Budaya Rasis Di Mana-mana?

Aku tergerak nak menaip hari ni lepas tengok beberapa video kat Youtube antaranya video di Malaysia dan Singapura. Kita Sedia maklum yang kedua-dua buah negara ini pernah berada di bawah satu bumbung dalam mencapai kemerdekaan, tetapi berlaku detik-detik perpisahan lantaran sebab yang tidak dapat dielakkan. Ok, Di Malaysia majoritinya kaum Melayu manakala selebihnya Cina, India dan masyarakat Peribumi Orang Asli, Sabah dan Sarawak. Di Singapura majoriti adalah Cina dan selebihnya Melayu, India dan pekerja-pekerja asing yang menetap serta diberikan taraf kewarganegaraan Singapura. Kedua-dua negara ini saling bersaing dalam membangunkan negara ibarat duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah. Malaysia mencapai kemajuan yang pesat semasa bekas perdana Menteri a.k.a Bapa Pembangunan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Dengan kebijaksanaan beliau negara membangun dengan begitu pesat dan berjaya sehingga masyarakat berbilang kaum hidup dengan harmoni walaupun terdapat beberapa kes terpencil melibatkan pergaduhan antara kaum, Misalnya kes Di Kampung Medan dekat Petaling Jaya.




Namun begitu, selepas perletakkan jawatan beliau sebagai perdana Menteri pada 2002, bermula la episod Rasis di Malaysia ekoran kelemahan pentadbiran pengganti beliau. Kelemahan pentadbiran pengganti beliau jelas kelihatan apabila banyak tunduk pada desakan-desakan tertentu sehingga membatalkan banyak perancangan yang telah disusun oleh Dr. Mahathir (Pembacaan Buku A Doctor In The House). Negara di selatan Malaysia seolah-olah menyedari kelemahan pentadbiran Malaysia dan berani mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mampu menguris hati masyarakat di Malaysia. Antaranya "keadaan rasis di Malaysia akan menyebabkan kesemua kaum terbabit akan lari dan berkumpul di negara itu". Ulasan ini seolah-olah menunjukkan bangsa Melayu kesemuanya  rasis?? benarkah rakyat di negara terbabit tidak rasis??kita sama-sama tonton video di bawah







Di Malaysia pula,





Dan banyak lagi video, belum masuk Namewee...
bagi aku, kedua-dua negara adalah sama kerana mempunyai ikatan sejarah yang sama. Jadi tidak perlu mengeluarkan kenyataan siapa lebih rasis dan siapa lebih baik kerana ianya bergantung kepada sikap individu itu sendiri. yang jadi rasisnya bila kita tidak bergaul, itu satu punca yang aku dapat kesan, bila kita bergaul dengan semua lapisan masyarakat tidak kira ras, akan wujud persamaan dan kita akan merasa selesa bila bersama,tidak akan wujud rasa rasis dalam diri. Dan paling penting tidak semua yang rasis macam dalam video2 yang mungkin kita pernah tengok atau pernah lihat depan mata sebab ada yang telah berjaya mengasimilasikan diri ke dalam budaya bangsa lain. (itu yang aku suka, sebab kita sudah memahami satu sama lain). Sebagai contoh boleh bercakap bahasa selain bahasa ibunda dengan fasih, dapat bercakap dialek setiap negeri dan dapat berkawan dengan semua orang disekeliling. Tapi aku merasakan kedua-dua negara ni sepatutnya berbangga kerana mempunyai pelbagai budaya,adat resam,agama dan boleh diibaratkan macam rempah - ratus, bila dicampur ke dalam masakan pasti sedap dimakan bersama-sama. Berbanggalah kerana menjadi sebahagian daripada komuniti yang berbilang kaum,hapuskan perasaan rasis dari dalam diri.


itu saje setakat ni,peace no war!!

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.