekatan oleh SKMM terhadap website tertentu. penggunaan software tersebut di atas tanggungjawab anda sendiri.



Selamat mencuba!

3 Comments
FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.