Archive for June 2014

Fenomena El-Nino 2014 Kesan Perubahan Iklim Dunia


APAKAH FENOMENA EL NINO?

El Nino adalah suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya keadaan lembap dialami. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9-18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya. 

Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98.

APAKAH PERUBAHAN IKLIM SEMASA EL NINO?

Di kawasan tropika, aktiviti-aktiviti ribut petir berpindah dari Pasifik barat ke kawasan Pasifik tengah dan timur, menghasilkan keadaan kering yang luar biasa di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Australia Utara. Cuaca yang lebih panas dan kering juga berlaku di Afrika Tenggara, India dan Brazil Utara. Cuaca lebih lembap berlaku sepanjang pantai barat kawasan tropika Amerika Selatan dan pantai teluk di Amerika Utara. Ini Dikenali sebagai LA-Nina. Terdapat 2 jenis iaitu LA-Nina dan El-nino. Negara yang mengalami cuaca lembap akan mengalami banjir besar sepanjang tempoh LA-nina.

berikut carta perbezaan el-nino dan la-nina



MALAYSIA MENGHADAPI EL-NINO



Seperti yang semua sedia maklum, Malaysia pernah menghadapi el-nino terbesar pada tahun 1998 Malaysia pernah mengalami fenomena ini pada 1998, di mana suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998. Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140507/dn_33/El-Nino-dijangka-melanda-Asia-Tenggara-pertengahan-tahun-ini



  Jika anda  masih ingat,ketika tahun 1998 negeri di pantai barat semenanjung terutama di lembah klang dan Selangor mengalami krisis air dan masih segar dalam ingatan stesen televisyen menyiarkan berita mengenai penduduk yang terpaksa menggunakan air tasik dan air lombong kerana air di empangan yang menyusut. Dari kejadian El-nino maka idea empangan langat 2 dimulakan..tetapi tertangguh akibat politik dan baru-baru ini berlaku krisis air di Selangor dan Lembah Klang kerana musim panas dan taburan hujan yang berkurangan. Hal ini dilihat kegagalan pihak - pihak yang terlibat mengambil iktibar dan pengajaran dari kejadian el-nino 1998.


Kecelaruan dan perubahan cuaca dunia yang tidak menentu lewat kebelakangan ini memberi petanda bahawa fenomena El-Nino (yang juga dikenali sebagai ‘si anak kecil' dalam bahasa sepanyol) berulang kembali. Namun kehadirannya pada kali ini tidaklah seteruk yang pernah berlaku pada tahun 1997-1998 (yang telah menyebabkan berlakunya jerebu, kemarau dan kepanasan yang melampau dengan suhu meningkat melebihi 40 darjah Celsius) dan dikatakan yang paling buruk pernah berlaku sejak 150 tahun yang lampau. Dipetik dari: http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/8100-el-nino-punca-cuaca-bercelaru


Perubahan iklim yang berlaku ini amat menakutkan kerana akan menyebabkan suhu meningkat, taburan hujan yang sedikit dan tanaman akan musnah. Kesedaran memulihara alam sekitar dari musnah dan pembangunan terancang serta mampan harus dilaksanakan dengan tegas. Hal ini bagi memastikan bahawa sumber air tidak terancam dan tercemar kerana pembangunan. Pertambahan penduduk akan meningkatkan bebanan pada sumber air mentah dan ini akan menyebabkan berlaku krisis air sewaktu berlakunya el-nino. Oleh sebab itu pengguna di Malaysia haruslah dididik untuk menjimatkan bekalan air dan tidak melakukan pembaziran dalam kegunaan harian.

Berikut infografik jumlah penggunaan air di Malaysia langkah-langkah penjimatan air credit: Astro Awani


Semoga jangkaan El-Nino yang akan berlaku pada tahun ini tidak akan terjadi dan semoga maklumat ini bermanfaat terutama untuk semua .








Leave a comment
FarEast Roslan 2010. Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.